Previous Page  15 / 24 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 15 / 24 Next Page
Page Background

Selasa, 29 September 2020

15

KEMBARA

‘MALAYSIA’

KE BUMI INDIA

NEW DELHI, INDIA

– Meskipun sudah

lebih empat tahun berlalu, kenangan

manis melancong ke India masih se-

gar dalam ingatan, pelbagai kisah me-

narik bermain dalam ingatan, tambahan

musim pandemik COVID 19 yang tidak

membolehkan saya ke luar negara.

Sebagai seorang

backpacker

, saya

begitu teruja apabila rakan saya, Yasmin,

33, melontarkan soalan “apa kata kita

pergi melancong ke India?” India seme-

mangnya destinasi impian para ‘back-

packer’ di seluruh dunia.

Kami ketika itu sedang menikmati

makan tengah hari bersama dua sa-

habat lain, Fatin dan Cecilia di sebuah

warung tepi jalan. Pada mulanya saya

mengagak mereka tentunya berasa

ragu-ragu dengan cadangan Yasmin. Ini

memandangkan banyak persepsi buruk

mengenai India yang mempunyai lebih 1

bilion penduduk itu, antara negara kotor

dan banyak kes jenayah.

Sangkaan saya meleset kerana me-

reka turut teruja, lebih-lebih lagi Cecilia

yang sudah lama berangan-angan untuk

berkunjung ke India, sama seperti saya.

Yasmin yang pernah mengikuti misi

kemanusiaan di India beberapa tahun

sebelum itu, terus berkongsi pengala-

mannya menjelajah ke beberapa negeri

terkenal termasuk Kolkata, Kashmir dan

Punjab.

Persediaan ke India

Berbeza dengan kebanyakan pelan-

cong yang melakukan percutian me-

wah, kami memilih untuk mengembara

secara

backpacking

untuk menikma-

ti keindahan India dengan lebih dekat.

Tiga kota ‘Segitiga Emas’ (Agra,

Jaipur dan Delhi) menjadi pilihan loka-

si pengembaraan utama kami kerana

terkenal dengan kepelbagaian budaya

dan seni bina kota yang begitu cantik,

selain Kashmir yang terkenal dengan pe-

mandangan ala-ala ‘Mini Switzerland’.

Sebelum bertolak ke India, rakyat

Malaysia perlu membuat visa pelancong

untuk tiga bulan dengan harga RM340.

Masa terbaik untuk berkunjung ke nega-

ra itu adalah dari bulan November hing-

ga Mac, cuaca agak sejuk iaitu sekitar

20 hingga 30 celsius.

Kami memilih April kerana mahu

menikmati keindahan panorama ketika

musim bunga di Kashmir yang terletak

di utara India, pinggiran Himalaya.

Tanggal 11 April 2017, kami ber-

empat mengambil penerbangan dari

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala

Lumpur 2 (KLIA2) ke Lapangan Terbang

Indira Gandhi, New Delhi pada pukul 7

malam yang mengambil masa lima jam

30 minit. Perbezaan masa dengan India

adalah lebih kurang tiga jam dengan

Malaysia.

Walaupun Yasmin tidak dapat ber-

sama kami ketika itu pada saat akhir

atas urusan peribadi, namun kami tetap

teruja kerana rakan kami, ShaŸiah meny-

ertai kami bertiga untuk mengembara

ke bumi India selama 12 hari itu.

Sebaik sahaja mendarat di New Delhi

pada pukul 11 malam waktu tempatan,

kami berempat mengambil teksi ber-

meter menuju ke hotel di Paharganj, ka-

wasanberdekatandenganStesenKereta

Api Utama New Delhi bagi memudahkan

kami menaiki kereta api menuju ke Agra

keesokan harinya.

Pengalaman naik kereta api di India

Kereta api adalah salah satu tarikan

utama di India dan perjalanan kami su-

dah tentu tidak akan lengkap jika tidak

mencubanya. Pelbagai telatah dan rag-

am yang dapat disaksikan sepanjang

perjalanan sama ada di dalam mahupun

di luar pemandangan kabin kereta api.

