Isnin, 28 September 2020
20
ALOR SETAR -
‘Battle of Jitra’ amat sig-
ni ikan dalam catatan sejarah Kedah,
apabila pertempuran yang bermula di
Jitra semasa PerangDunia Kedua itu, me-
nyebabkan British mula kalah di sebelah
Timur selepas berperang dengan Jepun
pada 11 hingga 13 Disember 1941.
Pertempuran itu juga menjadi titik
permulaan kepada operasi ketenteraan
Jepun di bawah kepimpinan Leftenan
Jeneral Tomoyuki Yamashita, yang
bermula pada 11 Disember 1941 sehingga
kejatuhan Singapura ke tangan Jepun
pada 15 Februari 1942.
Pengarah
Muzium
Pengurusan
Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Mohd
Kasri Saidon berkata, Jitra merupakan
bandar utama pada masa itu yang
perlu dipertahankan British, berikutan
kedudukan Jitra berada kira-kira 10
kilometer ke arah selatan di mana
terletaknya Lapangan Terbang Kepala
Batas dekat Alor Setar.
“Sebelum pertempuran itu berlaku,
pihak British menyedari akan rancangan
Jepun yang mahu menawan Tanah
Melayu, dan telah melakukan pelbagai
persediaan termasuk membuat kubu
pertahanan, selain menempatkan aset
ketenteraan seperti meriam di kawasan
sekitar Changlun, Asun dan Nongka,
dekat Kubang Pasu ini,” katanya kepada
media.
Mohd Kasri berkata bagaimanapun
pihak British tidak menjangkakan
daripada segi taktikal peperangan
tentera Jepun, apabila serangan berlaku
pada musim tengkujuh sehingga
menyebabkan kubu yang dibina di
kawasan sawah, tidak dapat digunakan
secara efektif setelah dinaiki air.
“British yang turut menggunakan
pasukan tentera dari Australia, India
dan Gurkha pada masa itu, agak
kelam-kabut
berbanding
tentera
Jepun yang lebih berpengalaman dan
berkemahiran dalam aspek taktikal
peperangan, keranamereka baru sahaja
selesai berperang di Indo-China...ini
siri perang yang besar, di sinilah (Jitra)
tempat pertama British mula tewas, di
sebelah Timur,” katanya.
Untuk rekod, strategi peperangan
tentera British yang diketuai Mejar
Jeneral DavidMurray-Lyonketika ituyang
sepatutnya mampu bertahan selama
tiga bulan, hanya bertahan tiga hari
selepas Jepun berjaya menumpaskan
pihak lawan, dan ini mempercepatkan
pergerakan tentera Jepun.
Menurut Mohd Kasri, kemuncak
pertempuran itu yangmembawa kepada
kekalahan tentera British, apabila
British sendiri meletupkan tempat
simpanan minyak di Lapangan Terbang
Kepala Batas supaya Jepun tidak dapat
menggunakan lapangan terbang dan
minyak berkenaan.
“Susulan letupan ini, semangat ten-
tera British yang berada pada barisan
belakang luntur bagi terus mempertah-
ankan pasukan mereka dan membuat
serangan, sekali gus terpaksa berun-
dur sehingga memberikan keselesaan
SEJARAH KEJATUHAN JITRA
DALAM ‘BATTLE OF JITRA’
Penduduk Kampung Baru, Romli Salleh merupakan individu tunggal yang menyaksikan
pertempuran ‘Battle of Jitra’ antara Tentera Jepun dan Tentera British pada Disember 1941 itu.
- Bernama
Senjata lama yang digunakan oleh tentera Jepun dalam pertempuran ‘Battle of Jitra’ dengan
tenteraBritishpadatahun1941untukmenawanTanahMelayudisimpandandipamerkandiMuzium
Universiti Utara Malaysia, Sintok. - Bernama
SebahagiandaripadalapanbuahkubupertahananlamayangmasihkukuhdibinaolehpihakBritish
pada tahun 1941, digunakan untuk pertempuran ‘Battle of Jitra’. - Bernama
Tinjauandariudaramenggunakandronmenunjukkankubupertahananlamayangdibinaolehpihak
British pada tahun 1941 di Lorong Kubu, Kampung Baru di Bukit Pinang, Alor Setar. – Bernama
kepada tentera Jepun untuk memasuki
kawasan Alor Setar,” katanya.
Sementara itu, seorang penduduk
Kampung Baru di Bukit Pinang dekat
Alor Setar yang pernah menyaksikan
pertempuran tersebut Romli Salleh,
94, berkata, beliau mendengar letupan
sangat kuat dari arah Lapangan Terbang
Kepala Batas dan melihat asap hitam
berkepul-kepul ke udara, pada Disember
1941 itu.
Romli yang ketika itu berusia
belasan tahun berkata, susulan kejadian
berkenaan ada penduduk kampung
yang lari bertempiaran, kerana ketakutan
akan bunyi letupan yang kuat tersebut.
Beliau yang masih mengingati
beberapa ayat dalam Bahasa Jepun itu
menarik perhatian, tapak rumah yang
didiami bersama isteri sekarang, pernah
menjadi tempat bengkel tentera Jepun
pada masa itu.
“Saya juga pernah bekerja sebagai
buruh kepada pihak Jepun, termasuk
disuruh mencabut rumput dengan
gaji RM1 dan pernah merasai ditampar
tentera Jepun bersama rakan saya yang
dikenali sebagai panggilan ‘Hamid’,
pada ketika itu. Waktu zaman Jepun ini
kita hidup susah, nak dapat beras makan
pun susah,” katanya. – Bernama
Serpihan enjin kapal perang HMS Repulse
yang digunakan oleh pasukan Royal Navy
Britishuntukmenyekat tenteraJepunkeTanah
Melayu pada 10 Disember 1941. - Bernama




