Previous Page  18 / 24 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 18 / 24 Next Page
Page Background

Khamis, 1 Oktober 2020

18

Bila laut dan sungai

berjabat salam

air di hulu berubah

antara masin dan tawar

membentuk sempadan.

Maka gusarlah jalan kecil dipenuhi

air laut dan sungai

bersama hujan

musim tengkujuh

mengkhabarkan berita

sejak berzaman.

Jalan kecil kampungan

sedia menyahut cabaran dengan

arus di longkang

menghirit batu kecil bertaburan

bermain simban

atas jalan berlumpur.

Reranting berjuntai membungkuk

senada tarian pohon rotan

memintal kawat

membalut tiang semakin

condong

menunggu saat

mengucap selamat tinggal

pada cahaya impian.

Lalu pecah babang

menjadi alur

Ikan keli dan haruan

mengibar ekur

atas jalan raya

berenang

tidak bernafas.

Berdudun rasa kesusahan

kerana tiada laluan

meskipun dedaun melambai

bersama titisan hujan

maka desis anginnya

belum kedengaran.

Oleh Pasir Putih

Jalan Keranching

Meski kelmarin kau punya nama

dan kedudukan

tetapi hari ini

kau sudah dilupakan

dan sederap demi sederap

kaki melangkah

meninggalkan baying-bayang

yang kelam

dan semakin hilang

tanpa meninggalkan kesan

Maka ketahuilah sahabat

bahawa itu adalah permulaan

petanda kau mula disisihkan

dan akan terus dilupakan

di mana bekas-bekasmu

akan dipadam dengan perlahan

Demikian

satu episod dari sebuah panorama

di mana kehidupan ini

adalah ibaratnya

roda yang berputar

maka akan tiba

pada suatu ketika

kau berada di bawah

dan ketika itulah

kamu mula disisihkan

dan terus dilupakan

ADI WAHAB

2013

Penyanyi

Gugurnya

Bunga Cinta

,

Nizam Laksamana terpaksa menjalani

tempoh kuarantin selama dua minggu

di rumah selepas pulang dari Sabah.

Dalamperkongsianmenerusi laman

Instagram malam tadi, Nizam, 54,

memberitahu, dia terbang ke Sabah

pada 23 September lalu atas urusan

kerja, bukan bercuti.

Bagaimanapun, tindakan Nizam

dipertikaikan warganet berikutan ke

lokasi yang diketahui penularan pan-

demik COVID‡19 semakin teruk.

“Pada netizen yang marah-marah

dan bertanya, kenapa sudah tahu

ada kes pergi juga? Ini jawapan ikhlas

saya.

“Sebagai ketua keluarga, saya perlu

memastikan atas meja ada makanan

untuk dihidangkan buat anak-anak.

Saya tidak mahu meminta-minta,

Tuhan tahu niat saya,” tulisnya.

Nizam berkata, setakat ini, dia

tidak mengalami sebarang gangguan

kesihatan, tetapi melaksanakan ujian

saringan COVID‡19 sebagai kewajipan

dan langkah berjaga-jaga.

“Saya tiba di Lapangan Terbang

Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),

jam 12.10malampada Ahad lalu. Sebaik

tiba, semua penumpang diarahkan

Enggan dilabel syok sendiri, penyanyi,

komposer dan penerbit, Faizal Tahir

sentiasa memastikan setiap lagu yang

dihasilkan harus diselitkan mesej yang

baik.

Katanya, itulah prinsip yang dipe-

gangnya setiap kali menghasilkan lagu

baharu. Bagi Faizal, dia mempunyai

kelebihan dalam menyampaikan ke-

baikan atau dakwah kepada pengikut

menerusi lagu.

“Saya hanya ingin memperbaiki diri

Hujan di

pedalaman

Yang tersisih dan

yang dilupakan

NIZAM JALANI KUARANTIN

SELAMA DUAMINGGU

masuk ke tempat menunggu untuk

saringan COVID‡19.

“Proses menunggu memakan masa

yang cukup lama, saya hanya dapat

menjalani saringan ketika azan Subuh

berkumandang.

“Selepas sampel diambil melalui

tekak dan hidung, saya diberi peneran-

gan mengenai proses menjalani kua-

rantin di rumah. Saya juga dipakaikan

gelang berwarna pink untuk tempoh

14 hari. Bermakna sepanjang tempoh

ini, saya tidak dibenarkan untuk keluar

rumah,” katanya.

Katanya, sekiranya ujian saringan

pertama negatif, dia perlu menjalani

saringan untuk kali kedua di klinik

berhampiran.

