Previous Page  14 / 24 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 14 / 24 Next Page
Page Background

Isnin, 28 September 2020

14

AS SEKAT JUALAN

TEKNOLOGI KEPADA CHINA

WASHINGTON, 27 SEPT –

Washington

telah mengarahkan syarikat Amerika

Syarikat (AS) supaya mendapatkan ke-

benaran sebelum menjual teknologi

mereka kepada syarikat semikonduktor

China SMIC, tindakan terbaharu dalam

persaingan penguasaan teknologi ke

atas Beijing, lapor

Wall Street Journal

semalam.

Jabatan Perdagangan ‘telah mem-

beritahu syarikat komputer-cip AS ba-

hawa mereka mesti mendapatkan lesen

sebelum mengeksport teknologi ter-

tentu kepada pengeluar semikonduktor

terbesar China,’ menurut akhbar perni-

agaan itu.

Peraturan baharu itu diumumkan

dalam sepucuk surat kepada industri

pada Jumaat, yang berkata ‘eksport ke

syarikat Semiconductor Manufacturing

International Corp atau subsidiarinya

berdepan risiko digunakan untuk aktiviti

tentera China,’ menurut laporan.

Akhbar itu berkata pentadbiran

Presiden AS Donald Trump ‘semakin

bimbang mengenai amalan Beijing yang

bergantung kepada syarikat swasta un-

tuk mencapai cita-cita tenteranya.’

Jabatan Perdagangan enggan mem-

beri komen mengenai isu itu, tetapi

seorang jurucakap di Biro Industri dan

Keselamatan berkata mereka ‘sentiasa

memantau dan menilai mana-mana an-

caman yang berpotensi timbul ke atas

keselamatan negara dan kepentingan

dasar asing AS’ dan ‘akan mengambil

tindakan wajar.’

Laporan keluar tatkala Rumah Putih

berkata ia tidak akan menarik diri dari-

pada pelan untuk mengharamkan aktivi-

ti muat turun TikTok baharu, disebabkan

ia mengancam keselamatan negara,

justeru mencetuskan persemukaan di

mahkamah sebelum tarikh akhir hari ini.

China dan AS telah bertahun-tahun

bersainguntukmenguasai dalambidang

teknologi.

SMIC merupakan kunci kepada

cita-cita Beijing untuk mencapai sta-

tus mampu diri untuk semikonduktor.

Penganalisis berkata kebergantungan

China pada cip asing, termasuk bua-

tan AS, menghindar matlamat tersebut.

– AFP

Manfred Knof

pengerusi

baharu

Commerzbank

BERLIN, 27 SEPT –

Commerzbank,

bank kedua terbesar Jerman yang

telah dibelenggu pandemik ko-

ronavirus dan skandal Wirecard, se-

malam menamakan Manfred Knof

dari pemberi pinjaman pesaing

Bank Deutsche sebagai pengerusi

baharunya.

Pelantikan itu merupakan satu

usaha untuk menamatkan krisis

selepas Martin Zielke meletak jawa-

tan pada awal Julai, berikutan kriti-

kan oleh pemegang saham tentang

prestasinya dan kerugian yang di-

catat bank.

Knof, 55, ialah ketua runcit Bank

Deutsche di Jerman tetapi meng-

habiskan sebahagian besar kerjaya-

nya dalam perniagaan insurans, be-

kerja untuk syarikat gergasi Jerman

Allianz. Pelantikan Knof tertakluk

kepada kelulusan pihak berkuasa

penyelia.

“Manfred Knof ialah pengurus ka-

nan yang berpengalaman dan efek-

tif yang telah membuktikan dirinya

dalam pelbagai tugas dalam industri

perkhidmatan kewangan,” kata Jans-

Joerg Vetter, pengerusi lembaga pe-

nyelia Commerzbank.

“Beliau akan membawa kepa-

karan dan kemahiran kepimpinan

manusia untuk tugas baharu dalam

bank.” Kerajaan Jerman memegang

16 peratus saham dalam bank yang

dijaminnya selepas krisis kewangan

pada 2008.

Commerzbank mencatat keru-

gian berjumlah 175 juta euro ber-

hubung ‘satu kes,’ yang menurut

Financial Times

merupakan pinja-

man yang dibuat untuk pembekal

bayaran Wirecard, yang jatuh

mu˜lis pada Jun dalam apa yang

disifatkan oleh menteri kewangan

Jerman sebagai skandal paling bu-

ruk. – AFP

American Airlines terima

pinjaman AS$5.5 bilion

NEW YORK, 27 SEPT –

American

Airlines telah bersetuju dengan pinja-

man berjumlah AS$5.5 bilion daripada

Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS)

tatkala ia berhasrat mengatasi keme-

lesetan dicetuskan oleh koronavirus,

umum syarikat penerbangan itu pada

hujung minggu.

Syarikat penerbangan itu, yang ber-

kata ia mungkin membuang 19,000

pekerja pada bulan depan tanpa pakej

bantuan tambahan dari Kongres, berka-

ta pembiayaan itu akan ‘membantu kami

menambah kecairan jangka panjang

sehingga permintaan kembali pulih,’

menurut satu mesej kepada kakitangan.

