Selasa, 29 September 2020
19
Selasa, 29 September 2020
19
ALAT PENGHAWA DINGIN/
PETI SEJUK
PERKHIDMATAN PEMBAIKAN
PAIP/ELEKTRIK
LEEMOI SERVICE & REPAIR
Aircon,
Icebox,
Freezer,
W.Machine, Repair, Wiring, Hse to
Hse. 8910790
PLUMBING, HOUSE RENOVA
TION,
Electric, Roof Leaking,
Welding, Aluminium, Toilet Block.
8885975/ 7155975
PLUMBING TOILET & KITCHEN
block, electric, welding, painting,
tiling, repair work. Tel: 8678970
PLUMBING,
ELECTRICAL,
TOILET,
Kitchen Block, w/Heater.
w/pump repair. Call 8867221/
7257846
TANAM SAYUR, PELIHARA IKAN
DALAMKONTENA KAPAL
HONG KONG
Selepas bersara sebagai
seorangpembuat kontena kapal yangdihantar
ke seluruh dunia, Arthur Lee tinggal bersama
kontena-kontena tersebut selepas bersara
dan menggunakannya sebagai tempat untuk
bercucuk tanam dan memelihara ikan.
Beroperasi di sebuah tanah tandus yang
disewa berkeluasan 1,000 meter persegi (suku
hektar) di kawasan kampung di Hong Kong,
Yuen Long. Lee’s MoVertical Farm mengguna-
kan kira-kira 30 kontena yang tidak lagi diguna-
kan, sebilangannya berusia lebih dari sedekad,
untuk menanam selada air merah dan bebera-
pa jenis sayuran tempatan yang ditanam secara
hidroponik, tanpa perlu menggunakan tanah.
Beberapa buah kontena yang lain digunakan se-
bagai kolam untuk memelihara ikan air tawar.
Hasilnya akan dijual ke pasar raya di
bandar yang padat dengan penduduk – kira-
kira 7.5 juta orang penduduk – yang sebelum
ini terpaksa mengimport kebanyakan
makanan mereka. Sebagai salah sebuah hab
perdagangan terbaik di seluruh dunia, Hong
Kong memiliki banyak kontena panjang yang
berukuran 40 kaki (12 meter).
Lee menggunakan teknologi terkini untuk
memantau tanamannya. Persekitaran yang
terkawal di dalam kontena menggunakan
sistem titisan hidroponik untuk memberikan
nutrien, tanpa perlu menggunakan racun
rumpai dan racun perosak danmengurangkan
risiko dari perosak, haiwan kecil dan cuaca
buruk. Suhu, kelembapan, tahap karbon
dioksida, campuran nutrien dan pencahayaan
boleh dipantau dan disesuaikan.
JikaLee tidak lagimahumenyewadi tempat-
nya ketika ini, dia boleh memindahkan ladang
kontenanya ke dalam trak dan pindah ke tem-
pat lain dengan gangguan yang minimum.
Ladang kapal kontena telah diusahakan
di beberapa buah negara di seluruh dunia
dengan iklim yang tidak menentu, dari cuaca
sejak ke tropika, dan skala yang bermula dari
satu kontena hingga ke 12 buah kontena.
Kebanyakan kontena diletakkan di kawasan
bandar di mana tanaman segar mudah
dihantar ke pasar raya atau terus ke pembeli.
Sementara sayur-sayuran, buah-buahan
seperti strawberi dan ikan air tawar adalah
antara produk yang sering menjadi pilihan
utama, beberapa orang penternak telah
memelihara serangga yang tinggi protein
untuk dijadikan makanan tambahan.
Pertanian persekitaran terkawal adalah
salah satu dari kegunaan kontena kapal, sama
ada yang lama atau yang baharu. Di negara-
negara yang lebih miskin, mereka sering
kali menggunakannya sebagai kedai dan ia
mempunyai kelebihan untuk menguncinya
dengan ketat pada waktu tutup. Di negara-
negara yang lebih mampu, mereka selalunya
akan menukar kontena menjadi sebuah
rumah kecil, studio lukisan, kedai kopi,
gudang halaman belakang rumah bahkan
dijadikan sebagai kolam renang. Secara
dalam talian, kontena boleh dibeli kira-kira
AS$4,000, sementara jika ingin menukarnya
menjadi sebuah rumah asas ia akan menelan
kos sebanyak AS$30,000 atau lebih. - AP
Kontena yang digunakan untuk memelihara ikan air tawar. Kebanyakan ikan yang
dipelihara adalah jenis ikan air tawar. - AP
Arthur Lee telahmenukar kontenakapal untukdijadikansebagai tempat bercucuk tanamdanmemelihara ikan.
Hasilnya akan dijual di pasar raya di bandar yang padat dengan penduduk. - AP
Penanaman sayur-sayuran menggunakan sistem
hidroponik yang sesuai digunakan kerana ia tidak
memerlukan tanah dan mengurangkan risiko dari
perosak. - AP




