Previous Page  13 / 24 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 13 / 24 Next Page
Page Background

Selasa, 29 September 2020

13

KAHERAH, 28 SEPT –

Amerika

Syarikat (AS) bersedia untuk menutup

kedutaannya di Zon Hijau Baghdad,

lokasi di mana serangan roket sering

berlaku, agensi berita

Sputnik

memetik

laporan media.

“Apa yang telah dimaklumkan

kepadakami ialahpenutupankedutaan

secara bertahap selama dua hingga

tiga bulan,” seorang pegawai Iraq

memberitahu

The Wall Street Journal

semalam, menambah penutupan

itu juga bersekali dengan penarikan

pasukan tentera Amerika.

Menurut akhbar itu, Setiausaha

Negara

AS

Mike

Pompeo

menyampaikan amaran mengenai

kemungkinan penutupan kedutaan

dalam satu panggilan baru-baru ini

kepada Presiden Iraq Barham Salih

dan Perdana Menteri Iraq Mustafa al-

Kadhimi.

Dua pegawai Iraq memberita-

hu

The Wall Street Journal

bahawa

Washington telah mengambil lang-

kah awal sehingga ia dapat menu-

tup kedutaan sambil mengekalkan

konsulatnya di Erbil, ibu kota Wilayah

Kurdistan di utara Iraq.

Al-Arabiya

melaporkan, memetik

sumber AS di Iraq, diplomat Amerika

bimbang kemungkinan serangan

terhadap kedutaannya di Baghdad

dan kemungkinan dijadikan tebusan.

Menurut

Al-Arabiya

, Pompeo telah

memberi PerdanaMenteri Iraq tempoh

sehingga Isnin untuk memenuhi

beberapa syarat, termasuk keputusan

tegas pemerintah terhadap serangan

berkala di Zon Hijau. – Bernama

SAO PAULO, 28 SEPT –

Brazil

semalam melaporkan 335 lagi

kematian akibat COVID’19 da-

lam tempoh 24 jam, menjadikan

jumlah korban setakat ini sera-

mai 141,741 orang, lapor agensi

berita

Xinhua

.

Menurut kementerian kesi-

hatan, dalam tempoh sama

ujian

saringan

COVID’19

mengesan 14,318 kes baharu,

menjadikan jumlah keseluru-

han 4,732,309.

Sao Paulo dan Rio de Janeiro

mencatatkan angka korban tert-

inggi, disebabkan orang ramai

bersesak-sesak

mengunjungi

kawasan pantai pada hujung

minggu.

Ini berikutan cuaca panas

yang melanda Rio de Janeiro

dengan suhu mencecah 39.2

darjah Celsius, menyaksikan

orang ramai berpusu-pusu men-

gunjungi pantai Copacabana,

Ipanema dan Leblon.

Bandar Sao Paulo sehingga

kini mencatatkan 35,108 kema-

tian diikuti Rio de Janeiro den-

gan 18,278. – Bernama

EU: JANGAN CAMPUR

TANGAN KRISIS KARABAKH

BRUSSELS, 28 SEPT –

Kesatuan

Eropah (EU) hari ini mengingatkan

kuasa serantau supaya jangan campur

tangan dalam pertempuran di Nagorny

Karabakh, dan mengecam ‘serangan

serius’ yang menggugat kestabilan

serantau.

Jurucakap dasar luar negara Peter

Stano berkata Brussels tidak dapat

mengesahkan laporan mengatakan

kuasa luar menyertai kon¢lik tersebut,

namun menambah: “Campur tangan

luar dalam kon¢lik ini tidak dapat

diterima.”

Tentera Azerbaijan dan Armenia

sedang bertempur untuk hari kedua

hari ini selepas puluhan terbunuh dalam

pertempuran sengit itu.

Pertempuran meletus semalam

di sepanjang barisan depan Nagorny

Karabakh, enklaf serantau etnik Armenia

yang telah berpisah dari Azerbaijan.

“Tidak ada sesiapa yang harus

berminat dan tidak ada sesiapa yang

akan untung daripada peperangan yang

meletus dan ia adalah sesuatu yang

ingin kami halang.

“Dan kami sebagai Kesatuan Eropah,

sebagai komuniti antarabangsa, me-

nyeru kepada semua pihak yang ter-

babit supaya berhenti dengan serta-

merta dan kepada semua pihak di rantau

supaya menyumbang untuk menghenti-

kan konfrontasi.”

“Pertempuran adalah amat mem-

bimbangkan kerana ia membawa risiko

serangan serius dan juga kesan serius

ke atas kestabilan serantau.