Pinjaman itu, dikeluarkan sebagai

sebahagian daripada pakej bantuan

persekutuan Akta CARES yang dilulus-

kan pada musim bunga ini, menambah

kepada jumlah hutang American, yang

lebih tinggi daripada syarikat penerban-

gan AS lain. Jabatan Perbendaharaan

memberitahu syarikat penerbangan

bahawa pinjaman boleh ditambah ke-

pada AS$7.5 bilion, “walaupun jumlah

tersebut adalah tertakluk kepada kelulu-

san terakhir oleh Perbendaharaan,” kata

American dalam fail keselamatan.

Akta CARES turut memperuntuk-

kan AS$25 bilion dalam dana Program

Sokongan Gaji (PSP) untuk syarikat pen-

erbangan AS, termasuk AS$5.8 bilion

untuk American.

Syarikat penerbangan AS yang

menerima dana PSP akan komited tidak

akan mengadakan pengurangan pekerja

sehingga akhir September. American

berkata ia mungkin membuang 19,000

pekerja bermula pada bulan Oktober

sekiranya tidak adanya pakej bantuan

baharu. – AFP

Seorang kakitangan American Airlines

menunggu pelanggan di lapangan terbang

AntarabangsaBenitoJuarezdi BandarMexico.

American Airlines telah bersetuju dengan

pinjaman AS$5.5 bilion dari Perbendaharaan

AS untuk mengatasi kemelesetan dicetuskan

COVID“19. – AFP

Hakim putuskan larangan

Trump muat turun TikTok

WASHINGTON, 27 SEPT –

Hakim akan

memutuskan pada hari ini sama ada

membenarkan larangan pentadbiran

Trump untuk memuat turun aplikasi

perkongsian video popular TikTok.

Hakim Daerah AS, Carl Nichols juga

berjanji akan mempertimbangkan per-

mintaan TikTok untuk menyekat perin-

tah presiden sebelum dikuatkuasakan

pada jam 11:59 malam ini.

Hakim di ibu negara AS itu meneliti

dakwaan pentadbiran Trump bahawa

TikTok yang dimiliki China menimbulkan

ancaman keselamatan terhadap negara,

seiring dengan pena˜ian syarikat itu dan

dakwaannya bahawa walaupun ia laran-

gan sementara tetapi dapat menimbul-

kan kesan teruk sehingga tidak dapat

diperbaiki.

Jabatan Kehakiman AS dan peguam

TikTok bersetuju untuk memfailkan

penjelasan ‘di bawah rahsia’, tidak

tersedia untuk tatapan umum, bagi

mengelak mendedahkan keselama-

tan negara dan maklumat perniagaan

sulit.

TikTok, yang dimiliki syarikat

ByteDance dari China, mengatakan da-

lam petisyen awalnya bahawa larangan

Gambar ilustrasi menunjukkan logo TikTok

dipamerkan di skrin iPhone dan bendera

AS sebagai latar belakang di Arrlington,

Virginia. Hakim akan memutuskan sama ada

membenarkan larangan pentadbiran Trump

untuk memuat turun aplikasi perkongsian

video popular TikTok kelmarin. – AFP

sementara akan ‘menimbulkan kesan

yang teruk dan tidak dapat diperbaiki’

terhadap perkhidmatan itu.

Sehingga adanya campur tangan

pentadbiran, TikTok adalah antara ap-

likasi berkembang paling pesat di AS

dan pertumbuhan yang berterusan

diperlukan untuk mengekalkan kedudu-

kan pasarannya yang kompetitif, menu-

rut TikTok. – AFP

Syarikat penerbangan

kurangkan tambang,

tarik penumpang

PARIS, 27 SEPT –

Dengan krisis

koronavirus menjejas perjalanan,

syarikat penerbangan Eropah akan

mengurangkan tambang untuk me-

narik penumpang dan mengisi kapal

terbang yang masih mengadakan

penerbangan.

Sekatan perjalanan yang dilak-

sanakan oleh kebanyakan negara

untuk membendung penyakit itu

telah menjejas syarikat penerban-

gan, menghentikan lalu lintas udara

pada musim bunga. Sementara

lalu lintas telah meningkat semasa

musim panas, ia merosot sekali lagi

sekarang.

Menurut Eurocontrol, yang me-

nyelaras lalu lintas udara di Eropah,

lalu lintas telah menjadi lembap se-

jak beberapa minggu lalu, dan kini

mencecah 54 peratus di bawah ta-

hap yang dicatat pada tahun lalu.

Persatuan perniagaan penerban-

gan Eropah telah menetapkan lalu

lintas lebih rendah pada Ogos, pada

30 peratus berbanding tahap 2019.

Eurocontrol kini lebih pesimistik

mengenai pemulihan untuk sektor

berkenaan.

Pada musim bunga, ia menjang-

ka lalu lintas mencecah 30 peratus

di bawah tahap 2019 pada Oktober,

namun sekarang ia melihat kemero-

sotan sebanyak 57 peratus.

Sementara pandemik telah men-

gakibatkan syarikat mengalami

kekurangan wang tunai, mereka kini

mula memotong harga tambang.

Menurut ForwardKeys, syarikat

yang menganalisis pasaran pelan-

congan, syarikat penerbangan men-

gurangkan tambang dari Britain,

Perancis, Jerman dan Belanda ke

destinasi di selatan Eropah seban-

yak 15 peratus pada Ogos berban-

ding tempoh yang sama tahun lalu.

Dalam satu kajian yang dike-

luarkan pada Khamis, ia mendapati

harga di sesetengah laluan merosot

sebanyak lebih satu pertiga. – AFP