Previous Page  17 / 24 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 17 / 24 Next Page
Page Background

Rabu, 30 September 2020

17

ZARA ZYA

BERHIJRAH

Zara Zya sudah mula memuat naik gambar

bertudung sejak beberapa hari lalu. - Agensi

Pelakon, Zara Zya, 35, sekian lama

memendam hasrat berhijrah akhirnya

membulatkan tekad bertudung sejak

beberapa hari lalu.

Sebelumini,bintangdrama

Seadanya

Aku

dan

Korban Kasih

itu dilihat memuat

naik gambar bertudung hingga menarik

perhatian pengikut, baru-baru ini.

Kebanyakan peminat menyukai imej

bertudung yang digayakan.

Menerusi kapsyen gambar yang

dimuat naik, Zara menyentuh soal doa

yang cepat atau lambat dimakbulkan

Allah. Ia seperti memberi satu bayangan

wanita kelahiran Lenggong, Perak itu

sudah mula berhijrah.

Mengukuhkan tanda tanya apabila

Zara dilihat menjual pakaian lama

menerusi laman Instagram (IG) Story,

Rabu lalu.

“Secara jujur, saya masih dalam

proses membiasakan diri dalam

penghijrahan ini.

“Saya mengharapkan doa yang baik-

baik.

“Semuanya berlaku atas gerakan hati.

Keputusan ini tidak perlu dilengahkan.

Saya juga tak mahu hati berbolak-balik

dalam melakukan tuntutan wajib ini.

“Saya

sempat

menghabiskan

penggambarandrama

Beri SedikitWaktu

pada Jumaat lalu, sebelum bertekad

mengenakan tudung sepenuhnya,”

katanya kepada media.

Zara atau Zainurul Razia Mohd

Zainuddin berkata, dia memutuskan

untuk menolak beberapa tawaran

drama yang kurang sesuai dengan imej

bertudung.

Baginya, hatinya kuat mahu berubah

termasuk menutup aurat.

“Saya selalu dengar soal istiqamah ini

bukanmudah. Saya harap Allah tetapkan

hati dan jiwa saya. Insya Allah, saya

mahu masa depan menjadi lebih baik

daripada semalam yang ditinggalkan.

“Tiada langsung rasa sayang menjual

pakaian lama. Saya akui, sudah tidak

sabar mahu menutup aurat selama ini.

Moga ia menjadi permulaan yang baik,”

katanya. – Agensi

Intan dan Harris tak sorok nikah

Perbezaan usia 17 tahun bukan halangan buat Intan Ladyana memilih Harris Alif sebagai

bakal suami. – Agensi

Pelakon Šilem

Jangan

Pandang

Belakang

, IntanLadyana, 38, tidakakan

merahsiakan berita perkahwinannya,

sebaliknya berkongsi andai sudah tiba

jodohnya.

Sebelum ini, desas-desus yang

bertiup

mendakwa, Intan dan

kekasihnya yang juga pengacara

muda, Harris Alif memilih tanggal Mac

tahun depan untuk disatukan sebagai

suami isteri.

Pantas

menaŠikannya,

Intan

berkata, “Saya tak pernah pula heboh

nak berkahwin tahun depan. Ini kali

pertama saya dengar. Jika ada, saya

akan beritahu. Saya takkan berahsia.

“Cuma, buat masa ini, saya kurang

gemar berkongsi soal peribadi. Dari

dahulu lagi, saya kurang suka bercerita

secara terbuka mengenai kisah cinta

kepada umum.

“Bukanapa,sekiranyaperhubungan

tidak menjadi, saya tak malu sangat.

Jadi, diam lebih baik,” katanya ditemui

pada majlis perlantikan sebagai duta

produk AG Beauty Facemask dan

Serum.

Intan berkata, dia kurang suka

berkongsi foto bersama kekasihnya

dalam laman sosial, tetapi tidak

menghalang Harris berbuat demikian.

Mengulas

detik

pertemuan

membawa kepada hubungan cinta,

Intan berkata, dia sudah lama

mengenali Harris, tetapi hubungan

mula rapat sejak awal tahun ini.

Bagaimanapun, hubungan sebagai

kekasih pula terjalin sejak beberapa

bulan lalu.

