Previous Page  22 / 24 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 22 / 24 Next Page
Page Background

22

Rabu, 30 September 2020

MANCHESTER, 29 SEPT –

Selepas

16 bulan berlalu, Manchester City

kini akhirnya menemui pengganti

kepada ketua pasukan yang lama

berkhidmat, Vincent Kompany.

Pemain kebangsaan Portugal,

Ruben Dias semakin hampir menyer-

tai City dari Benica kelmarin, dengan

pasukan Portugal tersebut mengata-

kan pemain pertahanan itu akan ber-

pindah dengan bayaran perpindahan

berjumlah 68 juta euro.

Benica turut mengatakan bahawa

Nicolas Otamendi akan menyertai

mereka dari City dengan perpindahan

sebanyak 15 juta euro.

City belum mengesahkan perpin-

dahan itu.

Kompany menamatkan karier 11

tahun bersama City pada Mei 2019

tetapi City belum menemui penggan-

ti musim lalu, apabila City melucut-

kan kejuaraan Liga Perdana Inggeris

(EPL) kepada Liverpool.

Meskipun City telah menanda-

tangani Nathan Ake sebanyak 40

juta pound semasa musim perpin-

dahan ini sebagai pemain gantian

kepada Aymeric Laporte, City

masih lagi mencari pemain per-

tahanan

untuk

menggantikan

Kompany.

Jones Stones dan Eric Garcia tu-

rut bermain di posisi itu dalam dua

perlawanan liga City setakat ini pada

musim ini, tetapi masa depan kedua-

duanya masih tidak terjamin.

Garcia telah dikaitkan dengan

kepulangan ke Barcelona, sementara

Stones telah diketepikan bagi seba-

hagian besar musim lalu.

Dias yang berusia 23 tahun meru-

pakan seorang lagi pemain pertah-

anan tinggi dan kuat serta selesa me-

nendang bola. Dias pernah mewakili

Portugal sebanyak 19 kali.

Dia telah mengukuhkan kedudu-

kannya selaku pilihan tetap dengan

pasukan kebangsaan selepas menjadi

ahli skuad pada Piala Dunia 2018 di

Rusia.

Dias merupakan pemain dari aka-

demi Benica, menyertai pasukan se-

nior pada 2015. – AP

BANGKOK, 29 SEPT –

Pemain natu-

ralisasi pertama negara Mohamadou

Sumareh yang telah mengesahkan kon-

trak bersama pasukan kelab Thailand,

Police Tero FC pada 7 Sept lepas, tiba di

Bangkok hari ini.

Pengurus kelab Police Tero FC Tanya

Vongnark, yang mengesahkan ketibaan

Sumareh berkata pemain sayap itu

diberikan visa untuk terbang ke Thailand

melalui penerbangan penghantaran

pulang dari Kuala Lumpur dan tiba di

Lapangan Terbang Suvarnabhumi pada

pukul 2:30 petang waktu tempatan.

Beliau berkata Sumareh, 26, yang

terpaksa menangguhkan perjalanannya

susulan pandemik COVID™19 dan

sekatan perjalanan antarabangsa, perlu

menjalani kuarantin wajib selama 14 hari

di lokasi alternatif kuarantin (ASQ) di

Bangkok.

“Sayagembiraakhirnyadia(Sumareh)

tiba dan akan beraksi bersama pasukan

kami tidak lama lagi,” kata Tanya kepada

VILLA TERUS

CEMERLANG

LONDON, 29 SEPT –

Aston Villa

meneruskan permulaan cemerlang

musim Liga Perdana Inggeris selepas

jaringan dari Jack Grealish, Conor

Hourihane dan Tyron Mings membe-

nam Fulham, yang bergelut untuk me-

nyesuaikan diri selepas kembali ke liga

utama, 3™0 kelmarin.

Pasukan kendalian Scott Parker kini

dibolosi 10 gol dalam tiga perlawanan

pembukaan mereka yang masih belum

mencatat sebarang mata dan cara mer-

eka bertahan tidak akan memberikan

mereka peluang untuk mencari rentak

dalam permainan ketika mereka keting-

galan 2™0 selepas 15 minit perlawanan

berlangsung.

Bola hantaran John McGinn mem-

bolehkan Grealish melepaskan diri dari

kawalan pemain pertahanan Fulham

dan pemain kebangsaan England me-

ledak gol dari sudut yang sempit.

McGinn sekali lagi mencipta nama

selaku pencipta gol untuk jaringan

kedua Villa selepas dia membuat han-

taran kepada Hourihane untuk menyu-

dahkan keputusan di bahagian penjuru

gawang.

Kecuaian pemain pertahanan Fulham

membenarkan Mings menyambut bola

hasil sepakan percuma yang dilakukan

oleh Hourihane tiga minit sebelum

tamat separuh masa pertama dan

apabila Fulham cuba untuk membalas

serangan, VAR telah menangkis usaha

mereka itu.

Bobby Decordova-Reid membuat

rembatan selepas kesilapan dilaku-

kan oleh penjaga gol Villa, Emiliano

Martinez yang bermain dalam perla-

wanan keduanya selepas berhijrah dari

Arsenal dengan bayaran sebanyak 20

juta pound.

