Khamis, 1 Oktober 2020
20
GEORGE TOWN –
Dua beradik Jocelyn
Teh Pei Lin, 23, dan adik lelakinya,
Joel Teh Min Chuen, 22, dari Pulau
Pinang meneruskan warisan keluarga
tinggalan mendiang neneknya dengan
mempelajari seni halus penghasilan
kasut manik buatan tangan yang begitu
sinonim dengan masyarakat Baba
Nyonya atau kaum Peranakan.
Ketika media berkunjung ke butik
Patricia Choo Collection di Jalan
Rangoon di sini, Peiling dan Min Chuen,
sedang asyik dan tekun menjahit tangan
manik dan melakar hiasan dan corak
bungaan untuk menghasilkan kasut
manik.
Menurut Min Chuen, mereka
memerlukan sekurang-kurangnya tiga
minggu untuk menghasilkan corak
manik untuk sepasang kasut sebelum
menghantarnya kepada tukang kasut
untuk proses seterusnya.
“Keseluruhan proses pembuatan
sepasang kasut manik ini memakan
masa lebih sebulan,” katanya kepada
media dalam temu bual, baru-baru ini.
Katanya, mereka dua beradik telah
menjahit tangan corak manik kira-kira
lima tahun lepas dan minat itu timbul
ketika sedang menunggu keputusan pe-
periksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Katanya,
kemahiran
menjahit
tangan manik pada kasut dan selipar
itu dipelajari daripada mendiang nenek
mereka, Patricia Choo.
“Kami yakin sesiapa sahaja boleh
belajarmembuatkasutmanikinidanakan
berjaya namun, perlulah mempunyai
penglihatan yang baik, kesabaran yang
tinggi serta latihan yang mencukupi,”
katanya.
Menariknya, bermula sekadar hobi,
kini penghasilan kasut manik ini sudah
menjadi perniagaan buat keluarga Teh
secara kecil-kecilan pada tahun 2014
dan nama perniagaan itu dinamakan
sempena nama mendiang nenek mereka
iaitu, Patricia Choo Collection.
Harga kasut manik jahit tangan ini
bergantungpadakeseniandankerumitan
reka bentuk corak dan penggunaan
manik, yang boleh mencecah antara
RM280 hingga lebih RM2,000.
Ibu dua beradik itu, Angeli Choo,
TERUSKAN
WARISAN KASUT
MANIK BABA
Jocelyn Teh Pei Lin, (kanan) dan adiknya Joel Teh Min Chuen, menunjukkan kasut manik yang
dihasilkan oleh mereka di kedai keluarganya di Jalan Rangoon. – Bernama
Pelbagai jenis kasut manik yang dihasilkan dua beradik Jocelyn Teh Pei Lin dan Joel Teh Min
Chuen. – Bernama
52, berkata meskipun negara dilanda
wabak COVID19, namun kasut manik
buatan tangan masih ada permintaan
khususnya pelanggan dalam negara.
“Sebelum COVID19 melanda, kami
ada pelanggan dari Singapura, Thailand
dan Indonesia yang mengunjungi kedai
kami dan membeli kasut manik,” katanya
yang telah bersara daripada menjahit
manik pada kasut kerana penglihatannya
semakin kabur.
Yang pasti, Choo tetap berbangga
dengan hasil rekaan beliau pernah
menjadi tersohor dan mengikuti fesyen,
sejak 10 tahun lepas.
Beliau juga berharap agar anak-
anaknyadapatmemperturunkanwarisan
seni halus menjahit tangan manik kasut
itu kepada generasi seterusnya keluarga
berkenaan.
“Dengan mempelajari cara membuat
kasut manik ini, ia bukan sahaja dapat
mewarisi budaya yang unik ini, tetapi
juga akan membantu membentuk ciri
keperibadian yang tinggi,” tambahnya.
– Bernama
Jocelyn Teh Pei Lin, melakukan kerja-kerja menenun manik secara manual bagi menghasilkan
kasut manik di kedai keluarganya. – Bernama
Hasilkan ukiran kayu model ikonik Pulau Pinang
Warga emas Zainol Abidin Omar menjemur
rangka feri setelah siap dicat di rumahnya di
Sama Gagah. - Bernama
BUKIT MERTAJAM -
Biarpun telah
melewati usia senja, Zainol Abidin Omar
masih setia menghasilkan kraf ukiran
bagi beberapa model ikonik Pulau
Pinang seperti feri, jambatan Pulau
Pinang dan kereta api Bukit Bendera.
Uniknya, kraf tanganukiransentuhan-
nya dibuat menggunakan papan lapis
dan kayu jelutong itu, mengambil
masa kira-kira dua hingga lima hari
untuk disiapkan, bermula dengan
proses memotong kayu, mengukir dan
seterusnya mengecat.
Pemilik susuk tubuh berusia 75 tahun
itu berkata minat untuk menceburkan
diri dalam menghasilkan kraf tangan
itu lahir pada 1986 selepas menimba
ilmu dengan beberapa rakan dari
Indonesia yang terlibat dalam bidang
pertukangan.
“Saya mula membuat ukiran feri,
jambatan Pulau Pinang, kereta api Bukit
Bendera pada tahun 1986 dan belajar
melalui mereka (rakan dari Indonesia)
yang bertukang di sini. Sebelum itu,
saya bekerja sebagai pelukis dan minat
untuk mendalami seni ukiran itu tinggi,”
kata Zainol Abidin kepada media dalam
temu bual di kediamannya di Kampung
Sama Gagah baru-baru ini. Beliau
turut dibantu oleh isterinya Rogayah
Mahmood, 66.
Bapa kepada tiga anak itu berkata
pada 1986 harga bagi ukiran feri
itu dijual RM15, tetapi kini harganya
mencecah RM250 manakala bagi ukiran
jambatan Pulau Pinang dan kereta api
Bukit Bendera, masing-masing berharga
RM480 dan RM300.
Di samping mengukir tiga ikon Pulau
Pinang, ZainolAbidinturutmenghasilkan
ukiran rumah tradisional dan dijual
dengan harga RM350 setiap satu dan
sehingga kini lebih 4,000 ukiran kayu
telah dihasilkannya.
Zainol Abidin berkata hasil ukirannya
itu banyak mendapat permintaan dan
tempahan daripada syarikat swasta,
agensi kerajaan, kilang dan juga orang
perseorangan, malahan ia dijadikan
cenderahati untuk diberikan kepada
kenalan di dalam dan luar negara
termasuk China, Arab Saudi, Turki dan
Brunei.
“Macam sekarang, saya sedang
menyiapkan 15 ukiran feri yangditempah
SuruhanjayaPelabuhanPulauPinangdan
kebanyakan tempahan yang diterima
adalah untuk dijadikan cenderahati,”
katanya, sambil menambah bahawa reka
bentuk feri era tahun 1980-an menjadi
pilihan untuk ukiran beliau.
Dalam pada itu, beliau turut
menasihati golongan muda untuk
mengambil kesempatan mempelajari
seni ukiran daripada generasi lama.
“Dalamilah ilmu, ambil masa yang
ada dan belajarlah dengan generasi
dahulu yang masih ada kerana ia
dapat diwarisi oleh pelapis akan
datang.
“Sekurangnya-kurangnya kita ada
sesuatu untuk dikenang dan disanjung
hasil sentuhan warisan nenek moyang
kita,” katanya. – Bernama