Jadual perjalanan kereta api paling

awal untuk ke Agra adalah pukul 7 pagi.

Untuk itu, seawal pukul 6 pagi lagi kami

sudah daftar keluar selepas bersarapan

menuju ke stesen kereta api berkenaan.

Cabaran bermula tatkala kami mula

melangkah masuk ke stesen den-

gan memikul

backpack

besar, dan ra-

mai ‘ulat tiket’ mendekati kami, mahu

menawarkan tiket untuk ke pelbagai

destinasi. Hati-hati, mereka itu ada-

lah

scammers

yang mahu memperdaya

pelancong asing dengan tiket palsu atau

mengenakan harga lebih tinggi.

Kami berjaya mengatasi ‘hala-

ngan’ tersebut dan terus menuju

ke International Tourist Bureau yang

terletak di tingkat satu stesen itu. Rupa-

rupanya kami terlepas kereta api per-

tama menuju ke Agra iaitu pada pukul

7:30 pagi dan untuk itu, kami terpaksa

menunggu sehingga pukul 10 pagi bagi

perjalanan seterusnya.

Kami memilih kabin

Second Class

AC

yang berhawa dingin untuk kese-

lesaan sepanjang perjalanan ke ‘Segi

tiga Emas’ selama empat hari, kerana

cuaca di India ketika itu agak panas iaitu

mencecah sehingga 43 celsius.

Pada mulanya kami beranggapan ba-

hawa kereta api yang bakal kami naiki itu

akan dipenuhi dengan penumpang seh-

ingga memenuhi bahagian atas kabin,

namun sebenarnya tidak kerana sua-

sananya sama seperti menaiki kereta api

di Malaysia.

Keindahan Taj Mahal, ‘Pink City’

Destina pertama kami sudah tentu-

nya Agra, yang sangat sinonim dengan

Taj Mahal. Dibina pada tahun 1631, seba-

gai bukti pengabadian cinta Shah Jahan

kepada isterinya, Mumtaz Mahal yang

meninggal dunia ketika melahirkan anak

mereka ke-14. Jasad mereka berdua di-

semadikan bersama di bahagian dalam

monumen itu.

Kami tiba di Stesen Kereta api Agra

Catt kira-kira pukul 1 tengah hari, dan

terus ke Taj Mahal dengan menaiki teksi.

Harga tiket masuk ke Taj Mahal adalah

1,000 rupee (RM60) dan setiap pelawat

dibekalkan air galian dan sarung kasut

untuk dipakai di bahagian dalam ka-

wasan monumen.

Pengalaman yang sukar dilupakan

adalah suasana senja tatkala matahari

terbenam. Persekitaran di Taj Mahal

berubah warna mengikut cuaca dan

suhu disebabkan seni binanya yang

menggunakan marmar yang mampu

meresap warna dan cahaya.

Kebanyakan masyarakat Agra be-

ragama Islam, jadi mudah mendapatkan

makanan halal di sekitar Taj Mahal. Kami

sempat menikmati keenakan nasi biry-

ani kambing dan lassi di sebuah restoran

muslim berdekatan dengan kawasan itu

sebelum mendaftar masuk di hotel.

Untuk yang ingin melanjutkan per-

jalanan di Agra, elok bermalam untuk

melawat banyak tempat menarik seperti

Agra Fort, Fatehpur Sikri dan Baby Taj.

Memandangkan perancangan kami

hanya menginap satu malam di Agra,

kami terpaksa membatalkan hasrat

tersebut kerana keesokan harinya, kami

perlu bertolak ke Jaipur seawal pukul 8

pagi dari Stesen Keretapi Agra Catt.

Satu perkara yang amat mengagum-

kan saya ketika melawat ke Agra,

persekitarannya yang jauh lebih bersih

daripada New Delhi dan Jaipur, kerana

mempunyai pekerja tempatan yang ber-

tugas untuk membersihkan jalan raya

serta lorong di sekitar bandar itu.

Terminum ais di Jaipur

Selepas Agra, kami ke Jaipur, ibu kota

Rajasthan (negara bahagian terbesar di

India) yang terkenal dengan ‘Pink City’

kerana hampir kesemua bangunannya

berwarna merah jambu.