“Kami meminta gencatan senjata

segera dilaksanakan serta gencatan

senjata berkenaan dipatuhi,” beritahu

AStano kepada wartawan. – AFP

RINGKASAN

Big Ben London

dibuka semula

LONDON, 28 SEPT –

Menara

jam dunia Big Ben London akan

diperlihatkan semula kepada

orang ramai selepas hampir tiga

tahun menjalani kerja-kerja baik

pulih, umum pihak berkuasa di

Parlimen semalam.

Jam yang dipasang di

Menara Elizabeth itu menjalani

proses baik pulih yang me-

nelan kos jutaan dolar dan fasa

kritikal untuk kerja-kerja pemu-

liharaan hampir selesai, lapor

agensi berita

Xinhua

.

Dalam tempoh enam ming-

gu akan datang, perancah akan

diturunkan secara berperingkat.

Speaker Parlimen Lindsay

Hoyle berkata, “Seperti orang

lain, saya juga tidak sabar untuk

melihat menara jam itu dibuka

semula.” - Bernama

Sidang kemuncak

G20 hujung Nov

RIYADH, 28 SEPT –

Sidang

Kemuncak Pemimpin G20 tahun

ini akan diadakan secara maya

pada 21 hingga 22 November,

dipengerusikan Raja Arab Saudi

Raja Salman bin Abdulaziz

Al Saud, lapor agensi berita

Xinhua

.

Memetik kenyataan Arab

Saudi selaku Presiden G20,

sidang kemuncak kali ini berte-

makan ‘Merealisasikan Peluang

Abad ke-21 untuk Semua’, antara

lain akan memberi tumpuan un-

tuk melindungi kehidupan dan

memulihkan pertumbuhan.

G20, platform utama du-

nia untuk kerjasama ekonomi

antarabangsa turut menerajui

perjuangan menentang pande-

mik COVID’19. - Bernama

Brazil catat lebih

14,000 kes sehari

AS sedia tutup kedutaan di Baghdad

Penjaga zoo

diserang gorila

MADRID, 28 SEPT –

Seekor gorila mem-

baham penjaga zoo berusia 46 tahun di

ibu negara Sepanyol Madrid semalam,

menyebabkannya cedera parah den-

gan dua tangan patah dan luka di dada

dan kepala, kata zoo dan perkhidmatan

kecemasan.

Menurut kenyataan Zoo Madrid, wa-

nita itu sedang menjalankan tugas ru-

tin mencuci dan memberi makan pada

pagi apabila dia diserang oleh Malabo,

seekor gorila jantan berusia 29 tahun,

dalam kurungan dalam zoo.

“Pasukan zoo berjaya memisahkan

haiwan itu daripada wanita dan kemu-

dian, sekumpulan veterinar menenang-

kan gorila dengan damak penenang,”

tambah kenyataan. – AFP

Guru mogok sekolah dibuka di Zimbabwe

HARARE, 28 SEPT –

Ratusan guru

Zimbabwe menuntut gaji lebih baik

tinggal di rumah hari ini, tatkala seko-

lah dibuka semula selepas enam bulan

dikenakan sekatan koronavirus.

Di Sekolah Tinggi Warren Park di barat

kawasan kelas pekerja Harare, puluhan

pelajar menunggu guru mereka dengan

sia-sia di sebuah bangunan sekolah yang

belum siap. Ada di antara mereka me-

makai penutupmulut dan hidung. Sebuah

baldi 20-liter yang diisi pensanitasi tangan

ditempatkan di pintu masuk sekolah.

Di sebuah sekolah kerajaan di daerah

Avondale, tidak ada guru yang kelihatan

dan pelajar sekolah rendah bermain di

luar bilik darjah mereka.

“Guru-guru tidak hadir untuk ber-

tugas,” beritahu Raymond Majongwe,

setiausaha agung salah satu kesatuan

terbesar negara, Kesatuan Guru-Guru

Progresif, kepada

AFP

.

Majongwe

berkata

guru-guru

PelajarmengamalkanpenjarakansosialsebelumperhimpunansekolahdiSekolahQueenElizabeth

di Harare kelmarin. – AFP

bergelut untuk ‘bertahan’ dan mereka

tidak mampu menghantar anak mereka

sendiri ke sekolah.

Gaji guru, menurutnya, telah terjejas

teruk akibat in¢lasi – yang mencecah

melebihi 700 peratus – kepada bersa-

maan AS$40 sebulan, merosot daripada

AS$550 pada Oktober 2018. – AFP

Gambar yangdikeluarkanolehKementerianPertahananAzerbaijanmenunjukkanpelancar roket

ditembak dari sistem peluru berpandu Azerbaijan di Republik Nagorno-Karabakh, Azerbaijan

pada 27 September. – AP