Isnin, 28 September 2020
16
Awal tahun ini, pelajar Sains Komputer
Tahun 10 Sekolah Antarabangsa
Jerudong (JIS) diberi peluang untuk
menyertai pertandingan
UK Bebras
Computational Thinking Challenge
da-
lam pelajaran mereka.
Seramai 250,000 pelajar dari UK dan
luar negara menyertai cabaran itu yang
berdasarkan teka-teki dengan tidak me-
merlukan pengalaman pemprograman.
Sekitar 10 peratus pelajar Bebras
teratas dalam setiap kumpulan umur
dijemput ke pusingan pertama
Oxford
Computing Challenge
yang melibatkan
beberapa kemahiran pengekodan.
Seramai 18 pelajar JIS bertanding
dengan cemerlang ialah Ahmad
Jamsari, Yahya Husain, Lauren Miller,
Karl Maxwell, Dhanushan Chinniah,
Claudie Teo dan Rahmah Isa.
Dalam kenyataan yang diterima,
Simon Carter, Ketua Pengkomputeran,
memuji pencapaian mereka. “Senang
melihat pemprogram yang sedang
berkembang ini mencabar diri mereka
dan mendapat ganjaran atas masa yang
mereka luangkan untuk mengembang-
kan dan mempraktikkan kemahiran.”
Pelajar tahun 10, Ahmad Jamsari
merupakan salah seorang daripada
85 pelajar di seluruh dunia yang layak
ke pusingan akhir yang diselesaikan
olehnya di rumah semasa sekolah
ditutup akibat wabak. Ahmad mendapat
tempat ke-8 dalam Kumpulan Senior
(Tahun 10 & 11) dan menerima hadiah
permainan dari Tomorrow Corporation.
Pengetua JIS, Nicholas Sheehan
berkata, “Untuk mencapai tempat
ke-8
daripada
250,000
pelajar
menunjukkan kaliber Ahmad, dan juga
kualiti pengajaran dalam Fakulti Sains
Matematik dan Sains Komputer di JIS.
Tahniah kami ucapkan kepada Ahmad -
JIS dan keluarganya semestinya sangat
berbangga dengannya!”.
LUSAKA -
Esnala Sakala merupakan
seorang murid berusia 16 tahun di
Sekolah Dasar Ng’ombe di Lusaka,
ibu kota Zambia yang ditemui
berlari ke sekolah pada hari pertama
pembukaannya selepas ditutup kerana
pandemik COVID19.
Sekumpulan murid penuh kegembi-
raan dan kegelisahan dan tidak sabar
untuk duduk di kelas setelah sekian
lama tinggal di rumah.
“Ini berita baik bahawa kami
membuka sekolah kerana kehidupan
dalammasyarakat tidak begitu baik bagi
saya. Saya sangat teruja dan saya tidak
sabar untuk duduk di meja saya dan
mula belajar,” katanya dalam temu bual.
Dia menyatakan bahawa penutupan
sekolah sejak Mac tahun ini ketika wabak
itu merebak menyebabkan ramai murid
PELAJAR JISMENANG TEMPAT KE 8
DALAMCABARAN UK BEBRAS
Gambar serahan JIS
Ahmad Jamsari (tengah) menerima sijil daripada Pengetua JIS, Nicholas Sheehan.
Pelajar Zambia gembira sekolah dibuka semula
terlibat dalam perkara-perkara buruk.
“Sebilangan daripadanya kehilangan
harapan di sekolah terutama kanak-
kanak perempuan yang rata-rata dalam
keadaan hamil.
“Bagi kanak-kanak lelaki, mereka
mula terlibat dalam penyalahgunaan
dadah,” tambahnya.
Menurutnya, pembukaan semula
sekolah akan membolehkan murid
menghabiskan lebih banyak masa di
sekolah dan dengan itu mengurangkan
penglibatan dalam tabiat buruk.
John Banda dari Sekolah Menengah
Olympia juga menyambut baik pembu-
kaan semula sekolah kerana telah me-
lenyapkan mitos yang disebarkan ba-
hawa sekolah hanya akan dibuka pada
tahun hadapan.
“Sangatbagus sekolahdibukasemula
kerana sebilangan murid perlahan-lahan
menjadi tidak bermaya,” katanya.
Pengarah
Eksekutif
Gabungan
Pendidikan Nasional Zambia George
Hamusunga mengatakan bahawa or-
ganisasi itu sangat gembira dengan
keputusan kerajaan untuk membuka se-
mula semua sekolah.
“Kami gembira bahawa presiden
telah mendengar seruan kami tepat
pada masanya dan kami yakin bahawa
tindakan yang diambil oleh kerajaan
akan membantu mengurangkan kesan
yang ditimbulkan oleh pandemik
COVID19 terhadap sektor pendidikan,”
katanya.
Dia, bagaimanapun, mendesak se-
mua sekolah untuk menerapkan lang-
kah-langkah pencegahan untuk men-
gurangi lonjakan wabak di sekolah dan
mendesak agar pendidikan menyalur-
kan dana ke semua sekolah agar me-
reka dapat mempersiapkan diri dengan
secukupnya.
Dalam ucapannya pada Sidang
Kelima Majlis Kebangsaan ke-12,
presiden Zambia mengatakan dia
mendengar keluhan daripada semua
pihak yang berkepentingan berkaitan
keputusan bagi pembukaan kembali
sekolah-sekolah tersebut.
Pemimpin Zambia mengakui kesan
negatif yang berpunca akibat penutu-
pan sekolah kepada pelajar.
Sekolah ditutup pada bulan Mac
ketika negara tersebut mencatat kes
COVID19 sebagai sebahagian dari usa-
ha memerangi wabak tersebut. Kerajaan
membuka semula kelas peperiksaan
pada bulan Jun. – Xinhua
Seorang guru bercakap dengan anak muridnya di luar kelas. - Xinhua
Para pelajar memakai penutupmulut dan hidung ketikamenghadiri kelas di Sekolah Rendah dan
Menengah Mejocama di Lusaka, Zambia.- Xinhua
Kelihatan seorang pelajar menyuci tangannya sebelummemasuki kelas. - Xinhua




