Previous Page  23 / 24 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 23 / 24 Next Page
Page Background

Khamis, 1 Oktober 2020

23

Serena Williams keluar dari gelanggang setelah menewaskan Kristie Ahn di pusingan pertama

Terbuka Perancis. Serena telah menarik diri dari Roland Garros selepas mengalami kecederaan

tendon Achilles. – AP

AksiMickSchumachermemanduFerrari 2004pada 13September lalu.Mickkini semakinhampir

mengorak langkah menyertai litar Formula Satu 2021 bersama pasukan Alfa Romeo. – AP

KECEDERAAN

PAKSA SERENA

TARIK DIRI

PARIS, 30 SEPT –

Serena Williams te-

lah menarik diri dari Roland Garros hari

ini selepas impian pemain dari Amerika

Syarikat (AS) itu untuk memenangi ke-

juaraan Grand Slam ke-24 hancur lebur

dan mencetuskan keraguan mengenai

masa depan pemain berusia 39 tahun

itu dalam sukan tenis.

Williams, juara sebanyak tiga kali di

Paris, tiba di kejohanan dengan kece-

deraan tendon Achilles yang dialaminya

dalam kekalahan perlawanan sepa-

ruh akhir Terbuka AS ke atas Victoria

Azarenka.

“Achilles saya belum pulih sepenuh-

nya selepas Terbuka AS,” kata Williams

yang sepatutnya beraksi menentang pe-

main dari Bulgaria, Tsvetana Pironkova

dalam pusingan kedua di Roland Garros

akhir hari ini.

“Saya bergelut untuk berjalan dan

itu petanda saya perlu berusaha jalani

pemulihan.”

Kecederaan yang dialaminya besar

kemungkinan menandakan dia akan

terlepas baki perlawanan tahun ini dan

menjadikan Terbuka Australia 2021

sebagai peluang seterusnya untuk

menyamai rekod kejohanan utama

sepanjang zaman yang dipegang oleh

Margaret Court.

“Saya perlu empat hingga enammin-

ggu untuk berehat,” kata Williams, juara

Roland Garros 2002, 2013 dan 2015.

“Besar kemungkinan saya tidak akan

bermain lagi dalam mana-mana kejo-

hanan tahun ini.”

Williams, kini bermain dalam dekad

keempatnya dalam jelajah, belum per-

nah memenangi Slam sejak merangkul

kejuaraan Terbuka Australia kali ke-7

pada 2017 ketika sedang hamil.

Sejak itu, dia sering kali hampir-ham-

pir memenangi perlawanan. Selepas

kembali beraksi tidak lama setelah

bersalin, dia mara ke pusingan Žinal

Wimbledon dan Terbuka AS pada 2018

dan 2019.

Pada 2020, dia kecundang dalam set

ketiga di pusingan keempat di Australia

kepada pemain China, Wang Qiang se-

mentara kejohanan Wimbledon telah

dibatalkan.

Dia pasti tahu bahawa kejohanan di

Paris adalah peluang terbaik untuk me-

nambah kejuaraan utama. – AFP

Badan pengurusan pertahan keputusan tunda kejohanan

Miami ingin

rebut juara,

buktikan

ramalan salah

Aksi Jimmy Butler ketika bermain

menentang Boston Celtics dalam

playoffNBA. Butlertidakmenganggap

Heat sebagai pasukan bukan pilihan

menjelang ‹inalmenentangLALakers

hari ini. – AP

ORLANDO, 30 SEPT –

Jimmy

Butler berkata Miami Heat tidak

menganggap diri mereka se-

bagai pasukan pilihan kedua

meskipun memulakan musim

ini sebagai pasukan bukan pen-

cabar kejuaraan.

Miami akan berdepan den-

gan Los Angeles Lakers dalam

perlawanan pertama hari ini

dengan berpeluang menjadi

pasukan pertama yang menjua-

rai kejuaraan dengan peluang

kemenangan yang paling tipis

dalam sejarah bola keranjang.

Sebelum musim NBA dimu-

lakan 11 bulan yang lalu, Miami

mempunyai peluang 60›1 untuk

menamatkan kempen ini seba-

gai juara. Beberapa orang mera-

malkan 110›1. Meskipun sebe-

lum musim dimulakan semula di

Orlando pada Julai, Heat diramal

akanmemenangi kejuaraan30›1,

dengan pasukan yang dominan,

Milwaukee Bucks dijangka akan

mewakili Eastern Conerence da-

lam perlawanan Žinal.

