Previous Page  18 / 24 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 18 / 24 Next Page
Page Background

Selasa, 29 September 2020

18

KLIEN KAYA PILIH

BODYGUARD

DEDIKASI, BERKEMAHIRAN IT

Sekumpulan pelatih menghadiri sesi latihan di Akademi Keselamatan Genghis di Tianjin. – AFP

Para pelatih sedang menjalani latihan bertinju yang diadakan di sebuah bilik kelas atau gim. –

AFP

TIANJIN, CHINA –

Di ‘Genghis

Security Academy’, yang me-

nyatakan ‘ia’ sebagai satu-satu-

nya sekolah pengawal peribadi

yang berdedikasi, para pelajar

menyedari ancaman kepada

negara baru kaya dalam era

teknologi kelihatannya lebih

cenderung berpunca daripada

penggodam berbanding lelaki

bersenjata.

Setiap hari para pelajar da-

lam sut hitam yang sepadan

bekerja keras dari waktu subuh

hingga tengah malam di seko-

lah di kawasan timur bandar

Tianjin, di mana pertahanan

digital diberikan bayaran sama

dengan kemahiran perlindun-

gan jarak dekat tradisional den-

gan kemampuan bertempur,

latihan senjata dan pemanduan

berkelajuan tinggi.

Sekitar 1,000 graduan tiap

tahun, berharap untuk menda-

patkan jawatan sebagai pen-

gawal kepada kalangan orang

terkenal dan kaya di China, ja-

watan yang boleh bernilai se-

hingga AS$70,000, beberapa

kali ganda lebih daripada gaji

pejabat tahunan.

Tetapi sekolah tersebut me-

nyatakan ia tidak dapat me-

menuhi permintaan apabila

pertumbuhan kekayaan pantas

para jutawan China, 4.4 juta

menurut sebuah laporan Credit

Suisse 2019, lebih daripada di

Amerika Syarikat (AS).

Bayaran untuk kursus me-

ningkat AS$3,000 untuk se-

orang pelajar, dan sementara

mereka perlu membatalkan

latihan di antara Februari dan

Jun disebabkan pandemik ko-

ronavirus, namun ia tidak me-

nyekat permintaan.

Hanya yang terbaik boleh

melakukannya, kata pengasas

Chen Yongqing, menegaskan

standard yang mementingkan

disiplinnya adalah lebih tegas

daripada dalam tentera.

“Saya seorang yang ce-

pat marah dan kuat mende-

sak,” kata tentera veteran dari

wilayah utara Inner Mongolia,

China kepada media.

“Hanya dengan menjadi

tegas akan menghasilkan ‘pe-

dang’ yang sangat baik. Jikalau

anda tidak menempa dengan

baik, ia akan patah sendirinya.”

Sekurang-kurangnya

se-

tengah daripada pelajar adalah

bekas tentera, ujar Chen.

Mereka berlatih dalam bari-

san yang besar, dewan sukan

yang buruk, memegang pis-

tol-pistol plastik biru di depan

mereka dengan tatapan stabil,

sebelum berlatih memindah-

kan klien-klien mereka den-

gan selamat ke dalam sebuah

Audi hitam dengan cermin

dipecahkan.

Sesi-sesi lain telah diadakan

di sebuah bilik kelas atau gim,

di mana mereka bertinju dalam

baju T berwarna merah sama.

Telefon mudah alih diram-

pas keseluruhannya, semen-

tara waktu makan perlu dilaku-

kan dalam keadaan senyap di

dalam sebuah dewan makan

yang besar dengan gambar-

gambar graduan yang disan-

jung menjadi pengerusi, yang

telah melindungi semua orang

dari orang kedua terkaya China

Jack Ma kepada presiden-pre-

siden Perancis.

“Kami telah mentakri–kan

standard pengawal peribadi

China,” ujar tenaga pengajar Ji

Pengfei kepada media.

Dalam sebuah kelas, para

pelajar berpasangan menye-

lesaikan tugasan menerusi

senario melindungi seorang

‘klien’ daripada penceroboh.

