Rabu, 30 September 2020
14
WASHINGTON, 29 SEPT
– Amazon
semalam mengumumkan tarikh
baharu untuk jualan besar global
tahunannya, yang dikatakannya
bertujuan mempromosi perniagaan
kecil dan sederhana meskipun
tuduhan oleh penggubal undang-
undang dan persatuan perniagaan
bahawa syarikat runcit itu cuba
menumpaskan persaingan.
“Prime Day,’ dinamakan sempena
perkhidmatan langganan Amazon
yang
menawarkan
pengguna
penghantaran percuma dan faedah
lain, akan diadakan pada 1314
Oktober, kata syarikat.
Dilancarkan pada 2015, jualan
yang amat popular itu biasanya
diadakan pada Julai tetapi terpaksa
ditunda pada tahun ini disebabkan
pandemik koronavirus.
Disebabkan sekatan, Amazon
telah mencatat peningkatan besar
dalam permintaan untuk membeli-
belahdalamtaliandanpenghantaran
barangan rumah, memaksa gudang
dan kumpulan bekalan bekerja lebih
masa. – AFP
Televisyen boleh
gulung pertama
diperkenalkan
SEOUL, 29 SEPT
– LG Electronics
Inc. Korea Selatan dijangka melan-
carkan televisyen pertama yang
boleh digulung pada bulan depan,
memetik sumber pada hari ini, lapor
agensi berita
Yonhap
.
Baru-baru ini LGmembuka laman
web khas untuk tempahan Signature
OLED R untuk pelanggan utamanya,
menurut sumber itu.
HargatelevisyenmodelSignature
OLED R itu dilaporkan lebih 100 juta
won (AS$ 85,400).
TV LG dengan skrin 65 inci
itu pertama kali dilancarkan di
Consumer Electronics Show (CES)
di Amerika Syarikat tahun lalu.
– Bernama
Thailand lancar
teksi motor,
bot elektrik
RINGKASAN
Jualan besar
Amazon pada Okt
SINGAPURA, 29 SEPT
– Singapore
Airlines berkata hari ini ia telah mem-
batalkan rancangan untuk penerban-
gan ‘lights to nowhere’ bertujuan
merangsang kewangan yang terje-
jas oleh koronavirus selepas ban-
tahan berhubung kesan ke atas alam
sekitarnya.
Dengan industri penerbangan di-
belenggu krisis, beberapa syarikat
penerbangan, termasuk di Australia,
Jepun dan Taiwan, telah menawarkan
penerbangan dekat yang bermula dan
berakhir di lapangan terbang yang
sama untuk mengumpul wang tunai.
Mereka dikhaskan untuk orang yang
berminat terbang pada masa sekatan,
dan telah pun terbukti popular. Namun
syarikat penerbangan Singapura – yang
telah menghentikan hampir kesemua
penerbangandanmengurangkanribuan
pekerja – berkata ia telah membatalkan
idea itu selepas kajian semula.
Syarikat penerbangan itu telah
mengemukakan idea alternatif untuk
mengumpul pendapatan, termasuk
menawarkan kunjungan pesawat udara
kepada pelanggan dan menawarkan
mereka peluang untuk makan di dalam
Airbus A380, kapal terbang komersial
terbesar di dunia.
Aktivis alam sekitar telah menyu-
arakan tentangan terhadap pelancaran
Singapore Airlines ‘lights to nowhere’,
dengan kumpulan SG Climate Rally
berkata mereka akan menggalakkan
dan mencetuskan ‘perjalanan intensif
karbon tanpa sebab yang munasabah.’
– AFP
TOKYO, 29 SEPT
– Syarikat perkhid-
matan telekom terbesar Jepun NTT
Docomo akan diambil alih oleh syarikat
induk Nippon Telegraph & Telephone
(NTT), dalam satu tender bernilai AS$40
bilion, kata kedua-dua irma hari ini.
Tindakan itu diambil berikutan
Docomo dan irma telekom Jepun lain
menerima tekanan dari kerajaan untuk
memotong harga perkhidmatan telefon
bimbit, dan dijangka membantu syarikat
merangsang pelaburan dalam teknologi
5G.
“Hari ini, kami memutuskan untuk
menjadikan Docomo sebuah syarikat
milik sepenuhnya,” beritahu Ketua
Eksekutif NTT Jun Sawada kepada war-
tawan, menambah tindakan itu akan
merangsang ‘daya saing dan per-tum-
buhan syarikat’.