Destinasi pelancong yang menarik

ini menempatkan bangunan berseni

bina unik dan halus, antaranya Jal Mahal,

Hawa Mahal, City Palace dan Amber

Fort. Namun, kami mempunyai kenan-

gan kurang manis di sini, Ini kisahnya.

Cuaca di Jaipur yang agak panas

dan berdebu kerana terletak berdeka-

tan dengan padang pasir, menyebab-

kan kami banyak minum air galian. Kami

memilih membeli di kedai daripada ge-

rai yang kebanyakannya menggunakan

air paip.

Selepas habis bergambar dan men-

cuci mata di kedai cenderahati, kami

singgah di sebuah restoran berhadapan

Hawa Mahal. Oleh kerana terlalu haus

dan panas, Fatin memesan Coke ber-

serta segelas ais. Ketika itu, tidak pula

terlintas yang ais itu mungkin diperbuat

daripada air paip.

Semasa dalam perjalanan pulang ke

hotel, Fatin mengadu sakit perut dan

muntah-muntah pada malamnya. Pada

keesokan harinya, keadaan Fatin tidak

berubah. Selepas selesai kami berkun-

jung ke Amber Fort dan Fatin kembali

muntah ketika dalam perjalanan ke City

Palace dengan menaiki tuk-tuk.

Syukur kami ada membawa bekalan

ubat untuk diberikan kepada Fatin dan

keadaannya yang lemah membuatkan

kami terpaksa membatalkan rancangan

ke City Palace dan destinasi lain.

Kami mahu membawa Fatin ke hospi-

tal atau klinik berdekatan, malangnya se-

mua klinik berdekatan masih tutup dan

jika ada pun, kami terpaksa menunggu

sehingga pukul 7 malam.

Hospital berdekatan pula begitu ra-

mai orang sehinggakan sukar untuk

menjangkakan bila boleh dapat giliran.

Kami bergilir-gilir menjaga Fatin di

sebuah kedai runcit hadapan Hawa

Mahal, sambil menunggu klinik dibuka

pada sebelah malam. Sebaik sahaja

klinik dibuka, kami bergegas membawa

Fatin mendapatkan drip dan rawatan

sebelum bergerak ke Stesen Kereta

Api Jaipur untuk menaiki kereta api pu-

lang ke Delhi. Pesan saya, hati-hati bila

mengambil minuman berais di India!

Pengalaman manis sukar dilupakan

Seperti menaiki

roller coaster

pen-

galaman ketika berada di India selama

12 hari itu, melihat pelbagai telatah dan

ragam manusia sepanjang perjalanan

kami. Antaranya, penduduk tempatan

yang membuang air di tepi-tepi jalan

dan ada yang memerhatikan kami de-

ngan pandangan pelik.

Pengalaman dengan pemandu teksi

yang cuba menipu tambang juga tidak

kurang hebatnya. Nasihat saya, pengem-

bara wanita usahlah berjalan bersendi-

rian. Kami berempat sentiasa bergerak

dalam kumpulan sepanjang kami bera-

da di India, terutamanya ketika berjalan

di tempat orang ramai.

Kami juga memastikan tidak mema-

kan pakaian yang mencolok mata kera-

na dikhuatiri mencuri pandangan lelaki.

Saya berasa sangat beruntung ker-

ana sepanjang pengembaraan ini, ban-

yak yang saya pelajari.

Cecilia yang berketurunan India turut

berkongsi perbezaan Bahasa Tamil dan

Hindi. Kebanyakan masyarakat India di

Malaysia berasal dari India selatan ber-

tutur Bahasa Tamil, manakala Bahasa

Hindi digunakan secara meluas di utara

India. – Bernama

UNIK ... Salah satu lokasi ikonik di Jaipur, HawaMahal terkenal dengan kehebatan seni bina lama

yang mempunyai puluhan tingkap kecil. – Bernama

Penulis, Soon Li Wei (kiri), Cecilia, ShaŒiah dan Fatin di hadapan Taj Mahal, Agra, yang kental

dengan cerita cinta abadi antara Shah Jehan dan Mumtaz. – Bernama