Previous Page  22 / 24 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 22 / 24 Next Page
Page Background

22

Isnin, 28 September 2020

HAALAND HILANG TARING

Reaksi Haalandyangkelihatanhampa selepas

terlepas peluang menjaringkan sebarang gol

pada perlawanan menentang FC Augsburg di

Jerman, kelmarin. – AP

BERLIN, 27 SEPT –

Borusssia Dortmund

tumpasmengejut0 2di tanganAugsburg,

awal pagi tadi dan kali ini penyerang

Norway, Erling Braut Haaland tidak dapat

menampilkan watak penyelamat seperti

yang dilakukannya ketika mencipta seja-

rah di Bundesliga, Januari lalu.

Dengan juara bertahan, Bayern

Munich hanya akan turun menentang

Hoffenheim, malam ini, Dortmund

yang muncul naib juara musim lalu ga-

gal meneruskan rentak mereka selepas

melakar kemenangan 3 0 ke atas

Borussia Moenchengladbach, Sabtu

lalu yang menyaksikan Haaland meledak

dua gol dalam perlawanan itu.

Pemain berusia 20 tahun itu sudah

mengumpul 18 gol dalam 21 perlawanan

tahun ini buat Dortmunddanmeletakkan

namanya dalam sejarah Bundesliga.

Diamenjadi pemain pertamameledak

hatrik selepas dibawa masuk dari bangku

simpanan pada penampilan pertama un-

tuk aksi Bundesliga, Januari lalu.

Tiga gol dijaringkan Haaland da-

lam tempoh 20 minit membolehkan

Dortmund ketika itu bangkit menewas-

kan Augsburg 5 3.

Bagaimanapun, kali ini bintang muda

itu gagal mempamerkan prestasi sebe-

narnya di Arena-WWK Augsburg apabila

hanya berjaya melakukan satu percu-

baan tepat ke arah pintu gol lawan.

Sebaliknya, tonggak pertahanan ten-

gah Augsburg, Felix Uduokhai meletak-

kan kelab itu di depan apabila memecah

kebuntuan pada minit ke-40 sebelum

Daniel Caligiuri mengesahkan kemena-

ngan melalui gol kedua di minit ke-54.

Jurulatih Dortmund, Lucian Favre

mengakui kecewa dengan kekalahan

itu apatah lagi selepas menyaksikan

anak buahnya mendominasi 80 peratus

permainan.

“Banyak perkara yang kami perlu

lakukan,” kata Favre yang mengalihkan

fokus bagi persiapan menentang Bayern

dalamaksi Piala Super Jermandi Munich,

awal pagi Khamis ini.

“Kami hampir mendominasi keselu-

ruhan perlawanan, kami bermula den-

gan baik tetapi ia belum cukup dan kami

terlalu terburu-buru dalam permainan.

Augsburg bertahan dengan baik, kami

sepatutnya lebih bersabar,” katanya.

– AFP

Simeone

percaya

kemampuan

Suarez

Simeone percaya Suarez mampu

menjulang kelabnya ke tahap yang

lebih tinggi dan berkata pemain itu

akan berada dalam skuad menjelang

aksi menentang Granada. – AFP

MADRID, 27 SEPT –

Jurulatih

Atletico Madrid, Diego Simeone

percaya Luis Suarez mampu

menjulang kelabnya ke tahap

yang lebih tinggi dan berkata

pemain yang baru ditandata-

nganinya itu akan berada dalam

skuad menjelang aksi menen-

tang Granada malam ini.

Suarez menyertai Atletico

selepas

disingkirkan

dari

Barcelona,menyaksikanpemain

berusia 33 tahun itu meninggal-

kan kelab secara percuma dan

hanya perlu dibayar dengan

nilai tambahan sebanyak 5 juta

euro.

“Kehadirannya membuka pe-

luang kepada kami untuk terus

berkembang dan kami seperti

mendapat suntikan semangat

baharu.

“Kami pernah berbincang

sebelumdia ke Barcelona dan ke-

tika itu kami merasakan dia akan

bersama kami. Selama enam

tahun dia mengharungi musim

dengan penuh dengan kejayaan.

“Rakan sepasukannya seka-

rang mahu dia cepat menye-

suaikan diri, jadi jaringan dan

permainannya boleh membantu

kami,” kata Simeone.