Tetapi pasukan Miami adalah

pasukan pilihan paling rendah

untuk mara ke Žinal NBA sejak

1984. Pasukan Indiana Pacers

dikalahkan dalam pusingan

pembukaan sebelum pasukan

Bucks ditewaskan dalam perla-

wanan separuh akhir lima perla-

wanan conference. – AFP

KUALA LUMPUR, 30 SEPT –

Badan

pengurusan badminton kelmarin mem-

pertahankan keputusan mereka un-

tuk menunda Žinal musim ini sehingga

Januari – keputusan yang mencetuskan

bantahan daripada pemain – menegas-

kan ia adalah ‘penyelesaian terbaik’ se-

masa pandemik koronavirus.

Penularan wabak telah menjejaskan

jadual perlawanan sukan badminton,

dengan pegawai berulang kali terpaksa

menunda kejohanan.

Dalam perubahan terkini, pegawai

telah mengumumkan minggu lalu baha-

wa tiga kejohanan yang termasuk jela-

jah dunia pusingan Asia akan berlang-

sung di ibu kota Thailand, Bangkok pada

Januari. Kejohanan Žinal bagi musim

2020 pada mulanya dijadualkan pada

November ini. Presiden Persekutuan

Badminton Dunia (BWF) Poul-Erik Hoyer

menegaskan kelmarin bahawa keputu-

san tersebut adalah yang terbaik bagi

tahun yang sukar ini.

“Memandangkan cabaran yang kita

hadapi, ini adalah penyelesaian terbaik

pada ketika ini,” beritahunya semasa

sidang media.

“Saya yakin bahawa protokol kese-

lamatan akan dilaksanakan, tiga acara

akan melancarkan kejayaan kepulangan

badminton pada 2021.”

Beberapa orang pemain dari

Denmark – termasuk jaguh pasangan

beregu Anders Skaarup Rasmussen dan

Kim Astrup – dilaporkan berasa berang

dengan berita penundaan tersebut. Para

pegawai mengambil maklum mengenai

perubahan tarikh yang mungkin mem-

beri kesan kepada ranking dunia dan

jadual perlawanan musim 2021.

Namun

demikian,

presiden

Persatuan Badminton Thailand, Patama

Leeswadtrakul berkata langkah ketat

akan dilaksanakan bagi memastikan ke-

selamatan pemain dan para pegawai di

kejohanan di Bangkok.

Mereka turut menempatkan ‘gelem-

bung’ di kawasan tersebut – seperti

yang dilaksanakan oleh sukan-sukan

lain – dan para pemain dimestikan untuk

menjalani ujian virus sebelum berlepas

dan tiba di Bangkok.

Awal bulan ini, BWF menunda kejo-

hanan Piala Thomas dan Uber selepas

beberapa buah negara menarik diri dari

kejohanan itu. – AFP

Anak Schumacher jalani latihan pasukan F1

PARIS, 30 SEPT –

Anak kepada juara

dunia tujuh kali Michael Schumacher

kini semakin hampir mengorak lang-

kah menyertai litar Formula Satu 2021

selepas pasukan Alfa Romeo mengu-

mumkan kelmarin bahawa mereka akan

sekali lagi menguji pemandu berusia 21

tahun itu.

Mick Schumacher menaruh harapan

tinggi untuk menjadi pemandu selepas

menjuarai Formula Dua Sochi dalam

perlumbaanSabtu laluyangmelanjutkan

kejuaraan

perlumbaan

mengatasi

Callum Ilott.

Dia akan memandu bersama Alfa

Romeomenjelang Grand Prix Eifel di litar

Nurburgring dua minggu akan datang.

Alfa Romeo akan mengumumkan

barisan pemandu mereka bagi musim

2021 selepas Grand Prix 9 Oktober dan

mereka berminat untuk membawa pe-

mandu berusia 21 tahun itu dari F2 ke F1.

“Saya sangat teruja untuk mendapat-

kan peluang ini dalam latihan percuma,”

kata Schumacher.

“Saya akan membuat persediaan

agar saya dapat melakukan yang terbaik

untuk pasukan dan untuk mendapatkan

data berharga untuk hujung minggu

ini.”

Jika dia mampu melakukan persem-

bahan yang mengagumkan, dia akan

merebut tempat Antonio Giovinazzi

berserta beberapa pemandu muda

dari Ferrari serta pemandu berpen-

galaman dari Mexico Sergio Perez dan

Nico Hulkenberg dari Jerman. – AFP