Previous Page  15 / 24 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 15 / 24 Next Page
Page Background

Rabu, 30 September 2020

15

JALAN JALAN DALAMNEGARA

SAMBIL KUKUH UKHUWAH

NURDIYANAH R.

Gambar oleh Muiz Matdani

Mengikat tali persaudaraan sesama

Muslim menjadi satu kewajipan buat

setiap umat Islam. Apabila tali kasih

sayang bertaut, maka hubungan

kekeluargaan, persaudaraan serta per-

sahabatan dapat dibina dengan baik.

Itulah yang ingin dicapai dan disemai

oleh rombongan 28 orang Muslimah

Masjid Mohamed Bolkiah, Kampung

Serusop semasa mengadakan lawatan

ke beberapa buah tempat menarik di

Daerah Temburong baru-baru ini.

Lawatan yang dikendalikan oleh

Darussalam Holdings Sdn Bhd (DHSB)

menerusi salah satu pakej pelancongan

domestik menarik menerusi Temburong

1 Kampung 1 Produk (1K1P) seme-

mangnya bermatlamat untuk menye-

diakan platform kepada setiap lapisan

masyarakat di negara ini untuk sama-

sama menerokai keindahan khazanah

warisan budaya di samping menjelajah

ke tempat-tempat menarik yang terda-

pat di daerah kedua terbesar ini daripa-

da tiga buah daerah yang lain.

Bersemaraknya ikatan persaudaraan

Semasa ditemui

Media Permata

,

Datin Hajah Rosni binti Haji Tungkat

selaku ketuaMuslimahmasjidberkenaan

menyatakan bahawa adapun kegiatan

lawatan yang berkonsepkan jalan-jalan

di dalam negara itu merupakan buat

julung kalinya dijalankan menggunakan

bas merentasi Jambatan Sultan Haji

Omar ‘Ali Saifuddien sejak ia dibukakan

untuk orang ramai dan ketika negara

berwaspada menangani pandemik

COVID‹19 yang melanda negara dan

dunia amnya.

“Inilah sebahagian aktiviti kami

Jalan-jalan dalam negara melalui pakej ditawarkan Darussalam Holding membuatkan ukhuwah bukan sahaja semakin semarak, kukuh dan teguh

bagi seramai 20 ahli rombonganMuslimahMasjidMohamed Bolkiah, Kampung Serusopmalahmeluaskan lagi pemandangan sertameningkatkan

usaha menarik orang ramai ke Daerah Temburong.

sesama ahli Muslimah masjid yang

amat dinanti-nantikan sebelum ini.

Semestinya ia begitu menyeronokkan,

lebih-lebih lagi Daerah Temburong

masih mengekalkan keunikan alam

kehijauannya.

“Pastinya ikatan persaudaraan kami

semakin bersemarak dengan adanya

lawatan sebegini, lebih-lebih lagi sama-

sama mengisi masa lapang dengan se-

baik-baiknya, selain daripada melakukan

pelbagai kegiatan keagamaan seperti

membaca Al-Quran, kelas fardu Ain dan

sebagainya,” ujarnya dengan senyuman

manis sambil duduk bersantai bersama

ahli Muslimah masjid yang kebanyakan-

nya sudah bersara.

Keterujaan terokai produk keluaran

MPK

Dalam pada itu, Datin Hajah Rosni

turut berkongsi pandangan bahawa

masyarakat di daerah yang terkenal

dengan julukan ‘Permata Hijau Brunei’

ini tidak kurang hebatnya seperti di

daerah-daerah lain yang dilihat begitu

meriah dalam mengetengahkan keuni-

kan produk-produk 1K1P dengan kreati-

viti mereka tersendiri menerusi majlis

perundingan kampung (MPK) masing-

masing.

“Bukan hanya dapat menyaksikan

produk-produk istimewa mereka seper-

ti kraf tangan anyaman dan ayam buluh

bahkan kami juga dapat menyelami ke-

hidupan masyarakat Iban yang memi-

liki kebudayaan dan kesenian yang

tersendiri.

Begitulah keindahannya yang dapat

diungkapkan setibanya kami di Rumah

Panjang di Kampung Sibut, Mukim

Amo,” tambahnya lagi.

Selain itu, pengalaman untuk ke-

nangan turut dilakar apabila mere-

ka berpeluang menyaksikan pro-

ses-proses pembuatan ambulong di

Ahlirombonganmenyaksikanprosesmembuat

ambulong di MPK Batu Apoi.

Pondok Ambulong yang diketengah-

kan oleh MPK Batu Apoi, Mukim Batu

Apoi. Kemudian diserikan lagi dengan

lawatan terakhir ke MPK Puni dan Ujung

Jalan yang terkenal dengan pembuatan

telur masin di Balai Raya Kampung

Puni.

“Yakin dan optimis tanpa berdalih,

itulah kekuatan prinsip jelas terpancar

pada wajah-wajah mereka yang bukan

hanya daripada warga emas bahkan

juga golongan belia di daerah ini tetap

bangkit bersama untuk menerokai dunia

keusahawanan.

“Hal ini sememangnya suatu yang

mampu memberi inspirasi kepada

kita untuk membuka minda dalam

sama-sama memanfaatkan bakat atau

kemahiran yang ada dengan sebaik-

baiknya,” kata Datin Hajah Rosni lagi

semasa mengakhiri sesi temu bual

bersama penulis dan rakan

Media

Permata.

Kraf tangan manik hasil sentuhan masyarakat Iban antara tarikan di salah sebuah MPK Daerah Temburong.