Selasa, 29 September 2020
17
Bekas anggota kumpulan Highlight,
Yong Junhyung telah digugurkan dari
tugas dalam tentera kerana kecede-
raan lutut, dan dia sekarang merupa-
kan pekerja perkhidmatan awam.
Pada 25 September lalu, Around Us
Entertainment menulis dalam sebuah
pernyataan, “Yong Junhyung mendaf-
tar sebagai tentera pada 2 April 2019.
Ketika dia bersungguh-sungguhmelak-
sanakan tugasnya, dalam latihannya
dia harus menjalani operasi kerana
cedera meniskus di lutut kirinya.”
Agensi itu menambah, “Dia terus
menjalankantugasnyaketikamenerima
perawatan pemulihan, tetapi kerana
keadaannya tidak membaik, dia
menjalani penilaian sesuai dengan
prosedur ketenteraan. Ia ditentukan
bahawa dia tidak layak untuk bertugas,
dan selama berkhidmat sebagai askar
dia dipindahkan menjadi pekerja
perkhidmatan awam.“
Lelaki Korea yangdinilai tidak dapat
menjalani perkhidmatan ketenteraan
wajib mereka sebagai tentera tetapi
tidak dikecualikan sepenuhnya dari
tugas untuk berperanan sebagai
pekerja perkhidmatan awam, di mana
Selepas sembilan bulan mengikat tali
pertunangan, pelakon Emma Stone
akhirnya sah bergelar isteri kepada
penulis DaveMcCary namunpasangan
itu memilih untuk tidak mendedahkan
tarikh sebenar perkahwinan mereka.
Memetik laporan
People
, mereka
mengesahkan berita gembira itu
selepas dua minggu apabila foto
Emma memakai cincin yang sepadan
dengan Dave ketika meluangkan
masa bersama di Los Angeles pada 11
September lalu menjadi tular.
Pada 4 Disember tahun lalu,
Dave menerusi Instagram miliknya
berkongsi foto Emma memakai
cincin pertunangan mereka sekaligus
mengesahkan
mereka
bakal
mendirikan rumah tangga.
Difahamkan, pasangan itu sepa-
tutnya melangsungkan perkahwinan
pada Mac lalu namun terpaksa ditang-
guhkan berikutan pandemik wabak
COVID19 yang berlaku di seluruh
dunia. Pasangan itu mengambil kepu-
tusan untuk bertunang selepas dua
tahun menjalinkan hubungan cinta
sejak Oktober 2017. – Agensi
LINDA NANUWIL MAHU
KEMBALI AKTIF
Setelah hampir 10 tahun menghilangkan
diri daripada arus muzik perdana,
penyanyi Linda Nanuwil kini membuat
penampilan semula dan kembali
merencana kerjaya seninya sekali lagi.
Bekas bintang Akademi Fantasia (AF)
musim kedua itu juga mencuri perhatian
ramai apabila dirinya diumumkan
sebagai salah seorang daripada 14
peserta
Gegar Vaganza
musim ketujuh
(GV7) yang bakal membuka pentas
persaingan pada 11 Oktober depan.
Menurut pemilik nama lengkap
Norlinda Nanuwil, 36, dia sendiri tidak
menyangka menjadi peserta AF yang
pertama diberikan peluang tersebut
dan dalam masa sama gementar untuk
bersaing dengan barisan penyanyi yang
jauh berpengalaman daripada dirinya.
“Terus-terang saya tidak sangka
mendapat peluang sebegini. Pada
mulanya saya hanyamahumenghasilkan
single
baharu, tetapi dapat pula masuk
GV7.
“Dua tahun lalu ketika saya menyua-
rakan hasrat untuk kembali aktif, ramai
peminat yang mahu saya menyertai
GV
dan berjanji untuk memberikan
sokongan.
“Jadi bila ia menjadi kenyataan,
semestinya saya tidak akan mensia-
siakan peluang meski sebenarnya
gementar untuk berada satu pentas
dengan mereka yang jauh lebih berpen-
galaman daripada saya,” katanya yang
menjadi bekas peserta
AF
pertama ber-
jaya menyertai
GV
.
Mengimbau kembali ‘kehilangannya’
dalam radar industri hiburan sebelum
ini, Linda berkata, dia mengambil
keputusan untuk berehat dan pulang ke
kampung halamannya di Sabah selepas
pemergian kedua orang tuanya.
“Semuanya bermula selepas saya
kehilangan bapa pada tahun 2008 dan
diikuti ibu setahun kemudian.
“Ketika itu saya sangat sedih
dan seperti hilang semangat untuk
meneruskankerjayaseni, lalumengambil
keputusan untuk pulang ke Sabah terus
pada tahun 2010.
“Sejak itu saya tidak lagi aktif dalam
industri, sebaliknya hanya menerima
undangan menyanyi di sekitar Sabah
sahaja.
“Di sana tentunya saya jauh daripada
perhatian dan liputan media berbanding
ketika berada di Kuala Lumpur dan aktif
dalam arus muzik perdana,” jelasnya.
Bagaimanapun kata penyanyi yang
pernah tampil dengan sulung album
Jika Kau Kekasih
itu, dia terdetik untuk
kembali ke pangkuan industri apabila
ramai peminat yang masih memberikan
sokongan kepadanya. “Terharu kerana
masih ada yang ingat dan sudi mengiku-
ti perkembangan saya walaupun sudah
lama saya hilang dalam industri dan ten-
tunya dalam tempoh itu ramai penyanyi
baharu yang hadir silih berganti.