“Saya menyerahkan semuanya

kepada jodoh. Saya bersyukur

andainya Harris ditakdirkan jodoh

saya. Setakat ini, saya tiada masalah

walaupun jarak usia kami berbeza

17 tahun. Walaupun Harris jauh lebih

muda, tetapi dia seorang yangmatang

daripada usia.

“Biarpun usia baru 21 tahun, tetapi

perwatakan Harris tidak seperti

remaja sebaya dengannya. Setakat ini,

belum pernah berhadapan masalah

komunikasi walaupun dia masih

muda.

“Saya selesa dan serasi berkawan

dengannya.Bagaimanapun,hubungan

kami masih baru lagi. Jadi, saya

sedang cuba mengenali hati budinya,”

katanya.

Intan berkata, tidak salah menjalin

hubungan dengan lelaki muda. Bukan

mahu memberi galakkan kepada

orang lain, tetapi apa yang penting,

keserasian. Tak kiralah berapa jauh

jarak usia pasangan. - Agensi

Aktres Yuko Takeuchi

dipercayai bunuh diri

Bintang

‘Miss

Sherlock’,

Yuko

Takeuchi, 40, ditemui mati dipercayai

membunuh diri di kediamannya di

Shibuya, Tokyo, semalam.

Menurut portal

The Japan Times

,

mayat Takeuchi ditemui suaminya

yang juga pelakon, Taiki Nakabayashi,

35, di bilik tidur di apartmen sekitar

jam 2 pagi. Bagaimanapun, tiada nota

bunuh diri ditemui.

Takeuchi dihantar ke sebuah hospi-

tal dan kemudiannya disahkan menin-

ggal dunia. Jabatan Polis Metropolitan

Tokyo melancarkan siasatan dan

mengesyaki Takeuchi meragut nyawa-

nya sendiri, lapor portal berkenaan.

“Secara tiba-tiba, kami terkejut

dan sedih dengan berita kematiannya.

Pihak berkuasa sedang memeriksa

perincian kejadian,” kata agensi

bakatnya, Stardust Promotion Inc.

Takeuchi, bintang terkenal di Jepun

dengan Šilem klasik seram Jepun,

Ringu

pada 1998 yang diadaptasi oleh

Šilem Hollywood sebagai

The Ring

.

Takeuchi

juga

membawakan

watak Sherlock Holmes versi wanita

menerusi drama bersiri HBO,

Miss

Sherlock

yang ditayangkan di

beberapa negara termasuk Amerika

Syarikat pada 2018.

Beliau pernah diangkat Aktres

Terbaik, Anugerah Akademi Jepun se-

lama tiga tahun berturut-turut pada

2004.

Takeuchi baru sahaja melahirkan

anak kedua pada Januari lalu,

hasil

perkahwinannya

bersama

Aktres Terbaik, Anugerah Akademi Jepun

selama tiga tahun berturut-turut ditemui

tidak sedarkan diri di kediamannya di

Shibuya, Tokyo. - Agensi

Nakabayashi, tahun lalu. Beliau

memiliki seorang anak lelaki berusia

14 tahun dalam perkahwinan pertama

bersama pelakon, Shido Nakamura II.

Kematian aktres itu sememangnya

mengejutkan, malah dianggarkan ra-

mai selebriti Jepun memilih mengam-

bil nyawa sendiri hingga berlaku pen-

ingkatan kes bunuh diri. – Agensi

Jun Jin kini bergelar suami

kepada pramugari

Selepas terpaksa menangguhkan

perkahwinan

yang

sepatutnya

dijadualkan pada awal September,

akhirnya anggota kumpulan Jun Jin

kini sah bergelar suami pada Ahad

lalu.

Memetik laporan Soompi, Jun

Jin dan isterinya yang bukan dalam

kalangan selebriti itu mengadakan

majlis perkahwinan mereka secara

tertutup.

JunJindanwanitabekerjasebagai

pramugari itu hanya menjemput ahli

keluarga terdekat dan teman rapat

untuk memeriahkan majlis mereka.

Difahamkan ahli kumpulannya

iaitu Kim Don Wan memeriahkan

lagi

majlis

tersebut

dengan

menyanyikan lagu ucapan tahniah

atas perkahwinan pasangan itu.

Sekitar May lalu, Jun Jin

berkongsi hasrat ingin mendirikan

rumah tangga dan ucapan terima

kasih kepada peminat yang sentiasa

menyokong kerjayanya sehingga

kini. – Agensi

Jun Jin mengongsikan foto perkahwinannya.

- Agensi