Previous Page  16 / 24 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 16 / 24 Next Page
Page Background

Rabu, 30 September 2020

16

PERISTIWA 40 TAHUN LALUMASIH

HANTUI MASYARAKAT SARDASHT

SARDASHT, IRAN

– Tiga puluh tiga

tahun telah berlalu, namun orang-orang

yang terselamat daripada serangan

gas beracun Iraq di bandar Iran,

Sardasht masih menderita dan berjuang

demi

mendapatkan

pengiktirafan

dunia terhadap serangan maut yang

mengerikan itu.

“Jika seseorang kehilangan kaki

atau lengannya dalam peperangan,

anda boleh memberikannya anggota

badan palsu,” kata Saleh Azizpour, yang

mengetuai persatuan untuk mangsa-

mangsa serangan tersebut. “Namun

apabila paru-paru kita hangus, siapakah

yang akan bernafas untuk kita?”

soalnya.

Tehran telah memperingati ulang

tahun ke-40 Iran diserang oleh

pemimpin Iraq, Saddam Hussein, yang

telah melancarkan peperangan yang

berpanjangan sehingga lapan tahun.

Serangan gas beracun Iraq pada

28 Jun 1987 ke atas Sardasht, bandar

Kurdish di barat laut Iran, dianggap

sebagai serangan pertama senjata kimia

yang ditujukan dengan sengaja ke atas

orang-orang awam di kawasan bandar.

“Orang-orang yang maut dan

tercedera adalah dari usia tiga bulan

hingga ke 70 tahun,” kata Azizpour.

“Semuanya adalah orang awam.”

Angka rasmi mencatatkan 119 orang

maut, manakala 1,518 lagi tercedera.

Tetapi, menurut Azizpour, yang berusia

25 tahun ketika serangan itu, lebih ramai

lagi sebenarnya yang terjejas.

Lebih kurang 8,000 orang telah

terdedah kepada apa yang para pakar

katakan sebagai gas mustard dan orang-

orang yang terselamat masih bergelut

dengan komplikasi kesihatan jangka

panjang.

“Sehingga ke hari ini, kadang-kadang

terasa banyak tekanan pada paru-paru

saya.. sehingga membuat saya tidak

dapat tidur,” ujar Mahmoud Assadpour,

seorang guru yang berusia 50 tahun.

Impak daripada pandemik koronavi-

rus, yang melanda Iran dengan hebat,

menjadi ancaman kepada mangsa-

mangsa yang terselamat itu, kata Rojane

Qaderi, seorang doktor yang mengetuai

jaringan kesihatan awam di Sardasht.

“Kerana sistem imun badan yang

lemah... peluang mereka untuk hidup

adalah rendah,” kata Qaderi.

Mangsa-mangsa serangan yang

terselamat telah diarahkan untuk tidak

meninggalkan kediaman mereka demi

melindungi diri mereka daripada virus.

Seolah-olah di dalam sangkar

“Kami berada di dalam rumah, kami

tidak keluar, seolah-olah kami berada

di dalam sangkar,” kata Mohammad

Zamani, 59, yangmasih ingat akan “bunyi

letupan kecil” semasa kelongsong-

kelongsong gas itu dijatuhkan.

Isterinya, Leila Marouf Zadeh, ketika

itu bertugas sebagai jururawat sukarela.

Dia masih ingat bunyi tangisan daripada

orang-orang yang tercedera di hospital

lapangan, memohon bantuan, ramai

daripadanya adalah terdiri daripada

kenalan-kenalannya.

Kulit badan sesetengah mangsa ber-

tukar kemerah-merahan akibat melecur

terkena gas tersebut. “Sesetengahnya

pada bahagian dada, manakala yang

lain pula pada keseluruhan tubuh me-

reka,” katanya.

Setelah beberapa jam membantu

merawat mangsa-mangsa yang tersela-

mat, dia pun akhirnya merasa impaknya

yang memedihkan. Gas itu telah me-

nyebabkan matanya buta sementara.

Rassoul Malahi, seorang petani yang

telah bersara dan menggunakan alat

pernafasan arti–isial untuk bernafas,

memberitahu kisahnya yang sama. Dia

telah menjadi “buta keseluruhan” sela-

ma 18 hari.

“Kesan daripada gas mustard itu

adalah berkekalan,” kata Qaderi. “Ia

memberikan kesan terhadap atau

memusnahkan paru-paru. Anda harus

belajar hidup dengannya.”

Antara simptom-simptomnya ter-

masuk mata sakit dan bengkak, kulit ga-

tal dan kemerahan, serta nafas singkat,

kesukaran untuk bergerak dan keleti-

han, ujarnya. Kini timbul pula masalah

lain. Semenjak Amerika Syarikat (AS)

mengenakan sekatan ke atas Iran pada

2018, bekalan ubat-ubatan sukar untuk

didapati untuk mangsa-mangsa yang

terselamat tersebut.

Masyarakat antarabangsa berdiam

diri

Saddam Hussein sudah mula meng-

gunakan senjata-senjata kimia ke

atas Iran sejak dari 1982 lagi. Walau

bagaimanapun, Majlis Keselamatan

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu

(PBB) hanya mula mengecam “penggu-

naan senjata-senjata kimia” pada 1986

semasa kon–lik tersebut. Meskipun be-

gitu, ia tidak meletakkan kesalahan itu

khusus kepada Iraq.

