Previous Page  19 / 24 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 19 / 24 Next Page
Page Background

Khamis, 1 Oktober 2020

19

RAMALLAH–

AmeeraNejem, seorang tenaga

pengajar kelas yoga Palestin dari Ramallah,

berdedikasi untuk membantu pelajarnya

mengekalkan kesihatan mental dan izikal di

tengah-tengah wabak COVID19 yang sedang

melanda ketika ini melalui terapi senaman

yoga.

Melakukan senaman tersebut sambil

memainkan muzik yang menenangkan,

jurulatih berusia 36 tahun itu mengajar

pelajarnya cara-cara untuk meregangkan dan

mengeraskan otot serta meminta mereka

untuk ‘memberi tumpuan pada diri sendiri

berbanding dengan suasana di persekitaran’

semasa membuat latihan.

“Saya menerima latihan di India, negara

asal senaman yoga,” kata Nejem, menambah

bahawa dia sudah terbiasa dengan latihan

untuk menghilangkan ‘aura negatif’ dari

dalam dirinya.

Tetapi bukan hanya dirinya yang dia cuba

untuk menolong. Nejem menjadi tenaga

pengajar kira-kira enam tahun yang lalu.

Pada permulaannya ia bukan mudah. Dia

mengenang kembali apabila dia berdepan

dengan kritikan apabila dia melakukan

senaman yoga di tempat-tempat awam.

“Setiap perkara yang baharu bagi orang di

sekeliling akan menerima kritikan, tetapi

lama-kelamaan ia semakin diterima oleh

mereka, terutama apabilamerekamengetahui

kebaikannya,” jelasnya.

Tetapisemasaberlakunyapenularanwabak

COVID19 di seluruh dunia, Nejem terpaksa

menutup studio yoga pada bulan Mac dan

dia dapat membuka semula studionya pada

bulan Ogos selepas perintah berkurung

antikoronavirus dilonggarkan di negara

tersebut.

Ketika ini dia mengadakan enam kelas

yoga setiap hari dan setiap kelas akan dihadiri

oleh kira-kira 15 pelajar. Selain daripada

mengadakan kelas di ruangan tertutup

seperti di dalam studio, dia juga kadangkala

akan mengadakan kelasnya di tempat lebih

terbuka seperti di taman-taman disebabkan

oleh kebimbangan mengenai jangkitan

pandemik koronavirus.

Dia percaya bahawa penularan wabak

koronavirus yang berlaku di wilayah Palestin

ketika ini telah memberikan kesan buruk

kepada psikologi penduduk negara tersebut

dan oleh sebab itu, dia mengambil keputusan

untuk membuka semula studio miliknya,

puluhan orang diminta untuk menyertai kelas

yang dikendalikannya.

Haya Al-Omari merupakan salah seorang

dari pelajar yang menyertai kelas yoga yang

Khamis, 1 Oktober 2020

19

ALAT PENGHAWA DINGIN/

PETI SEJUK

PERKHIDMATAN PEMBAIKAN

PAIP/ELEKTRIK

LEEMOI SERVICE & REPAIR

Aircon,

Icebox,

Freezer,

W.Machine, Repair, Wiring, Hse

to Hse. 8910790

PLUMBING, HOUSE RENOVA

TION,

Electric, Roof Leaking,

Welding,

Aluminium,

Toilet

Block. 8885975/ 7155975

PLUMBING

TOILET

&

KITCHEN

block,

electric,

welding, painting, tiling, repair

work. Tel: 8678970

PLUMBING,

ELECTRICAL,

TOILET,

Kitchen

Block,

w/Heater. w/pump repair. Call

8867221/ 7257846

Tenaga pengajar senaman yoga, Ameera Nejem, membuka kelas yoga bagi tujuan

membantumasyarakat di negara ituuntukmengekalkankesihatanmental dan izikal

semasa penularan wabak COVID€19 yang melanda ketika ini. – Xinhua

SENAMAN YOGA

SEMAKINMENDAPAT

TEMPAT DI PALESTIN

Menurut salah seorang pelajar bahawa yoga telah

membantunyauntukmemulihkanpersonaliti semula

jadi dan memberi keceriaan. – Xinhua

diajar oleh Nejem kira-kira sebulan yang lalu.

Dia memberitahu wartawan

Xinhua

bahawa

dia mengalami tekanan stres semasa tempoh

perintah berkurung yang dilaksanakan oleh

kerajaan bagi membendung penularan wabak

COVID19 di wilayah itu, dan menambah

kini dia merasa semakin sihat selepas

mengamalkan senaman yoga.

“Senaman yoga ini sangat membantu

saya untuk berkomunikasi dengan seluruh

tubuh badan saya dan dengan alam sekeliling

dan ia turut membantu saya untuk menjadi

lebih tenang,” menurut pelajar yang berusia

25 tahun itu, dan menambah dia belajar

bagaimana untuk menghilangkan tekanan

stres meskipun ‘berada dalam suasana

negatif’.

Zahir Muhammed, seorang pelajar lelaki

yang turut menyertai salah sebuah kelas

yoga yang dikendalikan oleh Nejem, berkata

bahawa yoga telah membantu dia untuk

memulihkan personaliti semula jadinya dan

keceriaan selepas menghabiskan kira-kira

tiga jam seminggu mengamalkan yoga.

Senaman yoga telah menjadi semakin

popular bagi penduduk di Palestin. Ketika ini

ratusan gimnasium telah menawarkan kelas

yoga di seluruh wilayah Palestin, termasuk

kelas yang dipimpin oleh Nejem. - Xinhua