Previous Page  17 / 24 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 17 / 24 Next Page
Page Background

Khamis, 1 Oktober 2020

17

MESKIPUNSARATMENGANDUNG,

FAZURA TETAP LANCAR LAGU

Semangat ibu mengandung ketika be-

kerja sukar dijangka. Itulah yang dilaku-

kan pelakon dan penyanyi jelita, Nur

Fazura Sharifuddin atau Fazura.

Walaupun kini sarat hamil dan akan

melahirkan anak sulungnya tidak lama

lagi, Fazura tetap mencari kesempatan

untuk melancarkan lagu baharu berjudul

Noktah

. Lagu istimewa ciptaan sepenuh-

nya komposer Ezra Kong itu mencerita-

kan pasangan yang tidak berdaya lagi un-

tuk menyelamatkan hubungan mereka.

Perjalanan ceritanya berkisar daripa-

da sudut pandang wanita yang berada

dalam hubungan itu, di mana dia harus

tetap kuat menghadapi segala kekece-

waan dengan pasangannya.

Apa yang pasti, wanita itu sentiasa

mengingati detik-detik bahagia pernah

dilalui dengan lelaki dicintai, yang ma-

langnya harus berakhir dan bertemu titik

noktah. Menurut Fazura, dia yakin lagu

itu mampu melekat di jiwa pendengar

terutama wanita kerana pastinya ramai

pernah melalui kisah percintaan sedih

dan memilukan.

“Saya pasti setiap wanita pernah

merasa tiada harapan apabila berada

dalam satu jalinan hubungan cinta yang

mempunyai toksik.

“Tak mudah sebenarnya untuk me-

ninggalkan seseorang yang kita sayang,

tapi harus melakukannya demi kebaikan

sendiri.

“Apa yang penting, sudah tentu kita

perlu menghormati dan menyayangi diri

sendiri terlebih dahulu dan belajar men-

inggalkan sesuatu yang gagal untuk

dipertahankan,” katanya.

Melihat pada karya ciptaan Ezra

Kong, tak dinaƒikan hingga kini dia su-

dah banyak menghasilkan rangkaian

lagu hit untuk carta muzik Malaysia.

Dikenali sebagai seorang yang agak

memilih dari segi kerjanya dan dengan

siapa dia akan bekerja, Ezra selalunya

menghasilkan tiga hingga empat lagu

sebulan dengan sentuhan sangat teliti.

“Saya suka mencipta satu pesona

dan cerita pada setiap hasil kerja dibuat

untuk membantu pendengar merasa

lebih dekat dengan sesuatu lagu itu.

“Justeru, untuk lagu

Noktah

ini saya

yakin hampir setiap orang daripada kita

pernah melaluinya dan ia juga sebagai

peringatan untuk belajar kuatkan diri

cuba melepaskan sesuatu apabila per-

lu,” katanya.

Menurut Pengarah Urusan Universal

MusicMalaysia, KennyOngpula, pihaknya

sangat teruja dengan pelancaran lagu

Noktah

yang berlangsung baru-baru ini.

– Agensi

Walaupun sarat hamil Fazura tetap mencari

kesempatan untuk melancarkan lagu.

– Agensi

Net‚lix terbit program realiti

Meghan, Harry?

Pasangan diraja, Meghan Markle dan

Putera Harry dikhabarkan bakal terbabit

dalam program realiti terbitan Netƒlix.

Bagaimanapun, jurucakap pasangan

Meghan dan Putera Harry menaƒikan

dakwaan itu seperti yang sedang han-

gat diperkatakan.

Jurucakap pasangan itu berkata,

keduanya tidak terbabit dalam mana-

mana program realiti.

Sebelumnya,

The Sun

melaporkan

khabar angin Harry dan Meghan terbabit

dalam program realiti selepas diberikan

kontrak RM467 juta daripada Netƒlix.

Kontrak itu bertujuan supaya Harry

dan Meghan bekerja di balik layar.

Namun, sumber mengatakan bahawa

Meghan ingin memperlihatkan dirinya

yang sebenarnya pada dunia.

“Itu lebih sesuai. Mereka ingin mem-

berikan sekilas gambaran kehidupan me-

reka kepada orang lain,” kata sumber itu.

