Rabu, 30 September 2020
13
DUBAI, EMIRIAH ARAB BERSATU,
29 SEPT
– Emiriah Arab Bersatu (UAE)
merancang menghantar sebuah kapal
angkasa lepas ke bulan pada 2024,
kata pegawai kanan Emiriah hari ini,
perlumbaan terbaharu oleh negara
itu yang mungkin melihatnya menjadi
negara keempat di Bumi yang mencapai
matlamat tersebut.
Pengumuman oleh pemerintah
Dubai Sheikh Mohammed bin Rashid Al
Maktoum, yang juga memegang peran-
an naib presiden dan perdana menteri
UAE, menunjukkan perkembangan pe-
sat program angkasa lepas yang meng-
gunakan namanya.
Sebuah kapal angkasa lepas Emiriah
telah pun dilancarkan ke angkasa lepas
dalam perjalanan ke Marikh manakala
tahun lalu ia menghantar angkasawan
pertamanya ke Stesen Angkasa Lepas
Antarabangsa.
“Ia akan menjadi kapal perayau bulan
buatan Emiriah yang akan mendarat di
permukaan bulan pada 2024 di kawasan
yang belum diterokai sebelumnya oleh
misi manusia,” tulis Sheikh Mohammed
di Twitter. – AP
WASHINGTON, 29 SEPT
– Presiden
Donald Trump dan calon Demokrat
Joe Biden akan berdebat untuk
pusingan pertama pada petang ini, satu
pertempuran politik yang pastinya bakal
menarik jutaan penonton dari seluruh
dunia, lapor agensi
Anadolu
.
Pertandingan selama 90 minit itu
menandakan bermulanya perlumbaan
untuk Rumah Putih, menyaksikan Biden
terus mendahului Trump, berbaki 35 hari
sebelum pilihan raya presiden Amerika
Syarikat (AS) pada 3 November.
Pungutan suara yang dilakukan New
York Times/Kolej Siena minggu lalu
menunjukkan Biden mendahului lapan
mata mengatasi Trump.
Pengacara
Fox News
, Chris Wallace
akan bertindak sebagai moderator,
program ditayangkan tanpa iklan di
setiap rangkaian televisyen utama di AS
dan di seluruh dunia. Ia akan diadakan
di Universiti Case Western Reserve
Cleveland, Ohio.
Antara fokus utama topik perdebatan
antaranya berkaitan Mahkamah Agung,
pandemik COVID19, ekonomi, kaum
RINGKASAN
PBB: Sejuta
kematian ‘amat
menyakitkan’
NEW
YORK,
29
SEPT
– Setiausaha Agung Pertubuhan
Bangsa-Bangsa (PBB) Antonio
Guterres menyifatkan jumlah ke-
matian global akibat COVID19
yang kini mencecah sejuta orang,
satu ‘tahap amat menyakitkan’,
lapor agensi berita
Sputnik
.
Menurut Johns Hopkins
University, jumlah kematian
COVID19 di seluruh dunia
mencecah satu juta, dengan
lebih 33 juta kes disahkan dan
lebih 23 juta dalam pemulihan.
“Dunia kita sudah berada
pada tahap paling buruk: kehil-
angan sejuta nyawa akibat pan-
demik COVID19. Jumlah yang
langsung tidak pernah terlintas di
£ikiran. Namun, kita tidak boleh lu-
pakan setiap kehidupan individu.
Mereka adalah ayah dan ibu, isteri
dan suami, ahli keluarga, sahabat
dan rakan sekerja. Rasa sakit itu
berlipat kali ganda disebabkan
penyakit yang tidak dapat dikaw-
al ini, “ kata Guterres dalam satu
kenyataan. – Bernama
Azerbaijan,
Armenia digesa
lucut senjata
NEW
YORK,
29
SEPT
–
Setiausaha Agung Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
Antonio Guterres semalam me-
nyeru pemimpin Azerbaijan dan
Armenia mengambil langkah
segera untuk mengadakan gen-
catan senjata, lapor agensi berita
Xinhua
.
“Setiausaha Agung hari ini
bercakap dengan Ilham Aliyev,
Presiden Azerbaijan dan Nikol
Pashinyan, Perdana Menteri
Armenia,” menurut kenyataan
media dikeluarkan jurucakap
ketua PBB Stephane Dujarric.
“Beliau menyuarakan ke-
bimbangan berhubung per-
tempuran di sepanjang gari-
san sempadan di zon kon£lik,
Nagorno-Karabakh. Beliau men-
desak kedua-dua pemimpin
mengambil langkah segera un-
tuk mengadakan gencatan sen-
jata dan memulakan rundingan
bagi mengelak ketidakstabilan di
wilayah itu,” katanya. – Bernama
13maut dalam
kemalangan bas
TUXTLA GUTIERREZ, 29 SEPT
– Sekurang-kurangnya 13 orang
terbunuh dan 21 cedera semalam
ketika sebuah bas hilang kawalan
dan melanggar batu di selatan
Mexico, kata pihak berkuasa.
