22
Selasa, 29 September 2020
LONDON, 28 SEPT
– Jaringan hatrik Jamie
Vardy telah memberi tamparan hebat kepada
harapan Manchester City untuk mencabar
kembali kejuaraan Liga Perdana Inggeris
selepas mereka dihukum dengan tiga sepakan
penalti dalam kekalahan 5 2 di tangan
Leicester, sementara itu Newcastle terikat
seri 1 1 dengan Tottenham, dalam perlawanan
yang mencetuskan perdebatan mengenai
peraturan bola tersentuh tangan.
City yang turun tanpa pasukan kesebelasan
utama mereka disebabkan oleh kecederaan
dan jangkitan koronavirus, tetapi kecuaian
di bahagian pertahanan telah menghukum
mereka dari mempertahankan kejuaraan
musim lalu dan sekali lagi menampakkan
kelemahan dengan kepantasan dan penyudah
berbisa dari penyerang Leicester, Jamie Vardy,
ketika pasukan Pep Guardiola dibolosi lima
gol buat kali pertama dalam kariernya sebagai
jurulatih.
Leicester merampas kedudukan takhta
liga, tapi mereka terpaksa berusaha keras
setelah ketinggalan untuk meneruskan
keputusan permulaan yang cemerlang untuk
musim ini selepas rembatan cantik Riyad
Mahrez membuka jaringan sejurus empat
minit perlawanan bermula menentang bekas
pasukannya.
“Masalahnya kami meletakan tekanan
tambahan ke atas diri kami sendiri untuk
menjaringkan dua atau tiga gol,” kata
Guardiola. “Kami perlu lebih tenang, kami
tidak mempunyai pemain untuk menyerang
di dalam kotak penalti semasa kami
memerlukannya.
“Saya tidak akan berputus asa, saya akan
cuba mencari penyelesaiannya.”
City dilaporkan hampir mendapatkan bek
tengah Benica, Ruben Dias dan keperluan
untuk menggantikan barisan pertahanan
adalah sangat jelas selepas Vardy, selain
sedang menguji keserasian gabungan Eric
Garcia dan Nathan Ake.
“Kami merancang untuk membuat mereka
berang dan kami berjaya melakukannya,” kata
Vardy. “Kami tahu jika kami ikut rancangan
BERLIN,28SEPT
– JuaraEropah,
Bayern Munich tewas buat
kali pertama selepas 10 bulan
apabila rekod 23 perlawanan
tanpa kalah lebur setelah tewas
mengejut 4 1 di Bundesliga di
tangan Hoffenheim kelmarin.
Hoffenheim meledak dua gol
untuk meletakkan kedudukan
mereka di hadapan dengan
jaringan awal minit oleh pemain
pertahanan Ermin Bicakcic dan
penyerang Munas Dabbur.
Meskipun Joshua Kimmich
memberikan Bayern sedikit se-
mangat sebelum tamat sepa-
ruh masa pertama, penyerang
kebangsaan Croatia, Andrej
Kramaric menyumbat gol pada
separuh masa kedua dan me-
nyempurnakan sepakan penalti
pada akhir minit perlawanan.
Kemenanganmengejutterse-
buttelahmeletakkanHoffenheim
di puncak liga sementara juara
bertahan Bayern berada di posi-
si ke-7 selepas dua perlawanan.
Ini merupakan kali per-
tama Bayern Munich tewas di
bawah kendalian Hansi Flick
dalam semua kejohanan sejak
tewas 2 1 di tangan Borussia
Moenchengladbach pada 7
Disember 2019.
“Pujian harus diberikan ke-
pada
Hoffenheim,
mereka
menutup ruang dan tidak mem-
berikan peluang kepada kami,”
kata Flick, yang melenting apa-
bila dikatakan pasukannya tam-
pak lesu.
“Kami tidak dapat merebut
peluang kami atau bermain den-
gan intensiti seperti kebiasaan.”
Jurulatih
Hoffenheim,
Sebastian Hoeness yang meru-
pakan anak buah kepada presi-
den Bayern, Uli Hoeness dan
meninggalkan pasukan sim-
panan Bayern pada Julai un-
tuk mengambil alih tugasan di
Hoffenheim.
