Previous Page  23 / 24 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 23 / 24 Next Page
Page Background

Isnin, 28 September 2020

23

AZARENKA

MARA TERBUKA

PERANCIS

PARIS, 27SEPT

Bekas pemain nombor

satu dunia Victoria Azarenka memasuki

pusingan kedua Terbuka Perancis hari

ini meskipun terpaksa ‘duduk seperti

itik’ dalam hujan ‘amat luar biasa’ dan

cuaca sejuk di Roland Garros.

Pemain pilihan ke-10 berusia 31 tahun

itu menewaskan Danka Kovinic, pemain

nombor 74 dunia dari Montenegro, 6†1,

6†2.

Azarenka, pemenang kedua pada ke-

johanan Terbuka AS, memerlukan satu

jam lebih untuk menjamin kemenangan-

nya dalam perlawanan yang berlang-

sung di gelanggang Suzanne Lenglen

tanpa penonton disebabkan sekatan

koronavirus.

Bagaimanapun, beliau berasa tidak

puas hati dalamperlawanan sebelumnya

apabila hujan turun dengan lebat,

menambah lagi masalah bermain dalam

suhu 10 darjah.

“Keadaan adalah agak tidak munasa-

bah. Suhu mencecah lapan darjah. Saya

tidak mahu menunggu,” kata Azarenka,

enggan berada di gelanggang dan

‘duduk seperti itik,’ apabila penyelia ke-

luar untuk memeriksa keadaan.

“Keadaan adalah terlalu sejuk. Saya

tinggal di Florida, saya sudah biasa den-

gan cuaca panas.” Selepas 15 minit, per-

lawanan digantung.

Bagaimanapun, pemain Belarus itu

menjadi tenang semula apabila perla-

wanan diteruskan walaupun jika beliau

mengakhirinya dengan memakai seluar

hitam dan baju sukan.

Beliau akan berdepan Venus

Williams, 40 tahun, atau Anna Karolina

Schmiedlova untuk satu tempat dalam

Aksi Victoria Azarenka memulakan servis kepada Danka Kovinic semasa perlawanan tenis

pusingan pertama perseorangan wanita di Gelanggang Suzanne Lenglen pada hari pertama

Terbuka Perancis di Paris kelmarin. - AFP

pusingan 32 terakhir.

“Saya gembira dapat menamat-

kan perlawanan supaya saya boleh

menyaksikan pemain lain bergelut da-

lam cuaca dan hujan ini,” kata Azarenka.

- AFP

Pacquiao bertemu

McGregor tahun depan

Gambar fail menunjukkan Manny Pacquiao meraikan kemenangannya ke atas Keith Thurman

dalam pertarungan welterweight WBA di MGMGrand Garden Arena di Las Vegas, Nevada pada

20 Julai 2019. - AFP

MANILA, 27 SEPT

Ikon petinju

Filipina

Manny

Pacquiao

mahu

bertarung menentang bintang seni

mempertahankan diri Ireland Conor

McGregor dalam gelanggang pada

tahun depan, menurut satu kenyataan

yang keluar semalam.

“Untuk semua mangsa COVID†19

Filipina, Senator Manny Pacquiao akan

melawansuperstarUFCConorMcGregor

pada tahun depan,” kata penolong khas

Pacquiao, Jayke Joson, menambah

rundingan masih diteruskan.

Pertarungan mungkin diadakan

di Timur Tengah selepas pandemik

koronavirus berkurangan, kata pem-

bantu itu, menambah Pacquiao akan

menderma sebahagian daripada wang

hadiahnya kepada mangsa COVID†19

Filipina.

Promoter Pacquiao, Sean Gibbons

memberitahu

AFP

sebelumnya di Los

Angeles bahawa juara dunia divisyen

lapan itu sedang memikirkan untuk

mengadakan pertarungan dengan

McGregor, walaupun kedua-dua pihak

masih belum mencapai perjanjian.

Pada

Jumaat,

McGregor,

32,

berkata di Twitter beliau akan ‘bertinju

seterusnya dengan Manny Pacquiao di

Timur Tengah.’

“Akan menjadi satu penghormatan

untuk berdepan dua petinju paling hebat

dalam era moden,” tambah McGregor.

