Selasa, 29 September 2020
14
MYANMAR TARIK LEBIH AS$5
BILION PELABURAN ASING
YANGON, 28 SEPT –
Myanmar telah
menarik pelaburan asing lebih AS$5 bi-
lion dalam 11 bulan semasa bagi Tahun
Kewangan 201920 yang berakhir hu-
jung September, lapor agensi berita
Xinhua
, berdasarkan angka yang dike-
luarkan oleh Pengarah Pelaburan dan
Pentadbiran Syarikat (DICA) hari ini.
Sepanjang tempoh tersebut, sektor
tenagamenarik sebahagian besar modal
pelaburan dengan lebih AS$1.67 bilion,
diikuti sektor pembuatan dan hartanah.
Dari 1 Oktober 2019 hingga 31
Ogos tahun ini, Suruhanjaya Pelaburan
Myanmar (MIC) memberikan kebenaran
kepada 228 syarikat pelaburan asing.
Daripada Tahun Kewangan 1988-
89 hingga Tahun Kewangan 201920,
Myanmar memperoleh modal pelaburan
lebih AS$86.8 bilion daripada syarikat
asing yang dibenarkan.
Singapura, China dan Thailand
adalah pelabur utama ke Myanmar.
Mengikut wilayah, Yangon telah
menarik60peratuspelaburandari dalam
dan luar negeri, diikuti oleh Mandalay
dengan 30 peratus, dan selebihnya
mengalir ke wilayah dan negeri-negeri
lain.
Undang-undang Syarikat Myanmar
baharu, yang dikuatkuasakan pada
Ogos 2018, memberikan pengecualian
dan pelepasan cukai kepada pelabur,
membenarkan pelabur di daerah
yang jauh menikmati potongan cukai
sehingga tujuh tahun. – Bernama
Luminox perkenal
koleksi inspirasi
Lautan Pasiik
SINGAPURA, 28 SEPT
Dengan berin-
spirasikan Lautan Pasiik, Luminox telah
memperkenalkan koleksi jenama baharu
dalam siri SEA iaitu Luminox Paciic Diver
3120 Series dengan empat versi warna.
Siri baharu itu menampilkan bingkai
keluli tahan karat 44mm bersama bezel
CARBONOX putaran sehala. Pada
rangka depan dan belakangnya terdapat
skru, dihiasi kristal biru nilam dan kalis
air sehingga 200m yang sangat sesuai
untuk aktiviti penyelaman.
Perlakuranrekaannyayangdilengkapi
dengan Luminox Light Technology
menjadikan siri ini tampil berkilat,
menarik dengan penglihatan cahaya
malam tahan sehingga 25 tahun.
Menurut kenyataan yang diterima,
Luminox Paciic Diver 3120 Series se-suai
dipakai sebagai jam tangan harian sama
ada di rumah, pejabat, gim dan sudah
tentu di Lautan Pasiik.
Koleksi Paciic Diver
3121.BO. – Gambar
serahan Crystal Time (S) Pte Ltd
Kawalan eksport
AS punca saham
SMICmerosot
HONG KONG, 28 SEPT
Saham-
saham dalam pembuat cip terbesar
China merosot hari ini berhubung
laporan yang Amerika Syarikat (AS)
telah mengenakan kawalan eksport ke
atas syarikat, tindakan serentak dalam
pertempuran negara itu terhadap
penguasaan teknologi.
Dalam tamparan terbaru ke atas cita-
cita teknologi canggih China, Jabatan
Perdagangan AS dilaporkan telah meme-
rintahkansyarikat-syarikatuntukmeminta
kebenaran sebelum menjual peralatan
kepada Semiconductor Manufacturing
International Corp (SMIC).
Peralatan yang dijual kepada syarikat
China menimbulkan ‘risiko yang tidak
dapat diterima’ untuk dialihkan kepada
‘penggunaan ketenteraan’, menurut se-
pucuk surat yang dihantar kepada irma
cip komputer utama AS yang dilihat oleh
The Wall Street Journal
dan
Financial
Times.
