Previous Page  23 / 24 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 23 / 24 Next Page
Page Background

Selasa, 29 September 2020

23

MIAMI NANTI

LAKERS FINAL NBA

MIAMI, 28 SEPT

Miami Heat mencatat

kemenangan dalam suku keempat sete-

lah menewaskan Boston Celtics 125 113

kelmarin dan menempah perlawanan i-

nal NBA bersama Los Angeles Lakers.

Pasukan Heat, juara NBA pada 2006,

2012 dan 2013, mara ke siri kejohanan

buat kali ke-6 dalam sejarah pasukan

dengan empat kemenangan berbanding

dua ke atas Celtics dalam siri terbaik

dari tujuh perlawanan inal Eastern

Conference di gelembung kuarantin di

Orlando, Florida.

Ketika perlawanan inal akan bermula

pada Rabu, mereka akan bersaing

dengan pasukan Lakers yang dipimpin

oleh LeBron James – yang mara ke siri

kejuaraan empat kali bersama Miami

dan memenangi dua kejuaraan sebelum

meninggalkan pasukan sebagai ejen

bebas pada 2014.

Bam Adebayo menjaringkan 32 mata

dan mencatat 14

rebound

untuk Miami,

yang ketinggalan enam mata dengan

perlawanan berbaki 9:18.

Pada perlawanan suku keempat,

Adebayo telahdikasari semasamembuat

percubaan dan melakukan lontaran

bebas untuk membantu Heat mengejar

mata 101 100 dan selepas itu mereka

kekal mendahului perlawanan.

“Saya tidak boleh menghampakan

rakan sepasukan saya seperti apa

yang saya lakukan sebelum ini,” kata

Adebayo. “Saya hanya keluar bermain

dan cuba untuk melaksanakan tugas

saya dan bermain dengan baik dan saya

melakukan semua itu malam ini.”

Jimmy Butlermenambah 22mata dan

lapan

assist

manakala pemain baharu,

Tyler Herro menjaringkan 11 mata dari

19 mata dijaringkan pada suku keempat

buat Heat.

Duncan Robinson dan Andre

Iguodala menjaringkan 15 mata masing-

masingnya manakala Goran Dragic

menambah 13 mata buat Miami.

“Pasukaninilebihdarisegala-galanya,

Reaksi pasukan Miami Heat meraikan kejuaraan inal Eastern Conference menentang Boston

Celtics 125ƒ113. - AP

mereka gemar untuk bersaing,” menurut

ketua jurulatih Erik Spoelstra selepas

menjulang tro i Eastern Conference.

Jaylen Brown dinobat sebagai

penjaring terbanyak buat Celtics dalam

perlawanan tersebut dengan 26 mata,

Jayson Tatum menambah 24 mata

serta mencatat

assist

terbanyak dalam

kariernya dengan 11

assist

, dan Marcus

Smart serta Kemba Walker kedua-

duanya menjaringkan 20 mata untuk

Boston. - AFP

Nadal tidak berpuas hati dengan penganjur

PARIS, 28 SEPT

Rafael Nadal akan me-

mulakan kejohanan hari ini denganmeng-

gelarnyasebagai ‘RolandGarrospalingsu-

kar’ baginya, sementara Serena Williams

sekali lagi mencuba untuk merebut ke-

juaraan Grand Slam ke-24 di gelanggang

yang paling rumit dimenanginya.

Nadal, raja gelanggang tanah liat,

memerlukan satu lagi kejuaraan utama

untuk menyamai rekod Roger Federer

sebanyak 20 kejuaraan, tetapi pemain

Sepanyol itu tiba di Paris tanpa persedi-

aan yang mencukupi dan kurang gem-

bira dengan pilihan bola baharu Terbuka

Perancis.

“Keadaan di sini mungkin yang

paling sukar bagi saya di Roland Garros

disebabkan banyak perkara,” kata

pemain nombor dua dunia itu.

“Bola yang berbeza sepenuhnya. Ia

sangat perlahan, berat. Keadaan yang

sangat sejuk, kondisi yang perlahan.”

Nadal yang memenangi sekali dari 12

kejuaraan Terbuka Perancis pada 2005

dan hanya ditewaskan dua kali dalam 95

perlawanan di sana, tetapi kini dia mesti

menyesuaikan diri dengan kedinginan

musim luruh selepas penundaan

disebabkan oleh koronavirus.

Kejohanan yang bermula kelmarin

di tengah-tengah suhu yang dingin

mencecah 10 darjah Celsius, keadaan

yang dilabel sebagai ‘tidak masuk akal’

oleh peserta inal Terbuka AS, Victoria

Azarenka.