Sementara, seorang penyunting

dari

Majesty Magazine

,

Ingrid Seward

,

diberitahu bahawa tujuan Harry dan

Meghan tinggal di California adalah un-

tuk mendapatkan privasi. Menurutnya,

konsep program realiti sendiri bukan

Meghan Markle dan Putera Harry bakal ter-

babit program realiti. – Agensi

perkara yang mereka sukai.

“Semakin banyak mereka bercakap

mengenai diri sendiri, semakin banyak

orang yang ingin mereka melakukan itu,

dan tidak akan tertarik pada hal lain yang

mereka tawarkan,” kata Seward. – Agensi

Lily Collins tayang cincin

pertunangan, terima lamaran

di kawasan pergunungan

Pelakon Lily Collins berkongsi berita

gembira bahawa dia sudah dilamar

oleh penulis dan pengarah Charlie

McDowell baru-baru ini.

Lily menerusi Instagram miliknya

memuat naik foto dia menunjukkan

cincin pertunangannya di jari manis

sambil menyatakan tidak sabar

untuk menghabiskan kehidupan

mereka bersama.

“Saya

menantikan

awak

sepanjang hidup ini dan saya tidak

sabar untuk habiskan masa kita

bersama sampai bila-bila,” kata Lily.

Ruang komen di perkongsian

tersebut dipenuhi dengan ucapan

tahniah daripada keluarga, kenalan

rapat dan rakan selebriti antaranya

Reese Witherspoon, Ciara, Courtney

Cox, Jennifer Garner serta Billie

Lourd.

Pasangan ini mula menjalinkan

hubungan cinta dan terbuka untuk

berkongsi mengenai perkara itu di

laman sosial sejak Ogos tahun lalu.

– Agensi

Lilytayangcincinpertunangannyadengan

Charlie McDowell. – Agensi

Misha selar sikap warganet jadi batu api

Niat asal hanya berkongsi bakat dan

menyatakan sokongan terhadap usaha

rakan artis apabila memuat naik video

yang menampilkannya mendendangkan

semula lagu nyanyian mereka di laman

sosial.

Namun, apa yang terjadi pula

sebaliknyaapabilanamapenyanyi,Misha

Omar

(gambar kiri)

diheret kepada

kontroversi yang sengaja dicipta oleh

pihak yang tidak bertanggungjawab.

Perasaan amarah, kesal dan kecewa

bercampur baur dalam jiwa Misha

sebaik sahaja membaca komen ditulis

warganet dalam video berkenaan. Jauh

dalam hati tertanya-tanya, mengapa

perlu mengaitkan nama penyanyi lain

dan mewujudkan perbandingan dengan

penyanyi asal setiap kali video dimuat

naik.

Enggan terus dipersalahkan dan

mahu menghentikan budaya tidak sihat,

penghibur bervokal hebat itu tampil

membuat teguranmenerusi video siaran

langsung menerusi laman Instagram,

baru-baru ini.

Mengulas lanjut tindakannya, Misha

berkata, dia mempunyai hak untuk ber-

buat demikian demi mempertahankan

reputasi dan menjaga hubungan de-

ngan mereka di sekelilingnya.

“Saya ada terbaca komen yang

buat perasaan tersentak ketika melihat

ruang komentar video berkenaan. Saya

tak faham mengapa nama saya sering

dikaitkan dengan penyanyi lain, tak

kiralah sama ada penyanyi senior atau

junior. Saya tak suka dibayangi sesiapa.

“Saya tak kisah jika mereka kutuk

atau tak suka dengan cara nyanyian

saya. Saya boleh terima, masih ada

ruang untuk diperbaiki. Tetapi, apabila

mereka mula membandingkan dan

mengeluarkan kenyataan kononnya

nyanyian saya lebih baik daripada

penyanyi asal, itu satu cubaan untuk

melaga-lagakan kami.

“Lagipun, saya bimbang, ia boleh

mempengaruhi mereka yang tidak

mengenali saya dan menyangka semua

dakwaan ini benar.

“Jika perkara negatif tidak dihentikan

segera, ia boleh mempengaruhi mereka

yang tidak mengenali saya secara

peribadi dan menyangkakan semua

dakwaan ini benar. Selama ini, orang

selalu cakap artis tidak beradab. Justeru,

saya merasakan perlu untuk saya

‘sekolahkan’ mereka,” luahnya kepada

media. – Agensi