“Jadi saya bulatkan hati untuk
kembali merencana kerjaya seni dengan
perancangan
single
terbaharu,
Ikhlaskan
Hatimu
, yang dihasilkan oleh Ajai dan
lirik nukilan Lukman S.
“Jika
segalanya
mengikut
perancangan,
single
tersebut akan
rilis pada Oktober depan selepas
GV
berakhir,” katanya yang baru sahaja
selesai menjayakan penggambaran
muzik video lagu berkenaan.
Disebabkan lama tidak aktif dalam
bidang seni, kata Linda, dia kini
berusaha untuk kembali menyesuaikan
diri. Akuinya, terlalu banyak perbezaan
industri kini berbanding ketika dia aktif
hampir 15 tahun dahulu.
“Banyak sangat yang lainnya
sekarang. Jadi saya kena perlahan-lahan
sesuaikan diri semula dan perasaannya
Linda Nanuwil tidak menyangka menjadi
peserta AF yang pertama menyertai
Gegar
Vaganza
musim ketujuh (GV7). – Agensi
seperti baru nak jadi artis.
“Saya juga mula aktif dalam media
sosial sejak dua tahun lalu, sedangkan
sebelum ini akaun Instagram pun saya
tak ada.
“Sebenarnya seram juga dengan
impak negatif sosial media ini apabila
tengok ramai artis yang kena kecam
dengan warganet dan menerima komen
melampau.
“Bagaimanapun itulah yang perlu
ditempuhi pada era sekarang ini. Jadi
kena pandai-pandai tangani semua itu
dengan penuh kematangan,” akuinya
yang kini masih berstatus solo. – Agensi
Ismail Izzani ubah
penampilan diri jadi ‘sado’
Ismail Izzani kembali ke gimnasium untuk
tampil dengan imej baharu. – Agensi
Muncul dengan
single
baharu berentak
R&B dan hip hop berjudul
Ada Cara
,
Ismail Izzani mengubah penampilan diri
menjadi lebih ‘sado’.
Mahu tampak lebih segar dan
matang, Ismail kembali ke gimnasium
dan mengubah ¤izikal menjadi lebih
sasa. “Sebenarnya, saya sudah lama
membina badan tetapi berhenti sekejap.
Apabila berhasrat untuk tampil dengan
imej baharu, saya ¤ikir, mengapa tidak
kembali ke gimnasium.
“Lalu, saya kerap ke gimnasium,
berlatih dan menjaga pengambilan
pemakanan. Saya tidak mahu orang
nampak Ismail Izzani seperti budak yang
dahulu. Saya mahu mereka lihat diri ini
yang lebih matang,” katanya kepada
media. Namun, leka berkongsi rutin
di gimnasium, Ismail akhirnya dituduh
menayang badan di laman sosial.
“Bukan saya sengaja, ada artis lain
juga, jadi ia bukan isu. Sebenarnya, entri
yang saya muat naik itu adalah motivasi
kepada orang di luar.
“Ramai bertanya bagaimana saya
membina badan. Jika kita lihat pada
sudut positif, ia adalah motivasi yang
baik bagi pengikut saya,” katanya yang
mahu konsisten dengan imej itu.
Ismail berpendapat, jika konsisten
bersenam di gimnasium dan menjaga
pemakanan, ia dapat membantu dirinya
menjadi lebih berdisiplin.
Mengulas mengenai single
Ada Cara
,
remaja berusia 20 tahun itu berkata,
lagu berkenaan menonjolkan sisi ber-
beza dirinya. “Ramai tahu saya sinonim
dengan lagu pop seperti
Sabar
. Namun,
itu hanyalah 60 peratus diri saya. Genre
utama saya adalah R&B dan itu yang
saya mahu sampaikan dalam
Ada Cara
.
“Lagu
Sabar
adalah zaman saya
‘budak-budak’. Melalui lagu baharu ini,
saya mahu tonjolkan kematangan diri
daripada segi imej dan muzik.
“Ini adalah masa yang sesuai untuk
permulaan baharu bagi Ismail Izzani,”
katanya. Ismail berkata,
single Ada Cara
yang akan dilancarkan, siap tahun lalu,
namun, ketika itu, dia kurangyakinmelan-
carkannya. Bercerita mengenai lagu itu,
kisah dipaparkan agak berat iaitu percin-
taan antara pasangan berbeza agama
yang dialami rakannya. – Agensi
Emma dan Dave akhirnya berkahwin
Emma Stone dan Dave McCary mengambil
keputusanuntukbertunangselepasdua tahun
menjalinkan hubungan cinta sejak Oktober
2017. – Agensi
Yong Junhyung dihentikan dari
perkhidmatan ketenteraan
mereka bekerja di kemudahan awam
atau pejabat kerajaan.
Around Us Entertainment menya-
takan bahawa Yong Junhyung telah
menjadi pekerja perkhidmatan awam
sejak 15 Jun 2020, dan dia akan terus
melaksanakan tugas ketenteraannya
dengan sungguh-sungguh sehingga
dia dikeluarkan. – Agensi
Yong Junhyung mengalami kecederaan
meniskus di lutut kiri ketika dia menjalani
perkhidmatan ketenteraan. – Agensi




