Previous Page  21 / 24 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 21 / 24 Next Page
Page Background

Sabtu/Ahad, 26/27 September 2020

21

TENGGILINGMASIH

HIDUP TERANCAM

DI VIETNAM

NINH BINH, VIETNAM

– Ketua

penjagaTranVanTroungdengan

perlahan mendukung seekor

tenggiling yang berlingkar ke

dalam pangkuannya, sambil

menenangkan haiwan pemalu

yang diselamatkan beberapa

bulan

sebelumnya

dari

penyeludup di Vietnam.

Kehidupan masih terancam

untuk haiwan mamalia yang

paling banyak diseludup di

dunia itu meskipun janji baharu

dari negara untuk bertindak ke

atas perniagaan hidupan liar

haram yang kebanyakannya

dipersalahkankeataspandemik

koronavirus.

Penangkapan, pendakwaan

dan rampasan hidupan liar se-

makin meningkat di Vietnam,

namun penyokong pemuli-

haraan mengingatkan rasuah

dan penguatkuasaan undang-

undang yang tidak jelas ber-

makna masalah penyeludu-

pan masih berlaku secara

berleluasa.

Truong bekerja di sebuah

pusat di utara Taman Negara

Cuc Phuong yang dikendalikan

oleh Selamatkan Hidupan Liar

Vietnam – kumpulan yang

berjaya menyelamatkan kira-

kira 2,000 tenggiling dalam

tempoh enam tahun lalu.

Lelaki berusia 27 tahun itu

masih tidak melupakan hari

apabila dia menemui lebih

daripada 100 ekor tenggiling

diikat dalam guni, dibuang di

atas tanah oleh polis di luar trak

yang telah membawa mereka.

“Kebanyakan

mereka

mati disebabkan keletihan,”

katanya, menjelaskan mereka

tidak mempunyai udara atau

air. “Mereka menjadi tertekan

dengan mudah.”

Vietnam

adalah

pusat

pemakanan dan pengangkutan

untuk hidupan liar haram di

Asia.

Sisik tenggiling dipercayai

dapat menyembuh pelbagai

penyakit daripada mati pucuk

kepada senggugut dan kanser

dalam perubatan tradisional

China dan Vietnam, dan

dagingnya juga dilihat sebagai

sejenis makanan istimewa.

Namun pada awal tahun

ini,

China

mengeluarkan

bahagian

tubuh

badan

tenggiling daripada senarai

rasmi ubat tradisional dan

terdapatnya beberapa tanda

yang menggalakkan di Vietnam

juga.

Rampasan hidupan liar yang

diseludup di negara itu telah

meningkat 44 peratus dalam

tempoh dua tahun, menurut

Pendidikan NGO untuk Alam

Semula Jadi Vietnam (ENV).

Dalam tempoh enam bulan

pertama 2020, 97 peratus

berakhir dalam tangkapan.

Pendakwaan juga telah

meningkat mendadak.

Perubahanberlakudi sebalik

undang-undang baharu yang

diperkenalkan pada 2018 yang

menambah hukuman, dari segi

denda dan tempoh penjara,

serta kelemahan yang timbul

diatasi – satu cara efektif untuk

menghalang jenayah hidupan

liar, menurut NGO.

Namun

penguatkuasaan

masih merupakan satu isu

besar. Pada Julai, tatkala ke-

bimbangan pandemik terse-

bar, kerajaan menggesa men-

teri-menteri, mahkamah dan

pendakwa supaya melaksana-

kan undang-undang tersebut.

Memberikan agensi yang

telah pun dibebani dengan

kerja yang lebih banyak untuk

dilakukan tanpa sumber yang

setimpal, hanya mengundang

‘kegagalan,’ Dan Challender

dari

Universiti

Oxford

mengingatkan,

seorang

pakar dalam tenggiling dasar

perniagaan hidupan liar.

Ramai orangberasa komited

untuk menghapus perniagaan

itu, kata Ha Bui dari ENV, namun

penyeludup masih dibiarkan

terlepas dengan mudah.

“Selalunya rasuah yang

menyebabkan orang menerima

hukuman lebih ringan.”

Bagi pengarah Selamatkan

Hidupan Liar Vietnam Nguyen

Van Thai, undang-undang

yang dikuatkuasakan adalah

tidak cukup dan ia juga harus

menyasarkan pengguna.

Sekiranya polis menemui

daging tenggiling di restoran,

‘hanya pemilik restoran yang

mempunyai masalah, bukan

orang yang memakannya,” kata

beliau.

Di Taman Negara Cuc

Phuong, Truong menghabiskan

masa berjam-jam menjadikan

kehidupan lebih selesa untuk

tenggiling yang berjaya disela-

matkan daripada penyeludup.

Dia menjauhi haiwan itu dari

bunyi bising dan hanya mem-

beri makanan kegemaran – te-

lur semut dan anai-anai. “Saya

suka semua haiwan liar,” ka-

tanya, menambah dia mungkin

mencari jalan untuk mempel-

bagaikan usahanya tidak lama

lagi.

“Terdapat haiwan lain yang

hampir-hampir pupus, maka

saya mahu membantu menye-

lamatkan haiwan berkenaan

seterusnya. – AFP

Penjaga hidupan liar membuang sengkenit daripada tenggiling dalam

kurungannya di Taman Negara Cuc Phuong. – AFP

Seorang penjaga hidupan liar Bui Van Thu melepaskan tenggiling Sunda

kembali ke kurungan bawah tanahnya di Taman Negara Cuc Phuong di utara

wilayah Ninh Binh. – AFP

Seorang doktor haiwan memeriksa seekor tenggiling yang cedera di Taman Negara Cuc Phuong di utara wilayah

Ninh Binh. – AFP