Previous Page  14 / 24 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 14 / 24 Next Page
Page Background

Khamis, 1 Oktober 2020

14

BEIJING, 30 SEPT

– Jenama Peugeot

sedang memantapkan kedudukannya

di China dengan penyertaan dalam

Pameran Kereta Antarabangsa Beijing

2020 yang berlangsung dari 26

September hingga 5 Oktober 2020.

Peugeot melancarkan 508L ‘2021’,

termasuk versi Performance 400 THP

dengan reka bentuknya yang unik.

Jenama itu juga memaparkan model

elektrik, e-2008 SUV Peugeot, SUV

4008 PHEV 4WD serta 508 L PHEV

sedan.

Model elektrik berkenaan menge-

sahkan semula komitmen Peugeot di

China, tatkala jenama itu meraikan

ulang tahun ke-210 pada pameran

tersebut.

Diperkenalkan kepada orang awam

pada pameran Beijing dan dilancarkan

pada 22 September di China, Peugeot

508 L ‘2021’ baharu telahmengekalkan

reka bentuk bergaya 508 L, dengan

i-Cockpit memaparkan kualiti jalan

raya. Iamemaparkan sistempenapisan

udara PM2.5’ dalam kompartmen

penumpang.

Versi Performance 400 THP

melengkapi model Peugeot 508L

‘2021’. Garis bentuk gril hitam, roda

dua-warna 18 inci dan bumbung

bercat hitam dan cermin menambah

lagi kedinamikan dan keunggulannya.

Bahagian

dalam

yang

mewah

memaparkan kerusi kulit merah dan

lapik bumbung hitam sebagai ciri-ciri

standard. Ia dilengkapi dengan sistem

interkom kenderaan Telematic 4G.

Model 508 L ‘2021’ mempunyai

lima tahap reka bentuk hiasan dan tiga

enjin, semuanya digabungkan dengan

sistem gear automatik; 360 THP, 400

THP dan PHEV, hibrid ‘plug-in’ yang

akan dilancarkan pada akhir 2020.

Harganya adalah dari 159,700 hingga

224,700 yuan.

LONDON, 30 SEPT

– Ekonomi Britain

menguncup sebanyak 19.8 peratus

pada suku kedua, mengalami keme-

lesetan disebabkan sekatan koronavi-

rus, namun penyusutan adalah kurang

teruk berbanding yang dijangka, data

rasmi menunjukkan hari ini.

“Keluaran dalam negara kasar

(KDNK) UK dianggarkan telah menyu-

sut sebanyak 19.8 peratus pada suku

kedua 2020, berubah daripada ang-

garan kemerosotan 20.4 peratus,”

kata Pejabat Statistik Nasional dalam

satu kenyataan. Tatkala pandemik

COVIDŸ19 meletus, Britain mengalami

kemelesetan pada suku kedua, selepas

KDNK menyusut sebanyak 2.5 peratus

pada suku pertama.

De¡inisi teknikal satu kemelesetan

adalah penyusutan sebanyak dua

suku berturut-turut. “Adalah jelas UK

mencatat kemelesetan terbesar,” kata

ONS, mendapati pandemik koronavi-

rus mencetuskan kemerosotan dalam

aktiviti ekonomi di seluruh dunia pada

suku kedua.

Lebih daripada 42,000 orang telah

diuji positif COVIDŸ19 telah maut di

Britain, jumlah kematian paling teruk

di Eropah. – AFP

AMAZON LANCAR

SISTEMBAYARAN

TAPAK TANGAN

WASHINGTON, 30 SEPT

– Amazon

semalam melancarkan sistem bayaran

biometrik

baharu

menggunakan

pengecaman tapak tangan, bakal

disediakan kepada peruncit dan juga

dipromosi sebagai pengganti kepada

lencana untuk memasuki stadium atau

tempat kerja.

Sistem yang digelar Amazon One

itu dianggap sebagai ‘cara yang pantas,

senang, tanpa kontak untuk orang

menggunakan tapak tangan mereka

dalammenjalankan aktiviti harian seperti

membayar di kedai, menunjukkan kad,

memasuki lokasi seperti stadium atau

memasuki tempat kerja lebih senang.’

Syarikat gergasi teknologi AS itu

berkata ia akan memasang sistem

tersebut di lokasi runcit Amazon Go,

bermula dengan dua kedai di Seattle,

Washington.

Naib presiden Amazon Dilip Kumar

berkata sistem itu dibangunkan sebagai

‘cara segera, boleh dipercayai dan

terjamin untuk orang memperkenal

diri mereka atau menjalankan transaksi

sementara menjalankan urusan harian

mereka.” Amazon One menggunakan

‘tandatangan tapak tangan yang unik’

setiap individu, satu alternatif kepada

penggunaan biometrik lain seperti cap

jari, iris atau pengecaman wajah.