NTT, yang memegang lebih 60 pera-
tus daripada saham NTT Docomo, men-
cadangkan harga 3,900 yen sesaham
untuk membeli seluruh subsidiari itu,
katanya.
Ia mewakili premium sebanyak 40
peratus pada harga penutup hari ini dan
menilai pembelian pada harga kira-kira
4.25 trilion yen.
Perdana Menteri baharu Jepun
Yoshihide Suga berkali-kali berkata
kadar telefon bimbit negara harus di-
kurangkan kerana mereka agak tinggi
berbanding harga di luar negara.
Dengan mengambil alih sepenuhnya
syarikat itu, NTT boleh mengurangkan
NTT AMBIL ALIH
DOCOMO AS$40 BILION
Kelihatan logo korporat syarikat telekomJepunNTTdi depanbangunan yangmenempatkan
ibu pejabatnya di Tokyo kelmarin. Saham NTT merosot disebabkan berita ia bersedia
mengambil alih NTT Docomo. – AP
harga dengan segera, dan memaksa
pesaing mengikut jejak langkah
mereka.
Ketua kedua-dua buah syarikat
menaikan tekanan berhubung harga
yang menjadi pendorong kepada
perjanjian tersebut.
“Kami melakukannya untuk men-
gurangkan bayaran perkhidmatan,”
kata Sawada. – AFP
Singapore Airlines batal ‘lights to nowhere’
Pertumbuhan ekonomi Vietnammeningkat
HANOI, 29 SEPT
– Pertumbuhan ekonomi Vietnam
meningkat pada suku ketiga, dirangsang oleh pemulihan
dalam eksport tatkala negara beransur-ansur bangkit
daripada kemelesetan yang dicetuskan oleh virus.
Vietnam telah lama menjadi salah satu ekonomi yang
berkembang paling pesat di Asia, dan ia banyak bergantung
pada eksport, terutamanya selepas memperoleh faedah
daripada perbalahan perniagaan di antara Washington dan
Beijing sejak dua tahun lalu.
Dengan sebahagian besar ekonomi dunia ditutup untuk
tempoh lama dalam suku pertama dan kedua, keluaran
dalam negara kasar bertumbuh 0.36 peratus pada April-Mei,
walaupun ia adalah lebih baik daripada kebanyakan negara
yang mencatat penyusutan.
Namun Pejabat Statistik Am berkata hari ini ekonomi
bertumbuh 2.62 peratus pada Julai-September.
Angka tersebut dibantu oleh peningkatan dalam eksport,
yang naik 34 peratus berbanding suku sebelumnya, dan 11
peratus tahun-ke-tahun.
Bagaimanapun, bacaan pertumbuhan masih paling
perlahan untuk suku ketiga dalam hampir satu dekad.
“DalamkontekspandemikCOVID19,yangmenjejassemua
aspek sosio-ekonomi negara di seluruh dunia, ia merupakan
kejayaan besar untuk negara kami dalam pencegahan
Seorangpenjual sayurmenunggupelanggandi sebuahpasar di Hanoi
kelmarin.PertumbuhanekonomiVietnammeningkatpadasukuketiga,
dirangsang oleh pemulihan dalam eksport. - AFP
penyakit, pemulihan ekonomi dan pembangunan,” tambah
GSO dalam kenyataan. - AFP
BANGKOK, 29 SEPT
– Lembaga
Penjana Tenaga Elektrik Thailand
(EGAT) melancarkan prototaip teksi
motor danbot elektrik sebagai usaha
menyokong penggunaan kenderaan
elektrik dalam pengangkutan awam,
selain bertujuan mengurangkan
pencemaran udara.
Teksi motor itu boleh digunakan
untuk perjalanan sejauh 100
kilometerdengansekali cas, kelajuan
maksimum lebih 80 kilometer
sejam, lapor agensi berita Vietnam
(VNA).
Ia turut dilengkapi sistem GPS
dan dijangka dapat digunakan pada
akhir 2020.
EGAT turut membangunkan dua
bot elektrik yang boleh bergerak
sejauh 60 kilometer dengan sekali
cas.
Setiap bot boleh membawa
sehingga 80 orang penumpang.
– Bernama