Berita daripada surat itu, yang per-
tama kali dilaporkan pada Sabtu, telah
menyebabkan saham SMIC jatuh di
Shanghai dan Hong Kong hari ini, ma-
sing-masing ditutup tujuh dan 3.9 pera-
tus. – AFP
Siemens lepaskan unit tenaga
FRANKFURT AM MAIN, 28 SEPT
Syarikat industri Jerman, Siemens hari
ini telah melepaskan unit tenaganya,
dengan nilai yang di bawah jangkaan
sekitar 16 bilion euro dalam salah satu
kemunculan pasaran saham terbesar di
Eropah tahun ini.
Saham dalam Siemens Energy
diniagakan pada 22.01 euro (AS$23.27)
semasa pembukaan sebelum menurun
semula 21.68 euro pada 0834 GMT.
Penilaian itu kurang daripada
jangkaan dengan penganalisis telah
meramalkan nilai jumlah saham syarikat
baharu itu akan mencapai antara 17
hingga 24 bilion euro. Pada bulan Mac,
Siemens mengatakan bahawa unit
tenaga itu mempunyai ekuiti sekitar 17.3
bilion euro.
“Sebagai sebuah syarikat bebas, kami
kini memiliki leksibiliti keusahawanan
yang kami perlukan untuk membantu
membentuk transformasi global dalam
pasaran tenaga dengan cara mapan
yang berjaya dari segi ekonomi,”
kata Ketua Eksekutif Siemens Energy,
Christian Bruch.
Meskipunpandemikkoronavirustelah
menjejaskan rancangan perniagaan
di seluruh dunia, Siemens terus maju
ChristianBruch (kiri) bersamaahli lembagaSiemensAG, Ralf Thomasbergambar di hadapan
arca lembu jantan di bursa saham Frankfurt amMain, barat Jerman. – AFP
dengan
pengumuman
pertama
keluaran sampingan yang diumumkan
pada Mei 2019.
Siemens
Energy,
dengan
perniagaan minyak dan gas, turbin,
transmisi tenaga dan perniagaan
berkaitan perkhidmatan, bergabung
dengancawanganperalatanperubatan
Healthineers dan unit lampu Osram
dalam pasaran saham, yang masing-
masing membuat kemunculan pada
2018 dan 2013. – AFP
Uber menang rayuan operasi di London
Gambar fail bertarikh 22 September
menunjukkan seorang wanita memegang
telefonpintar yangmenunjukkanaplikasiUber
di London. – AFP
LONDON, 28 SEPT
Syarikat khidmat
pengangkutan
menerusi
aplikasi
telefon pintar iaitu Uber hari ini telah
menang rayuannya untuk beroperasi
di London setelah hakim memutuskan
bahawa ia adalah syarikat yang ‘sesuai
dan tepat’ meskipun bimbang dengan
keselamatan.
Syarikat berpangkalan di AS itu
berjaya menewaskan keengganan
Transport for London’s (TfL) tahun
lalu untuk memperbaharui lesen
operasinya atas dasar keselamatan.
Uber – yang mempunyai 3.5 juta
pelanggan dan 45,000 pemandu di
bandar Britain – dibenarkan untuk
terus beroperasi semasa proses
rayuan.
“Meskipun sejarah kegagalan
mereka, saya mendapati mereka,
kini, menjadi orang yang layak dan
sesuai untuk memegang lesen
pengendali kenderaan sewaan
peribadi (PHV),” kata timbalan ketua
majistret, Tan Ikram.
Bagaimanapun hakim belum
menetapkan syarat dan tempoh
lesen tersebut.
TfL pada November tahun lalu
mempertikaikan bahawa adanya
‘corak
kegagalan’
termasuk
penggunaan
pemandu
tanpa
kebenaran.
Ikram hari ini berkata syarikat
itu kelihatanya telah menangani
masalah-masalah tersebut.
Dia menyedari yang Uber telah
meningkatkan proses kajiannya
yang berkaitan dengan isu dokumen
dan penipuan insurans. – AFP