“Kamiberlatihsegala-galanya
yang telah kami usahakan, kami
mendominasi dari awal perla-
wanan, sentiasa berbahaya dan
bertahan dengan baik, jadi saya
tidak terkejut dengan keputusan
ini,” kata jurulatih Hoffenheim,
Hoeness.
Bayernkelihatan lesu, selepas
bermain sehingga masa tam-
bahan dalam perlawanan Piala
Super UEFA pada Khamis lalu
sebelum menewaskan Sevilla
2 1 di Budapest.
“Kami harus ingat bahawa
Bayern bermain 120 minit em-
pat hari yang lalu, tetapi kami
menunjukkan
persembahan
yang hebat,” tambah Hoeness.
– AFP
PARIS, 28 SEPT
– Mauro Icardi menamatkan
kemarau gol yang panjang selepas menjaring-
kan dua gol untuk Paris Saint-Germain dalam
kemenangan 2 0 Ligue 1 di Reims kelmarin.
Terdahulu, Monaco kekal bertahan selepas
menewaskan Strasbourg 3 2 setelah dua
orang pemain mereka dibuang pada dan Lille
meningkat ke tangga ke-2 selepas mencatat
kemenangan 2 0 ke atas Nantes.
PSG, yang memulakan kempen musim ini
dengan keputusan tewas sebanyak dua kali,
menang 2 0 buat kali ketiga berturut-turut dan
kini berada di kedudukan ke-7, empat mata di
belakang pendahulu liga, Rennes.
“Ia adalah sangat penting untuk penyerang
kami menjaringkan gol,” kata Icardi selepas
meledak gol buat kali pertama sejak Februari.
– AFP
MILAN, 28 SEPT
– Cristiano Ronaldo
menjaringkan dua gol untuk menyelamatkan
Juventus yang bermain dengan 10 orang
dalam perlawanan yang berkesudahan seri
2 2 menentang Roma manakala Napoli
membenam Genoa 6 0 di Serie A kelmarin.
Juara Serie A, Juventus ketinggalan 2 1
dan kurang seorang pemain selepas sejam
perlawanan di Stadio Olimpico selepas Jordan
Veretout menjaringkan dua gol untuk tuan
rumah dan Andrien Rabiot telah diarahkan
keluar padang.
Tetapi tandukan padu Ronaldo telah
menjadikan keputusan seri pada minit ke-69
untuk mengelak pengurus baharu Juventus
Andrea Pirlo mencatat keputusan tewas buat
kali pertama.
“Ketinggalan gol membuatkannya sukar
tetapi kami berjaya merebut satu mata
berharga,” kata Ronaldo.
“Kita berada di permulaan musim, dengan
jurulatih baharu,” tambahnya. – AFP
CITY TUMBANG DI
LAMAN SENDIRI
Reaksi Jamie Vardy meraikan kemenangan selepas
menjaringkanhatrik semasamenentangManchester
City. – AP
kami maka kami akan mendapat peluang.”
Pemain paling berpengalaman, Kyle Walker
yang menjadi punca kebangkitan Leicester
selepasdiamenjatuhkanVardy, yangkemudian
merembat kencang sepakan penalti. Bekas
penyerang kebangsaan England itu kemudian
menyudahkan bola hantaran lintang Timothy
Castagne dan dihadiahkan dengan sepakan
penalti sekali lagi selepas terjahan dari Garcia.
– AFP
Rekod tanpa tewas
Bayern lebur di tangan
Hoffenheim
Aksi pemain pertahanan Hoffenheim, Ermin Bicakcic menjaringkan gol
pembukaan untuk meletakkan pasukannya di hadapan ketika menentang
Bayern Munich. – AP
Icardi tamatkan kemarau gol
Reaksi penyerang PSG, Mauro Icardi menanduk
bola semasa bermain menentang Reims. Icardi
menamatkan kemarau gol dengan membantu PSG
mencatat kemenangan 20. – AFP
CR7 selamatkan Juve daripada dimalukan




