Previous Page  20 / 24 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 20 / 24 Next Page
Page Background

Selasa, 29 September 2020

20

Minat terhadap makanan asal

dari negara matahari terbit

semakin ketara di kalangan

masyarakat terutamanya go-

longan muda.

Keunikan makanan dan cara

menikmatinya juga merupakan

faktor kenapa ia semakin popu-

lar walaupun agak berharga.

Namun setiap kali makanan

dibawa balik kerana ingin me-

nikmatinya di rumah sambil

bersantai, berakhir menjadi se-

suatu yang kurang memuaskan

kerana nilai penyepit makanan

yang disediakan tidak mene-

pati dengan ‘keindahan’ maka-

nan. Sebelum berlaku hal yang

sama, kenapa tidak reka sendiri

penyepit makanan ala Jepun

yang mudah untuk dilakukan.

Sedia sebelummula

Sebelum

memulakan

langkah pembuatan, sediakan

vise,

papan

atau

kayu

berukuran 2” x 1”, pereka

dowel

berdiameter 12mm, wood,

mesin

grinder

,

lap sanding

disc

berukuran 300 grit, kertas

pasir berukuran 300, 600, 800,

1,000 dan 1,500 grit, mesin

gerudi atau

lathe

, penyedut

hampa

gas,

kelengkapan

perlindungan diri (kaca mata,

penutup mulut dan hidung),

vernier caliper

, gergaji kayu

dan pita pengukur serta pensel

penanda bagi mereka penyepit

makanan yang unik ini.

Laku langkah satu persatu

Bagi langkah pertama pem-

buatan, papan yang disediakan

akan dipotongkan dengan uku-

ran 15mm x 15mm. Sebelum

memulakan proses pemoton-

gan, ratakan permukaan kayu

menggunakan ketam agar ke-

tika proses pemotongan akan

menghasilkan ukuran permu-

kaan yang sama rata.

Kerjamemotong papan atau

kayu berukuran 2” x 1” dengan

ukuran yang diperlukan ini

akan lebih mudah dilaksanakan

menggunakan mesin pemo-

tong kayu meja.

Setelah menghasilkan ben-

tuk kayu empat segi dengan

ukuran 15mm setiap permu-

kaan tersebut, ia akan dibentuk

menjadi bulat seperti

dowel

(kayu berbentuk bulat) sebelum

PENYEPIT TINGKAT

SUASANA NIKMATI

MAKANAN

Dowel

yangtelahdirekamenggunakanalatkhususkemudiannyadipotongkan

dengan ukuran yang diperlukan.

Dowel

yang telah ditetapkan pada mesin gerudi.

Oleh Amri HTZ

beralih ke proses seterusnya.

Juga diingatkan kayu yang

dipotongkan perlulah mem-

punyai panjang lebih kurang

30sm walaupun pada akhirnya

ukuran penyepit makanan ada-

lah 22mm.

Ini bagi memastikan ke-

tika proses pembentukan kayu

menjadi

dowel

mudah selain

bahagian hujung kedua-dua

sudut biasanya mudah rosak

ketika proses pembuatan.

Dengan cara melebihkan uku-

ran, ini akan menjadikan ba-

hagian hujung kedua-dua sudut

boleh dibuang dan masih men-

inggalkan ukuran yang mencu-

kupi untuk rekaan.

Dengan menetapkan meka-

nisme pereka

dowel

pada

vise

,

salah satu bahagian hujung

kayu akan ditetapkan pada

mesin gerudi.

Bagi mendapatkan cengka-

man yang kuat pada hujung

gerudi, bahagian hujung kayu

yang akan dimasukkan perlulah

diraut menjadi bulat (bentuk

kasar). Setelah itu, anda hanya

perlu menekan suis mesin se-

laras dengan gerakan menolak

kayu secara perlahan ke da-

lam lubang mekanisme pereka

dowel

.

Cara lain untuk mereka

kayu berbentuk bulat yang

diperlukan ialah menggunakan

mesin router dengan meja.

Menggunakan

mata

yang

bersesuaian seperti round over

bit juga akan menghasilkan

bentuk yang sama.

Dengan hanya menetapkan

ketinggian mata router separas

dengan permukaan atas meja,

anda hanya perlu menyorong

setiap sudut kayu tersebut

(berbentuk empat segi yang te-

lah direka) dengan berhati-hati

sehinggalah kesemua sudut

permukaan menjadi bulat.

Dowel

yang terhasil dengan

cara-cara yang dilakukan tadi

akan dipotongkan dengan

panjang 25 inci. Sekali lagi

salah satu sudut hujung kayu

akan dimasukkan ke hujung

gerudi namun kali ini mesin

gerudi akan ditetapkan pada

vise

dan suis akan dikunci bagi

memastikan ia sentiasa hidup

walaupun tanpa ditekan.

Dalam keadaan berputar

mengikut gerudi, bentuk dowel

tersebut menggunakan mesin

grinder

dengan mata lap

sand-

ing disc

.

Langkah ini memerlukan

anda berhati-hati dan melaku-

kannya dengan perlahan-lahan

memandangkan mesin

grinder

yang mempunyai putaran yang

kuat.

Bentuk

dowel

dari ba-

hagian hujung (kawasan bukan

mesin gerudi) dengan diam-

eter 2mm yang kemudiannya

meningkat kepada 10mm di

bahagian hujung ketika anda

membentuknya.

Sebelum memotong pe-

nyepit makanan yang telah

terhasil secara kasar, ba-

hagian yang akan dipotong

akan dibentuk dengan bentuk

membulat. Langkah ini boleh

dilakukan menggunakan pahat

kayu bagi mendapatkan ben-

tuk yang terperinci.

Untuk mereka bahagian

tempat meletak penyepit ma-

kanan, ia juga dilakukan den-

gan langkah yang sama tetapi

lebih menumpukan pada ba-

hagian tengah dowel.

Pada bahagian tengahnya,

ukuran yang diperlukan ialah

5mm dengan bahagian hujung

kedua-dua sudut berukuran

13mm.

Langkah membentuk pe-

nyepit makanan kayu bagi

menempatkannya juga boleh

dilakukan hanya menggunakan

kertas pasir berukuran 300 grit

tanpa mesin grinder. Namun ia

mungkin akan memakan leb-

ih masa ketika mereka tetapi

ia lebih terkawal berbanding

mesin.

Kesemua langkah memben-

tuk dowel sebelumnya akan di-

gosokkan menggunakan kertas

pasir berukuran 400 grit pada

permulaan, diikuti dengan

600, 800, 1,000 dan diakhiri

dengan 1,500 grit. Langkah

ini akan menghasilkan permu-

kaan kayu yang begitu halus

dan amat memainkan peranan

ketika ia digunakan di mana

permukaan yang sangat ha-

lus kurang menyerap kelem-

bapan (air daripada makanan)

selain untuk keselesaan ketika

menggunakannya.

Langkah terakhir ialah me-

nyapukan

wood wax

pada per-

mukaan penyepit dan tempat

meletakkannya.

Sapukan secara berpering-

kat-peringkat wood wax pada

permukaan dengan setiap

lapisan disapu nipis dan dibiar-

kan mengering sebelum mem-

berikan lapisan seterusnya.

Setelah ia mengering, ber-

sihkan lebihan wax mengguna-

kan tisu atau kain bersih sebe-

lum menikmati makanan Jepun

yang tersedia!

Bentuk pertama yang dihasilkan akan dijadikan panduan untuk mereka

penyepit makanan yang kedua.

Proses mereka tempat meletakkan penyepit makanan.