Khamis, 1 Oktober 2020
15
AK ZAKI
KASHARAN
PLATFORM TINGKAT
PENGETAHUAN
ILMU ASTRONOMI
Lebih 100 orang peminat astronomi
tanah air telah berkumpul untuk melihat
ke langit dan memerhati bulan sempena
Malam Memerhati Bulan Sedunia
(InOMN), baru-baru ini.
Acara berkenaan merupakan aktiviti
mendekatkan masyarakat yang diada-
kan setiap tahun untuk menggalakkan
pemerhatian, penghayatan dan pema-
haman bulan di seluruh dunia.
Ia juga bertujuan untukmenyediakan
platform pertemuan bagi interaksi
dalam kalangan ahli-ahli astronomi
amatur, pendidik dan peminat bulan
serta orang ramai di negara dan juga
seluruh dunia.
InOMN telah disambut sejak 2010
dan hanya pada tahun ini, Negara Brunei
Darussalam pertama kali menyertai
dunia dengan menganjurkan cerapan di
Warisan Puk Balaban, Tutong.
Acara malam itu dianjurkan bersama
oleh Persatuan Astronomi Brunei
Darussalam (PABD) dan pengurusan
Warisan Puk Balaban.
Hadir selaku tetamu kehormat pada
majlis tersebut ialah Naib Presiden
PABD, Haji Abdul Aziz bin Haji Akop yang
juga berkesempatan untuk merasmikan
acara malam itu.
Aktiviti bermula dengan bacaan
Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang
diketuai oleh Bendahari Agung PABD,
Awang Shaifulbahri bin Haji Ahmad.
Beberapa buah teleskop dan binoku-
lar telah disediakan oleh PABD bagi para
peserta mencerap Bulan, planet dan
objek samawi lain sepanjang malam.
Para peserta InOMN juga berpeluang
melihat landskap pergunungan dan
rekahan kawah di sepanjang garisan
antara kawasan cahaya dan gelap di
bulan. Ia merupakan pengalaman yang
menarik untuk melihat keajaiban dunia
lain bersebelahan dengan bumi ini yang
sangat berbeza.
Terdapat juga aktiviti yang menarik
dianjurkan seperti eksperimen Kawah-
Mini, sentuh topograi bulan, pertan-
dingan seni kreatif untuk kanak-kanak,
serta kuiz astronomi.
Ahli-ahli PABD berperanan sebagai
pemudah cara bagi memberi panduan
dan penerangan kepada peserta yang
hadir tentang sains dan penerokaan
bulan, dan juga berkongsi tentang
pengalaman budaya masyarakat di
negara ini yang telah dipengaruhi oleh
bulan seperti aktiviti penglihatan bulan
baharu dalam menentukan permulaan
awal Hijrah.
Terdapat
lebih
1,800
acara
Naib presiden Persatuan Astronomi Brunei Darussalam ketika hadir pada acara tersebut.
pencerapan bulan turut berlangsung
pada malam tersebut bersempena
InOMN yang telah dianjurkan oleh
pelbagai organisasi secara dalam talian
dan izikal di seluruh dunia.
Hari InOMN diadakan setiap tahun
pada September atau Oktober, iaitu
ketika fasa bulan dalam sekitar suku
pertama yang merupakan fasa terbaik
untuk memerhatikan landskap dan
beberapa bentuk di permukaan bulan.
Tarikh sambutan yang akan datang
jatuh pada 16 Oktober 2021 dan 1
Oktober 2022.
Antara yang turut hadir pada acara tersebut.