Perkara yang sama juga berlaku se-

telah serangan ke atas Sardasht. Para

mangsa yang terselamat berkata re-

spons yang lemah daripada masyarakat

antarabangsa adalah seolah-olah me-

nyokong serangan tersebut.

Lima daripada ahli-ahli kekal pe-

megang veto Majlis Keselamatan PBB

iaitu Britain, China, Perancis, AS dan,

pada 1987, Soviet Union semuanya me-

nyokong Iraq. Beberapa syarikat dan

kerajaan barat telah dituduh menjadi

penyumbang kepada program senjata

Iraq pada 1980an.

Hari ini, bandar Sardasht mempunyai

seramai 46,000 orang penduduk,

dibandingkan dengan hampir 18,000

orang pada 1987, yang kebanyakannya

terdiri daripada orang-orang IslamSunni

dan minoriti Kurdish.

Bandar itu, dengan rumah-rumah

sederhana beratap rata yang dibangun

di kawasan lereng bukit, dikeliling oleh

ladang-ladang.

Dengan sekali pandang sahaja, ke-

san-kesan peninggalan daripada apa

yang telah berlaku di sana tidak berapa

kelihatan. Hanya sebuah bangunan ko-

mersial, yang mana bahagian tingkat

atasnya rosak akibat bom, yang mem-

berikan petanda.

Pada waktu itu, kapal terbang perang

Iraq sering menjatuhkan bom ke atas

bandar itu, yang jaraknya dekat dengan

sempadan Iran. Orang ramai masih lagi

ingat dengan bunyi-bunyi letupan yang

membingitkan telinga itu.

Namun pada petang di bulan Jun,

ketika kelongsong-kelongsong gas

dijatuhkan di empat kejiranan yang

berlainan, ia jatuh tanpa menghasilkan

bunyi letupan yang menakutkan.

“Saya ternampak debu putih yang

berbau seperti bawang putih reput,”

kata Zamani. Dia tahu apa sebenarnya

debu putih itu, kerana dia sendiri pernah

melihatnya semasa menjadi tentera di

barisan hadapan pada 1984.

“Saya merupakan orang pertama

yang mengatakan itu adalah bom kimia,

kerana saya pernahmengalaminya sebe-

lumnya di barisan hadapan,” katanya.

Walau bagaimanapun, ramai yang

tidak percaya bahawa gas beracun itu

akan digunakan ke atas orang awam.

Oleh itu mereka hanya membuat apa

yang telah diperintahkan untuk memas-

tikan diri mereka selamat semasa seran-

gan bom konvensional, mereka mencari

tempat bersembunyi di sana atau di

tempat-tempat perlindungan di bawah

tanah.

Namun, gas beracun itu dengan

cepat sahaja sampai kepada mereka.

Sesetengah daripada mereka yang

tersedar tentang apa sebenarnya yang

berlaku cepat-cepat melarikan diri, se-

perti Ali Mohammadi, yang kini beru-

sia 56 tahun, seorang penjual keju di

jalanan.

Kembali selepas beberapa jam, dia

disambut dengan pemandangan yang

mengerikan.

“Di hadapan bangunan palang mer-

ah, banyak mayat dikumpulkan,” ka-

tanya, dengan suara yang penuh emosi

mengenangkan peristiwa itu.

Satu simbol

Apabila Saddam Hussein ditangkap

pada 2003, Assadpour berkata dia

berasa ‘gembira’ Walau bagaimanapun

dia ‘kecewa’ apabila mendengar bahawa

pemimpin tersebut dihukum mati tanpa

dibicarakan kerana serangan gasnya ke

atas Sardasht.

Pada 2005, Marouf Zadeh telahmem-

berikan keterangan yang menyentuh

perasaan di mahkamah Belanda semasa

perbicaraan Frans van Anraat, seorang

ahli perniagaan yang didapati bersalah

kerana menjual bahan-bahan kimia yang

digunakan oleh Iraq dalam serangan gas

yang mengerikan tersebut.

Van Anraat telah dijatuhi hukuman

penjara selama 17 tahun atas dakwaan

berkomplot dalam jenayah perang

yang berhubungkait dengan serangan

senjata kimia, kedua-duanya di Sardasht

dan bandar Kurdish di Halabja, di

mana hampir 5,000 orang maut dalam

serangan pada Mac 1988.

Walau bagaimanapun sementara

perbicaraan itu memberikan sedikit

perasaan lega kepada mangsa-mangsa,

ia tidak melemahkan keinginan mereka

untuk mendapatkan keadilan.

Demikian itu para mangsa yang

terselamat telah menjalankan kem-

pen untuk mendapatkan pengiktirafan

antarabangsa tentang apa yang telah

terjadi di Sardasht.

Mereka mahu menjadikan bandar itu

sebagai satu ‘simbol’, seperti Hiroshima

yang telah dimusnahkan oleh bom atom

milik AS, memberikan amaran agar ‘perka-

ra tersebut tidak berlaku lagi.’ – AFP

Gambar yang diambil pada 14 Sept, menunjukkan pemandangan di bandar Sardasht, Wilayah

Azerbaijan, Barat Iran. – AFP

Seorang lelaki Kurdish Iran melawat perkuburan mangsa-mangsa yang maut dalam serangan

senjata kimia ketika peperangan Iran-Iraq, di Sardasht, wilayah Azerbaijan, Barat Iran. – AFP

Ali Mohammadi, seorang penjaja di jalanan

yangtercederasemasaserangansenjatakimia

ketikapeperangan Iran-Iraq, berdiri di sebelah

kereta sorongnya. – AFP