Kemalangan berlaku sebe-
lum subuh di jalan raya di negeri
Chiapas, berhampiran sempa-
dan Guatemala.
“Bas penumpang terbabas
dari jalan dan bertembung den-
gan dinding batu, membunuh
13 orang,” kata pejabat pendak-
wa raya negeri dalam satu ke-
nyataan. – AFP
HAMPIR 280,000 PELAJAR
AS DIJANGKITI COVID19
WASHINGTON, 29 SEPT
– Hampir
280,000 pelajar sekolah dijangkiti
COVID19 antara 1 Mac hingga 19
September lalu, demikian menurut data
terperinci yang dikeluarkan semalam
dalam laporan oleh Pusat Kawalan dan
Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika
Syarikat (AS).
Angka itu membabitkan kira-kira
empat peratus daripada keseluruhan
kes dalam tempoh berkenaan, dengan
kanak-kanak berusia 12 hingga 17
tahun dua kali ganda berkemungkinan
dijangkiti berbanding yang berusia lima
hingga 11 tahun.
Kadar kes baharu bertambah pada
tahap stabil pada musim bunga dan
kemudian meningkat pada musim
panas, memuncak pada 19 Julai dengan
purata kes setiap minggu sebanyak 37.9
per 100,000 kes.
Kes baharu kemudian meningkat
selama beberapa minggu sebelum
menurun pada akhir Ogos, namun kini
kelihatan meningkat semula menuju
musim panas.
Penulis berkata, data itu membantu
menetapkan garis dasar bagi memantau
trend jangkitan COVID19 ketika beber-
apa sekolah kembali kepada sesi pem-
belajaran secara langsung ketika ini dan
beberapa bulan akan datang.
“Kajian di sekolah menunjukkan
bahawa pembelajaran secara langsung
dapat dilakukan dengan selamat dalam
komuniti dengan kadar transmisi SARS-
CoV2 yang rendah, namun mungkin
meningkatkan risiko penularan kepada
masyarakat, yang mana transmisinya
tinggi,” kata mereka.
Secara keseluruhannya, seramai
277,285 kanak-kanak dijangkiti, 3,240
dimasukkan ke hospital (1.2 peratus),
404 mendapat rawatan rapi (0.1 peratus)
dan 51 meninggal dunia (0.01 peratus).
Jumlah itu mungkin lebih rendah
secara realitinya kerana jumlah sebenar
kanak-kanak yang dijangkiti mungkin
jauh lebih tinggi dan tidak dilaporkan,
berdasarkan jumlah kes yang tidak
bergejala.
Kanak-kanak dalam kumpulan 5
hingga 11 tahun menyumbang sebanyak
101,503 kes dan 20 kematian, manakala
kanak-kanak dalam kumpulan 12 hingga
17 tahun menyumbang 175,782 kes dan
31 kematian. – AFP
UAE lancar misi ke bulan 2024
Gambar menunjukkan Naib Presiden dan Perdana Menteri UAE dan pemerintah Dubai, pegawai
Emiriah memberi taklimat kepada Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum mengenai misi
bulan di Dubai kelmarin. – AP
Togo lantik PM
wanita pertama
LOME, 29 SEPT
– Presiden Togo
Faure Gnassingbe semalam mena-
makan perdana menteri wanita per-
tama untuk mengetuai kerajaan di
negara Afrika Barat itu.
Victoire Tomegah Dogbe, 60,
mengganti Komi Selom Klassou,
yang meletak jawatan pada Jumaat.
Seorangsekuturapatdenganpres-
iden, beliau telah berkhidmat sebagai
ketua kakitangan beliau sejak 2009.
Togo dijangka mengadakan rom-
bakan kerajaan sejak Gnassingbe
dipilih semula pada Februari untuk
penggal keempat, namun peruba-
han ditangguhkan disebabkan pan-
demik koronavirus.
Kemenangan presiden dalam pi-
lihan raya, yang diadakan selepas
pindaan perlembagaan yang mem-
benarkan beliau bertanding, melan-
jutkan pemerintahan dinasti lebih
daripada setengah abad oleh keluar-
ga Gnassingbe di bekas negara jaja-
han Perancis itu. Kemenangan diper-
tikaikanolehpencabarpembangkang
utama, yang telahmenghadapi gang-
guan selepas pengundian. – AFP
Pusingan pertama debat Trump,
Biden bermula
Presiden Donald Trump bercakap mengenai
strategi ujian koronavirus di Rumah Putih
RoseGarden,Washingtonpada28September
2020. – AP
dan keganasan di bandar-bandar serta
integriti pilihan raya.
Acara pada hari ini akan berlangsung
dari 9malamhingga 10.30malamEDT. Ia
akan disusuli perdebatan Naib Presiden
Mike Pence dan Senator Kamala Harris
pada 7 Oktober.
Trump dan Biden akan berdebat lagi
pada 15 dan 22 Oktober. – Bernama