Rafael Nadal meninggalkan gelanggang selepas mengadakan latihan di Roland Garros. Nadal

tidak berpuas hati dengan pilihan yang dibuat pada Terbuka Perancis. - AP

Ramalan cuaca yang lebih baik dalam

dua hari akan datang dengan bumbung

baharu di gelanggang Philippe Chatrier,

sekali lagi besar kemungkinan akan

ditutup meskipun cuaca bertambah

baik pada sebelah petang.

Keadaan yang lebih teruk mungkin

akan mensia-siakan pukulan berbahaya

Nadal selepas dia turun bermain tanpa

merangkul gelaran buat kali pertama.

Pemain pilihan kedua itu tidak

berpuas hati dengan Terbuka Perancis

yang menukar pembekal bola baharu

dan dia percaya ia mungkin akan mem-

berikan masalah izikal kepada pemain.

“Saya percaya bahawa penganjur

perlu meneliti perkara ini bagi tempoh

beberapa tahun akan datang, bagi

kesihatan pemain juga, kerana bola yang

sangat berat dan boleh membahayakan

siku dan bahu pemain,” kata Nadal.

- AFP

Quartararo raih

kemenangan

ketiga MotoGP

KUALA LUMPUR, 28 SEPT

ƒ

Pelumba pasukan Petronas

Yamaha Sepang Racing, Fabio

Quartararo, mengorak langkah

besar ke arah merangkul gelaran

sulungnyadalamkejuaraanMoto

Grand Prix (MotoGP) selepas

menang perlumbaan ketiganya

musim ini di perlumbaan GP

Catalunya di litar Catalunya-

Barcelona, Sepanyol, kelmarin.

Pelumba Perancis berumur

21 tahun itu yang bermula di

petak hadapan, menampilkan

persembahan cemerlang dengan

mengekori rakan sepasukannya,

Franco Morbidelli sehingga pus-

ingan kelapan, sebelum memin-

tas dan memenangi perlumbaan

ketiganya musim ini dengan cata-

tan masa 40 minit 33.176 saat.

Dua pelumba Sepanyol - Joan

Mir dan Alex Rins dari pasukan

Team Suzuki Ecstar, masing-mas-

ing di tempat kedua dan ketiga

selepas ketinggalan 0.928 saat

dan 1.898 saat di belakang, sekali

gus menamatkan perlumbaan 24

pusingan itu di podium buat per-

tama kali untuk pasukan mereka,

sejakGPSanMarinodi litarMisano

World pada 2007. – Bernama

Larian obor Olimpik ditentukan

TOKYO, 28 SEPT

Larian obor Sukan

Olimpik Tokyo 2020, yang ditangguhkan

selepas

Sukan

Olimpik

ditunda

disebabkan oleh koronavirus pada Mac,

akan bermula dari wilayah Fukushima di

Jepun, menurut penganjur hari ini.

Obor Olimpik sudah tiba di Jepun

dari Greece dan larian sepatutnya

diadakan beberapa hari sebelum

Sukan Olimpik bermula awal tahun ini

tetapi penganjur dan pegawai Olimpik

membuat keputusan bersejarah untuk

menunda Olimpik selama setahun.

Obor tersebut kini ditayangkan di

Tokyo untuk tontonan umum.

Larian akan dimulakan pada 25 Mac

2021, bermula di wilayah Fukushima

yang dihentam oleh bencana nuklear

selepas gempa bumi dan tsunami pada

2011.

Larian, yang akan menyaksikan obor

tersebut diarak ke kesemua 47 wilayah di

Jepun, akan dianjurkan dengan slogan

‘Hope Lights Our Way’ dan berniat untuk

menekankan pembangunan semula

kawasan yang terjejas oleh bencana

pada 2011.

“Dengan pandemik COVID 19, ia

akan memberi simbol tambahan kepada

sinar terang selepas mengharungi masa

yang sukar, memberi harapan kepada

dunia menjelang Sukan Tokyo 2020,

ia sendiri adalah simbol kebangkitan,

perpaduan kepada manusia sejagat,”

menurut penganjur dalam kenyataan.

Laluan dan jadual bagi larian adalah

masih sama ‘pada dasarnya’, meskipun

dalam kenyataan menyebut bahawa

laluan dan tempat keraian ‘akan dikemas

kini tertakluk kepada situasi COVID 19’.

Penundaan Sukan Olimpik telah

menyebabkan masalah besar kepada

bahagian logistik dan kos tambahan

kepada penganjur.

Oleh sebab itu, penganjur terpaksa

membuat langkah pemotongan kos,

yang termasuk konvoi kenderaan kecil

untuk larian obor dan majlis pelancaran

yang lebih ringkas.

Sukan Olimpik dijadualkan akan

dilangsungkan di Tokyo pada 23 Julai

2021. - AFP

Penganjur menyatakan larian obor Sukan

OlimpikTokyo2020akanbermuladariwilayah

Fukushima. - AP