“Tidak ada dua telapak tangan yang

serupa, maka kami menganalisis kese-

mua aspek berkenaan dengan teknologi

penglihatan kami dan memilih sistem

pengecaman yang paling ketara di atas

tapak tangan anda untuk mewujudkan

tandatangan tapak tangan,” kata Kumar

dalam blog.

Di kedai Amazon Go, sistem lambaian

tapak tangan akan ditambah kepada

pintu masuk kedai sebagai satu opsyen

untuk pembeli-belah.

Pengumuman itu keluar di tengah

pertumbuhan pesat dalam penggunaan

bayaran biometrik daripada pengesanan

ibu jari di telefon pintar kepada

sistem lebih canggih menggunakan

pengecaman wajah. – AFP

Gambar fail menunjukkan peranti Amazon One di sebuah kedai Amazon Go di Seattle. Amazon

telah memperkenalkan teknologi pengecaman tapak tangan baharu di dua kedai Seattle. – AP

Shell kurangkan

9,000 pekerja

LONDON, 30 SEPT

– Royal Dutch Shell

akan mengurangkan 9,000 pekerja atau

lebih 10 peratus daripada tenaga kerja

globalnya, kata syarikat minyak hari ini

tatkala pandemik koronavirus menjejas

permintaan minyak dan harga.

Kumpulan Anglo-Dutch itu akan

mengurangkan di antara 7,000 dan

9,000 jawatan menjelang akhir tahun

2022, termasuk 1,500 kakitangan yang

telah bersetuju untuk menjadi pekerja

lebihan pada tahun ini, katanya dalam

satu kenyataan.

“Ia adalah proses yang amat sukar.

Adalah menyakitkan mengetahui anda

akan berakhir mengucapkan selamat

tinggal kepada beberapa rakan seker-

ja,” kata ketua eksekutif Shell Ben van

Beurden, yang menyelia 80,000 kaki-

tangan di lebih 70 negara.

“Namun kami melakukannya dise-

babkan kami terpaksa, disebabkan ia

adalah perkara yang betul dilakukan

demi masa depan syarikat.

“Kami perlu menjadi organisasi lebih

sederhana, lebih tersusun, lebih kom-

petitif yang lebih aktif dan berupaya

memenuhi permintaan pelanggan,”

tambah beliau.

Virus telah menjejaskan seluruh

sektor tenaga, dengan pesaing Shell

BP mengurangkan kira-kira 10,000

pekerjaan atau 15 peratus daripada

kakitangannya.

Shell hari ini menambah ia berhasrat

menjimat di antara AS$2 bilion

dan AS$2.5 bilion tahunan dengan

mengurangkan kapasiti penapisan.

Shell pada Julai berkatapengurangan

pekerja dirancang selepas mencatat

kerugian suku kedua berjumlah AS$18.1

bilion. – AFP

Peugeot 508 L ‘2021’

baharu dilancarkan

Ekonomi UKmenyusut 19.8 peratus

Wajah baharu

Walmart berinspirasi

lapangan terbang

Gambar yang dikeluarkan oleh Walmart

menunjukkan seorang wanita melihat pada

telefon pintarnya berhampiran panduan

kedai digital dalam Pusat Walmart di

Springdale, Ark. – AP

NEWYORK, 30SEPT

– Walmart mene-

rima inspirasi daripada terminal lapa-

ngan terbang tatkala ia memperbahar-

ui susun atur dan papan tanda kedainya

untuk mempercepatkan aktiviti mem-

beli-belah dan memenuhi keperluan

pelanggan dengan lebih baik.

Peruncit terbesar negara, ber-

pangkalan di Bentonville, Arkansas,

berkata wajah tersebut, yang ter-

masuk papan tanda dengan rupa taip

dimensi, sudah ada di sebuah kedai.

Ia akan dilancarkan di 200 kedai pada

awal tahun depan, dengan rancan-

gan menambah 800 kedai lagi pada

awal 2022. Walmart berkata ia sedang

mengusahakan susun atur kedai ba-

haru setahun lalu. Namun pandemik

mendorong pelanggan menumpu

pada membeli-belah tanpa kontak di

tengah kebimbangan keselamatan.

“Kami teruja dengan sistem lapan-

gan terbang sebagai contoh terbaik

tentang cara-cara mengemudi kum-

pulan orang yang besar,” kata Janey

Whiteside, naib presiden eksekutif dan

ketua pegawai pelanggan di Walmart

divisyen AS, dalam blog korporat.

Sebagai sebahagian daripada papan

tanda keseluruhan, bahagian dalam

dan luar kedai akan mencerminkan

ikon aplikasi Walmart.

Apabila pelanggan memasuki ke-

dai, mereka akan melihat panduan ke-

dai yang menggalakkan mereka me-

muat turun dan menggunakan aplikasi

Walmart sementara mereka membeli-

belah. – AP