“Bahaya!” teriak Ji, men-

garahkan pengawal untuk

menyembunyikan dengan ce-

pat ‘bos’ di belakang mereka

dan menarik keluar sepucuk

pistol dalam gerakan yang

sama.

Mereka yang gagal untuk

melakukannya dalam masa

dua saat akan diarahkan untuk

melakukan tekan tubi sebanyak

50 kali.

Pistol-pistol di sekolah

Tianjin adalah palsu, China

mengharamkan

pemilikan

senjata api. Untuk latihan sen-

jata api menggunakan peluru

hidup, para pelajar akan diba-

wa ke Laos di Asia Tenggara.

Menghapuskan data, menge-

kang penggodam

Tetapi di dalam sebuah ne-

gara yang dengan pengawasan

tinggi dengan jumlah jenayah

jalanan yang rendah, pengawal

moden memerlukan set kema-

hiran yang terkini, menentang

penggodam profesional atau

pemantau kerajaan.

“Bos-bos Cina tidak me-

merlukan anda untuk ber-

lawan,” Chen memberitahu

pelajar-pelajarnya mengenai

pangkalan seorang klien yang

termasuk –irma-–irma teknologi

dan harta tanah terbesar nega-

ra tersebut.

Menangkis

penggodam

dalam telefon mudah alih,

sekuriti rangkaian, mengesan

perbualan di sekitar dan meng-

hapuskan data merupakan

peralatan yang diperlukan da-

lam gedung senjata pengawal

peribadi.

“Apa yang akan kamu laku-

kan jika bos mahu memusnah-

kan sebuah fail video dengan

segera? Tanya Chen dalam

sebuah kelas.

Walaupun begitu, ancaman

sekolah lama di China masih

wujud, awal tahun ini seorang

jutawanHe Xiangjian, pengasas

Midea dan salah seorang lelaki

terkaya negara, telah diculik di

rumahnya.

Menurut media China, anak

lelakinya berjaya melarikan diri

dengan melompat ke dalam

sebuah sungai dan berjaya

membuat panggilan kepada

polis, yang menyatakan mere-

ka telah menangkap lima orang

suspek di tempat tersebut.

Pelajar Zhu Peipei, seorang

tentera veteran berusia 33 ta-

hun dari wilayah utara Shanxi,

berharap menjadi seorang pen-

gawal peribadi akan mengim-

bangi kekurangannya dalam

kemahiran profesional atau ke-

layakan akademik.

“Dan setentunya ia bagus,”

tambahnya.

Tetapi alumni dari akademi

Genghis turut menyediakan

perkhidmatan yang membo-

sankan, seperti menemani ka-

nak-kanak daripada golongan

kaya dan terkenal ke sekolah,

dengan bayaran 180,000 yuan

(AS$26,000) setahun.

Bayaran tersebut jauh lebih

baik berbanding gaji minimum

dalam syarikat-syarikat swasta

sekitar 53,000 yuan.

Para pelajar juga perlu

membimbing sifat aneh klien

kaya mereka, kata pelatih Ji.

Sesetengahnya hanya me-

naruh kepercayaan kepada

pengawal peribadi yang mem-

punyai simbol zodiak Cina

yang sepadan dengan mereka,

sementara satu dari syarikat

Fortune 500, hanya mahu men-

gaji mereka dari tempat tanah

kelahiran sama.

Sementara yang lain me-

minta seorang bakal pengawal

peribadi memberitahunya apa

jenis buku yang suka dibaca-

nya, di mana dia telah diam-

bil bekerja setelah menyata-

kan dia menyukai novel-novel

ketenteraan.

Yang terbaik boleh me-

nawarkan sebanyak 500,000

yuan setahun di China, tetapi

sesetengahnya

menetapkan

pandangan mereka untuk

penempatan luar negara, ber-

potensi bekerja dengan klien

asing.

“Saya mahu bekerja di

Filipina atau Myanmar,” kata se-

orang pelajar, meminta untuk

tidak didedahkan identitinya.

“Dengan demikian saya

boleh membawa sepucuk pis-

tol, ia akan lebih mencabar dan

saya akan boleh belajar dengan

lebih banyak lagi.” – AFP