Pacquiao, 41, belum bertinju sejak

memenangi juara welterweight WBA

dengan kemenangan ke atas Keith

Thurman di Las Vegas pada Julai tahun

lalu.

Satu

pertarungan

menentang

McGregor, yang berdepan raja welter-

weight Floyd Mayweather dalam perta-

rungan 2017, akan menjamin Pacquiao

satu lagi gaji lumayan tatkala beliau

mengakhiri kerjaya tinjunya.

“Peguam kami sedang memukta-

madkan semua butir-butir sulit, namun

kedua-dua petinju sudah bersedia untuk

pertarungan tinju epik terakhir ini,” kata

Joson. - AFP

KOM tidak mahu ambil risiko

KUALA LUMPUR, 27 SEPT —

Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM)

kemungkinan tidak menganjurkan

sebarang kejohanan sekurang-

kurangnya untuk tempoh dua bu-

lan lagi susulan peningkatan kes

COVID†19 di negara ini.

KOM sebelum ini merancang

untuk menganjurkan kejohanan

tertutup pada Oktober, namun

Pesidennya Datuk S.M Muthu

menjelaskan bahawa badan induk

sukan olahraga itu merasakan

keadaan masih belum betul-betul

selamat

untuk

menganjurkan

pertandingan.

Keputusan kemungkinan dibuat

pada mesyuarat agung tahunan

(AGM) persatuan pada 24 Oktober

depan, sama ada menganjurkan

kejohanan dalam skala lebih kecil

dengan acara tertentu untuk

memastikan atlet berada dalam

keadaan baik menjelang kelayakan

Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Atlet tukul besi negara Jackie

Wong yang juga pemegang rekod

kebangsaan dengan catatan balin-

gan 68.22 meter, menjadi atlet per-

tama dijangkiti COVID†19 pada Mac

lepas, dan menerima rawatan di

Hospital Subu lebih 70 hari.

“Kami tidak mahu mengambil

risiko kerana penganjuran kejohanan

akan melibatkan banyak pihak ter-

masuk atlet, jurulatih dan pegawai

teknikal. Mungkin kami akan anjur-

kan kejohanan berasingan mengikut

acara seperti kategori lompatan, la-

rian dan balingan.

“Harapan kami, pada tahun de-

pan, jika keadaan mengizinkan, kami

bercadang untuk anjurkan dua kejo-

hanan domestik pada setengah ta-

hun pertama. Ia penting kepada at-

let untuk melakukan persiapan bagi

menghadapi kejohanan kelayakan

ke Tokyo dan Sukan SEA Vietnam

pada November,” katanya kepada

Bernama

. – Bernama

Hamilton catat masa terbaik sesi F1

SOCHI, RUSIA, 27 SEPT

Lewis

Hamilton bangkit untuk mencatat

masa terbaikdi depanrakansepasukan

Mercedes Valterri Bottas dalam latihan

ketiga dan terakhir semalam pada

Grand Prix Rusia.

Pemimpin perlumbaan dan juara

enam kali itu telah disingkirkan oleh

pemandu Finland dalam kedua-dua

sesi pada Jumaat, tetapi dia bertindak

balas dengan prestasi kelajuan yang

meyakinkan.

Hamilton berusaha untuk menya-

makan rekod 91 kemenangan kerjaya

Grand Prix yang dicatat oleh juara tu-

juh kali Michael Schumacher dalam

perlumbaan hari ini, acara sukan per-

tama era COVID†19 yang berlangsung

di depan ramai penonton.

Penganjur Rusia mendakwa telah

menjual 30,000 tiket kepada penon-

ton di litar Olympic Park, didirikan

di sekitar pusat yang dibina untuk

Olimpik Musim Sejuk 2014.

Hamilton mencatat masa pusingan

terbaik dalam 1 minit 33.279 saat

untuk menewaskan Bottas sebanyak

tujuh persepuluh saat dengan Carlos

PemanduMercedes LewisHamilton (kanan)

bercakap kepada rakan sepasukan sebelum

Grand Prix Formula Satu Rusia di Litar

AutodromSochi kelmarin. - AFP

Sainz di tempat ketiga untuk pasukan

McLaren, lapan persepuluh saat di

belakang.

Esteban Ocon memenangi tempat

keempat untuk Renault di depan

Sergio Perez dari Racing Point danMax

Verstappen dalam Red Bull. – AFP