Simeone berkata, Suarez

mula berlatih dengan rakan

sepasukannya sejak semalam

dan berada dalam landasan ter-

baik untuk tampil kali pertama

menentang Granada di Wanda

Metropolitano malam ini. – AFP

Danilo, Lukaku bangkit julang Inter

Aksi penuh bertenaga Lukaku (tengah) ketika menjaringkan gol di minit ke-87 pada perlawanan

menentang Fiorentina di Milan, kelmarin. - AFP

MILAN, 27 SEPT -

Danilo D’Ambrosio

dan Romelu Lukaku menjaringkan dua

gol di saat akhir perlawanan untuk men-

catatkan kemenangan 4 3 pada aksi

pembukaan musim penuh mendebar-

kan ketika berdepan Fiorentina yang

mempamerkan pemain Franck Ribery.

Pencabar kejuaraan liga, Atalanta

dan Lazio juga memulakan kempen me-

reka dengan mencatatkan kemenangan

tatkala mereka cuba untuk menghalang

Juventus daripada meraih kejuaraan liga

kali ke-10 berturut-turut musim ini.

Inter yang dibimbing Antonio Conte

berjaya mengejar Fiorentina ketika

perlawanan berbaki tiga minit di San

Siro selepas Ribery dikeluarkan.

Lukaku menyamakan kedudukan

pada minit ke-87 sebelum pemain per-

tahanan, D’Ambrosio menjaringkan gol

kemenangan dua minit kemudian.

“Tiga mata adalah sangat penting

namun anda harus membuat penilaian

yang tepat. Apa yang positif ialah kami

menjaringkan empat gol, mencipta ban-

yak peluang, namun penjaga gol lawan

bermain dengan baik dan kami berde-

pan dengan masalah itu.

“Kami harus mempertingkatkan

prestasi dan lebih seimbang selepas

ini,” kata Conte yang membawa Inter

menduduki tempat kedua di belakang

Juventus dengan hanya dibezakan satu

mata.

Sementara itu, Ciro Immobile ber-

jaya memperbaiki permainannya untuk

membantu Lazio mencatatkan keme-

nangan 2 0 ke atas Cagliari, manakala

Atalanta mula meraih kemenangan 4 2

ketika berdepan Torino.

Immobile yang juga penyerang

antarabangsa Itali dan penjaring terban-

yak Serie A musim lalu dengan meledak-

kan 36 gol, menyumbat jaringan kedua

Lazio pada suku terakhir permainan.

Lazio dan Atalanta akan bertemu

sesama sendiri di Rom Rabu depan.

– AFP

Jaringan Ramos tewaskan Betis

MADRID, 27 SEPT –

Sergio Ramos

muncul wira apabila sepakan penalti

yang diambilnya pada hujung per-

mainan membantu Real Madrid bangkit

mencatatkan kemenangan 3 2 ke atas

Real Betis, yang terpaksa beraksi den-

gan 10 pemain dalam aksi La Liga, awal

pagi tadi.

Kemenangan ituadalahyangpertama

buat Real musim ini selepas hanya seri

tanpa jaringan dengan Real Sociedad

dalam aksi pembuka tirai, minggu lalu.

Real berada di depan menerusi Fede

Valverde pada minit ke-14 sebelum Betis

mendahului menerusi dua gol yang di-

jaringkan Aissa Mandi minit ke-35 dan

William Carvalho dua minit kemudian.

Bagaimanapun, pertahanan Betis,

Emerson berdepan saat memalukan

dalam perlawanan itu apabila dia men-

jaringkan gol sendiri pada minit ke-48

sebelum dilayangkan kad merah kerana

mengasari Luka Jovic.

Video Bantuan Pengadil (VAR) men-

jadi penyelamat buat Real apabila

rakaman berkenaan menyaksikan bola

terkena tangan Marc Bartra dalam ko-

tak penalti pada minit ke-82 dan Ramos

dengan tenang menyempurnakan tu-

gasnya sekali gus memastikan keme-

nangan buat kelabnya.

Betis melakukan bantahan terhadap

pengadil, Ricard de Burgos selepas

tamat perlawanan kerana mendakwa

bola yang terkena tangan Bartra adalah

disebabkan asakan yang dibuat pemain

Real, Borja Mayoral.

“Saya tidak mahu mengulas menge-

nai keputusan pengadil. Kami bergelut

tetapi akhirnya kami berjaya mengutip

tiga mata,” kata jurulatih Real, Zinadine

Zidane.

Kekalahan menyaksikan rekod ce-

merlang Betis di bawah jurulatih baharu,

Manuel Pellegrini lebur selepas melakar

dua kemenangan ketika menentang

Alaves dan Real Valladolid dalam dua

perlawanan awal musim ini. – AFP

Reaksi Ramos selepas berjaya menjaringkan

gol buat pasukannya pada perlawanan

menentang Real Betis di Stadium Villamarin,

kelmarin. – AFP