Walau bagaimanapun, Aleksandar

Aksi Jack Grealish menjaringkan gol pembukaan ketika menentang Fulham. – AP

Mitrovic dipersalahkan mengasari Ezri

Konsa selepas tinjauan VAR.

Kemenangan tersebut melonjakkan

kedudukan Aston Villa ke tangga ke-4 di

Liga Perdana Inggeris. – AFP

Sane

diketepikan

dua minggu

MUNICH, 29 SEPT –

Pemain

Bayern Munich, Leroy Sane

tidak akan beraksi selama dua

minggu kerana mengalami ke-

cederaan baharu di bahagian

lutut yang sama ketika mewakili

Manchester City musim lalu.

Flick berkata Sane tidak dapat

diturunkan sekurang-kurangnya

sehingga berakhirnya perlawa-

nan antarabangsa kerana kece-

deraan di bahagian lutut. “Kami

berharap selepas perlawanan

antarabangsa dia akan kembali

bersama kami,” kata Flick.

Sane mengalami kecederaan

ligamen pada sebelah kaki kanan

musim lalu semasa bermain un-

tuk Manchester City, menyebab-

kan dia terlepas hampir keselu-

ruhan kempen 2019™2020.

Sane tidak akan dipilih untuk

beraksi dalam perlawanan Piala

Super menentang Dortmund

dan perlawanan Bundesliga me-

nentang Hertha Berlin, dan be-

sar kemungkinan akan terlepas

perlawanan Liga Negara-Negara

UEFA bersama Jerman menen-

tang Ukraine dan Switzerland,

dan perlawanan persahabatan

Jerman menentang Turki yang

dirancang pada 7 Oktober.

Sane memulakan semua per-

lawanan Bayern sejak berpindah

dari City – menjaringkan gol da-

lam penampilan sulung menen-

tang bekas pasukannya Schalke

– dan bermain dua perlawa-

nan untuk Jerman menentang

Sepanyol dan Switzerland bulan

ini. – AP

Bologna catat kemenangan meyakinkan

MILAN, 29 SEPT –

Roberto Soriano

menjaringkan dua gol dan membantu

mencipta jaringan ketiga ketika Bologna

mencatat kemenangan pertama 4™1

Serie A musim ini kelmarin, menentang

musuh mereka, Parma.

Soriano menanduk masuk gol perta-

ma pada minit ke-15 di Emilia-Romagna,

dengan gol keduanya yang dijaringkan

14 minit kemudian terkena pemain.

Soriano kemudian membuat han-

taran kepada Andreas Skov Olsen

untuk menjadikan kedudukan 3™0, 10

minit sebelum tamat separuh masa

pertama.

Pemain remaja dari Scotland, Aaron

Hickey membuat penampilan perta-

ma untuk Bologna empat hari selepas

Bologna menandatangani permain

tersebut dari Hearts, dan pemain bek kiri

berusia 18 tahun itu membuat permu-

laan yang mengagumkan di bahagian

pertahanan Bologna.

Hernani berjaya meledak gol

pertama Parma musim ini pada minit ke-

67 selepas penjaga gol Bologna Lukasz

Skorupski mengeluarkan bola tepat

kepada Gaston Brugman, yang kemu-

dian membuat hantaran kepada pemain

Brazil tersebut.

Parma bermain dengan 10 orang 14

minit sebelum masa tamat selepas pe-

main pertahanan Simone Iacoponi di-

layangkan kad merah selepas mengasari

Rodrigo Palacio.

Penyerang Argentina itu berjaya

menjaringkan gol keempat dalam

masa kecederaan untuk meninggal-

kan Parma, yang kini dimiliki oleh Kyle

Krause dari Amerika Syarikat, gagal

meraih sebarang kemenangan dan

berada di kedudukan terbawah liga

selepas dua perlawanan.

Pasukan juara, Juventus berada di

kedudukan keempat dengan empat

mata selepas terikat 2™2 dengan Roma

pada Ahad, dengan Cristiano Ronaldo

menjaringkan kedua-dua gol. – AFP

Reaksi RobertoSoriano selepasmenjaringkan

gol dalam perlawanan Serie A menentang

pasukan Parma. – AP

City temui pengganti Kompany

Pasukan Thailand

sambut ketibaan

Sumareh

Bernama

ketika dihubungi hari ini.

Sumareh akan menyertai seorang

lagi pemain negara Dominic Tan, yang

mengikat kontrak dua tahun bersama

pasukan Police Tero FC pada Julai tahun

lepas.

Police Tero FCkini menduduki tangga

keempat Liga 1 Thai.

Sumareh, yang sebelum ini mengikat

kontrak bersama Pahang sehingga

2022, menyertai pasukan Police Tero

FC, iaitu dua minggu selepas jurulatih

Pahang Dollah Salleh mendedahkan

pemain kelahiran Gambia itu sudah

sebulan tidak menjalani sesi latihan

sejak awal Ogos. – Bernama