“Jika keputusan keduamenunjukkan

negatif, bermakna saya bebas COVID-

19. Tetapi, jika keputusan sebaliknya,

jadi bersedialah untuk ambulans da-

tang ke rumah dan dibawa ke hospital

untuk rawatan lanjut,” kongsi Nizam

yang berdoa keputusan yang diterima

negatif. Bagaimanapun, katanya, dia

reda dengan apa sahaja keputusan,

malah bersedia dibawa ke hospital un-

tuk rawatan lanjut sekiranya didapati

positif.

Nizam berkata, dia mengikuti

Nizam Laksamana terpaksa menjalani tem-

poh kuarantin selama dua minggu di rumah

selepas pulang dari Sabah. – Agensi

prosedur operasi standard (SOP) yang

ditetapkan iaitu sentiasa memakai

pelitup muka, memeriksa suhu badan,

memakai alat sanitasi, mandi dengan

kerap dan menjaga penjarakan ˜izikal

sepanjang berada di Sabah.

“Saya akan terus balik ke hotel dan

mandi setiap kali selesai mengadakan

persembahan. Sepanjang berada

di sana suhu badan juga normal.”

– Agensi

Faizal terjatuh dalam

pembikinan video muzik

Faizal Tahir mula berminat untuk memiliki

kuda sendiri gara-gara videomuzik

Nobody

.

– Agensi

danmenyampaikan ilmu serta kebaikan

dalam fasa sekarang. Insya Allah, saya

akan meneruskan usaha dalam setiap

lagu yang dihasilkan.

“Paling penting, apa yang baik

perlu dikongsi dengan harapan dapat

menjadi inspirasi kepada orang lain dan

bertindak balas dengan ilmu dikongsi.

“Bagi saya, untuk menyampaikan

kebaikan tidak memerlukan pengikut

ramai. Walaupun cuma dua pengikut

sekali pun, masih boleh berkongsi

kebaikan dengan orang lain.

“Jika boleh, saya mahu berkongsi

ilmu dan membuka pintu kepada

generasi muda dapat mengambil alih

industri muzik dengan baik. Itu adalah

salah satu bentuk sedekah dan apabila

melakukan sesuatu yang baik, ia akan

berterusan,” katanya kepada media

ketika majlis pelancaran video muzik

dan

single

terbaharunya berjudul

Nobody

, baru-baru ini.

Berkongsi single

Nobody

, Faizal

berkata, ia berkisar mengenai kasih

sayangyangterhapussebaikseseorang

hamba Allah meninggal dunia. Hanya

cinta kepada Allah kekal abadi untuk

selamanya. Katanya, dia bersama

pasukannya

menggunakan

judul

Nobody

untuk single ciptaan bersama

Firdaus Rahmat, Mas Dewangga, Mage

dan Mike Chan.

“Saya suka bekerja dengan ramai

komposer untuk mendapatkan idea

berbeza, malah percaya setiap penda-

pat yang berbeza mampu menghasil-

kan satu karya bagus,” katanya.

Mengulas pembikinan video muzik,

Nobody

, Faizal berkata, dia melalui

detik mendebarkan apabila dilambung

tiga kali oleh kuda yang ditunggang.

Biarpun sedaya upaya cuba bertahan,

namun terjatuh daripada ketinggian

tujuh kaki. Katanya, dia tetap gigih

meneruskan penggambaran biarpun

dalam menahan kesakitan.

“Saya hanya berehat seketika

selepas terjatuh. Saya enggan buang

masa kerana hanya ada sehari se-

tengah untuk merakamkan babak

menunggang kuda. - Agensi

Kwon Mina keluar dari Woori Actors

Bekas anggota AOA, Mina telah

menamatkan kontrak eksklusifnya

dengan agensinya Woori Actors.

Pada 26 September lalu, Woori

Actors mengumumkan bahawa Mina

telah keluar dari agensi itu awal bulan

ini setelah perbincangan panjang

mengenai masa depannya.

Pelakon yang menjadi idola itu

pertama kali menandatangani kontrak

dengan agensi itu hanya empat bulan

Mina telah menamatkan kontrak eksklusif

dengan agensinya Woori Actors. - Agensi

sebelumnya.

Seorang wakil Woori Actors

mengulas, “Setelah perbincangan

yang teliti dan perbincangan dengan

KwonMina, kami akhirnyamenamatkan

kontraknya.

Kwon Mina merancang untuk

berehat buat masa ini.

Pengurusan

aktiviti

Woori

Actors terhadap Mina secara rasmi

berakhir selepas hari ulang tahunnya

pada 21 September, ketika agensi

itu menangani penerimaan dan

penyampaian hadiah peminat untuk

bintang itu. - Agensi