Previous Page  21 / 24 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 21 / 24 Next Page
Page Background

Selasa, 29 September 2020

21

BANGKOK

– Meluncur di sebatang

lebuh raya lengang di Bangkok, Nonluck

Chairuettichai, 63 tahun – anggota

paling tua dalam pasukan kebangsaan

papan luncur panjang Thailand –

berkata menceburi sukan tersebut telah

membantunya sembuh daripada kanser

payu dara.

Didiagnosis menghidapi kanser satu

dekad lalu, Nongluck – yang menggu-

nakan nama gelaran Jeab – menjalani

pembedahan dan kemoterapi, badan-

nya kurus-kering hanya tinggal kulit dan

tulang sahaja.

“Namun apabila anda meluncur se-

tiap hari, anda boleh rasa badan anda

menjadi lebih kuat dan lebih sihat...ia

amat membantu dalam proses pemu-

lihan,” beritahu Jeab kepada

AFP

, tat-

kala dia mengikat pad kepada lutut dan

sikunya.

“Apa yang paling penting, ia

menyeronokkan,”

ujarnya

sambil

tersenyum.

Jeab pertama kali mempelajari sukan

tersebut kerana didorong oleh perasaan

ingin tahu, selepas menyaksikan anak

lelakinya Soteera meluncur berpusing-

pusing di sekitar taman.

Sementara

kebanyakan

pelajar

baharu menggigil di atas papan kayu itu,

imbangan Jeab yang baik membantunya

meluncur dengan penuh keyakinan.

“Dia merupakan seorang yang suka

mengharungi bahaya dan cabaran,

maka saya tidak terkejut langsung dia

mahu meluncur dengan papan luncur

panjang,” kata anak lelakinya yang

berusia 37 tahun.

Ibu kepada dua orang anak itu ber-

kata dia menjadi ‘ketagih’ dengan sukan

itu, yang biasanya didominasi oleh bu-

dak lelaki remaja.

Dia dengan segera menjadi terkenal

dalam komuniti sukan papan luncur

panjang yang kecil di ibu negara dan

akan bertanding dalamkejohanan dalam

masa beberapa bulan.

Pada tahun lalu, Jaeb melayakkan diri

untuk menyertai pasukan papan luncur

panjang kebangsaan Thailand – anggota

paling tua yang pernah menyertai skuad

berkenaan.

“Dia menjadi inspirasi kepada ramai

orang, terutamanya budak perempuan,”

beritahu pengarah pasukan Apichat

Rutnin kepada

AFP

.

“Sekarang anda boleh melihat ramai

kaumperempuan, daripadabelia kepada

orang dewasa, telah mula membabitkan

diri dalam sukan papan luncur.”

Setiap hari Jaeb mencari tempat lun-

cur baharu di sekitar Bangkok – metrop-

olis yang penuh sesak dengan lalu lintas

dengan kawasan terhad untuk sukan pa-

pan luncur.

Di satu bahagian tertutup di antara

dua lebuh raya, dia dan anak lelakinya

WARGA EMAS MELUNCUR DEMI

KETENANGAN FIKIRAN

NongluckChairuettichai,jugadikenalisebagai

Jeab, semasa sesi latihandi tanjakansebatang

lebuh raya yang belum siap di Bangkok. – AFP

Nongluck Chairuettichai membrek semasa satu sesi latihan di Bangkok. – AFP

Nongluck memakai pad lutut tatkala anak lelakinya Soteera meluncur semasa satu sesi latihan

di Bangkok. – AFP

bersenammeregangkan badan sebelum

memakai peralatan keselamatan.

Dia membongkok di atas papannya,

cuba mengimbangi tubuh badannya su-

paya dapat bergerak lebih laju menuruni

bukit.

“Apabila saya meluncur, saya rasa

bebas,” katanya, sambil menunjukkan

tatudi lenganbawahyangditerjemahkan

sebagai ‘Pencinta Papan Luncur

Panjang.’

“Ia rasa seolah-olah saya sudah me-

ninggalkan segala-galanya di belakang,

segala masalah dan kon‰lik hidup.”

Pada mulanya, kebanyakan peluncur

papan panjang lain, malah kawannya

juga, cuba memujuknya supaya jangan

melibatkan diri dalam sukan tersebut

tetapi dia meneruskannya juga sehingga

diterima oleh mereka.

Hanyakeluarganyayangmemberikan

dorongan dan sokongan.

Soteera berkata melihat ibunya

bergelut dengan kanser membuat

dirinya sedar betapa kuat dan tabah

ibunya.

“Saya risau mengenai keadaannya

kerana dia sudah tua, namun bersikap

terlalubimbang sehingga ibu tidak boleh

melakukan apa-apa bukan cara yang

baik untuk menyayangi dan menjaga

seseorang,” beritahunya kepada

AFP

.

“Dia perlu mempunyai kehidupan-

nya sendiri.”

Hari ini, Jeab jelasnya mengikut

falsafah yang ditatu di buku lalinya:

‘Jangan tunggu untuk menjadi seorang

yang cool.’

Memakai

bingkai

kaca

mata

berbentuk bulat seperti burung hantu

dan moden, dia berjalan naik di lebuh

raya untuk meluncur turun.

Pada kejohanan, dia tidak menumpu

untuk memecah rekod kelajuan – mat-

lamatnya hanya untuk mempunyai

ketenangan ‰ikiran.

“Saya meluncur hanya untuk berasa

gembira,” menurut Jeab. “Itu pun sudah

memadai.” – AFP