Jumaat, 2 Oktober 2020
13
LONDON, 1 OKT
– Pakar kesihatan
British semalam mengakui pandemik
COVID 19 berada di luar kawalan beri-
kutan peningkatan kes dan kemasukan
pesakit ke hospital walaupun kerajaan
memperketatkan sekatan bagi melarang
perjumpaan sosial secara berkumpulan.
Ketua Penasihat Saintiik Kerajaan,
Patrick Vallance, dalam satu sidang
media berkata, sebanyak 7,108 kes dan
71 kematian menunjukkan penularan
COVID 19 di United Kingdom (UK) be-
rada di tahap semkin membimbangkan.
“Perkara ini yang pastinya sedang
menuju ke arah yang salah.
“Buat masa sekarang, kami juga tidak
mampu mengawalnya,” katanya.
Sebelum
ini,
Ketua
Pegawai
Perubatan England, Chris Whitty, turut
memberi amaran berikutan kemasukan
ke hospital dan unit rawatan rapi (ICU)
yang mencatatkan peningkatan ketara.
Seramai 42,000 terkorban akibat
COVID 19 di Britain setakat ini, angka
terburuk di Eropah walaupun kerajaan
telah menguatkuasakan perintah berku-
rung sejak penghujung Mac lalu.
Pelonggaran sekatan hanya diumum-
kan pada Jun, namun berikutan angka
kes COVID 19 terus meningkat, kerajaan
telah menguatkuasakan semula laran-
gan berhubung penganjuran perhimpu-
nan sosial, termasuk bagi perjumpaan
yang dihadiri lebih enam orang.
Sementara itu, Perdana Menteri,
Boris Johnson berkata, masih terlalu
awal untuk mengumumkan kesan akibat
peningkatan kes COVID 19 di negara
itu dan mengharapkan rakyat akan
terus mematuhi semua peraturan yang
dikuatkuasakan.
“Sekiranya kita bersatu sekarang,
berkemungkinan kita dapat mengatasi
impak dan langkah lain yang terpaksa
diambil bagi mengatasi masalah ini,”
katanya. – AFP
STEPANAKERT, AZERBAIJAN, 1 OKT
–
Armenia dan Azerbaijan berikrar untuk
meneruskan peperangan, sekali gus
menolak seruan dunia semalam bagi
melaksanakan rundingan damai.
Ketika ini, pertempuran di wilayah
Nagorno Karabakh itu sudah memasuki
hari keempat.
Di ibu negara wilayah Stenapakert,
dua letupan kedengaran pada tengah
malam tadi ketika siren dibunyikan.
Menurut penduduk, bandar itu telah
diserang menggunakan dron. Moscow
berkata Presiden Rusia, Vladimir Putin
dan rakan sejawatnya, Emmanuel Macron
telahmenggesa peperangan di Karabakh
itu dihentikan dan bersedia mempergiat-
kan usaha diplomatik bagi mencari pe-
nyelesaian untuk menamatkan konlik di
kedua-dua wilayah bergolak itu.
Dalam satu perbualan telefon, ked-
ua-dua pemimpin itu menyuarakan
kesediaan untuk melihat kenyataan
dibuat pihak pengerusi bersama kum-
pulan Minsk iaitu Rusia, Perancis dan
Amerika Syarikat (AS) bagi menggesa
langkah gencatan senjata dan rundin-
gan damai diadakan. Semalam, lebih
100 individu disahkan terkorban akibat
termasuk dalam kalangan orang awam.
Sejak awal 1990-an lagi, Armenia
dan Azerbaijan yang juga wilayah bekas
jajahan Soviet, terbabit dalam pertikaian
wilayah dengan pertempuran terburuk
berlaku pada 2016.
Perkara itu amat membimbangkan
terutama sekiranya konlik ini terus
memuncak dan menyebabkan perang
lebih besar dengan campur tangan
negara seperti Turki dan Rusia.
“Kami perlu bersedia untuk perang
jangka panjang,” kata pemimpin
pemisah Karabakh, Arayik Harutyunyan,
semalam. – AFP
BEIRUT, 1 OKT
– Lubnan dan Israel
akan mengadakan rundingan menge-
nai sempadan laut dan darat mereka,
umum Speaker Parlimen Nabih Berri
hari ini.
Amerika Syarikat (AS) akan
bertindak sebagai fasilitator semasa
rundingan, yang dijangka diadakan
di selatan bandar sempadan Lubnan
Naqoura, beritahu Berri pada sidang
media tanpa memberikan tarikh untuk
rundingan.
Berri berkata rangka kerja per-
janjian telah dicapai untuk memu-
lakan rundingan, yang membaca
satu salinan perjanjian bertarikh 22
September.
“Amerika Syarikat diminta oleh
kedua-dua pihak, Israel dan Lubnan,
supaya bertindak sebagai fasilita-
tor dan perantara untuk menetapkan
sempadan laut, dan ia bersedia untuk
melakukannya,” beliau dipetik sebagai
berkata.
“Mengenai isu sempadan laut,
rundingan berterusan akan diadakan
di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu (PBB) di Naqoura di
bawah tajaan PBB,” kata beliau.
“Wakil AS dan penyelaras khas AS
untuk Lubnan bersedia menyediakan
perjanjian untuk ditandatangani oleh
Israel dan Lubnan pada akhir mesyu-
arat,” tambah beliau.
Pasukan pengaman PBB yang
meronda sempadan berkongsi itu
mengalu-alukan berita itu.
UNIFIL mengalu-alu ‘pengumuman
rangka kerja perjanjian hari ini untuk
melancarkan rundingan di antara
Lubnan dan Israel mengenai pem-
batasan sempadan laut di antara ke-
dua-dua buah negara,” katanya dalam
satu kenyataan.
Duta AS David Schenker pada 8
September berkata bahawa beliau
berharap dapat datang ke Lubnan dan
menandatangani rangka kerja perjanji-
an untuk memulakan rundingan ‘pada
minggu-minggu akan datang.’ – AFP
ATHENS, 1 OKT
– Polis antirusuhan
di Athens hari ini menembak gas pe-
medih mata pada belia yang melontar
bom api pada mereka semasa satu
bantahan oleh pelajar berhubung
risiko koronavirus di sekolah.
Pertempuran di antara polis dan
pembantah meletus di luar parlimen
tatkala kira-kira 3,000 orang, kebanya-
kannya pelajar sekolah tinggi, menun-
juk perasaan, kata wartawan AFP di
tempat kejadian.
Ratusan sekolah di seluruh nega-
ra ditutup akibat mogok itu, dengan
pelajar membantah terhadap kepu-
tusan kementerian pendidikan untuk
membenarkan kelas sehingga 30 pela-
jar pada masa jangkitan koronavirus
semakin meningkat.
Hampir 400 orang telah maut di
Greece akibat virus sejak Februari,
dengan kadar jangkitan meningkat
mulai bulan Ogos. Parti pembangkang
telah mengkritik kerajaan, berkata bilik
darjah yang sesak adalah bertentan-
gan dengan peraturan penjarakan so-
sial. Kementerian pendidikan berkata
kurang daripada lima peratus kelas di
seluruh negara adalah penuh.
Kumpulan pelajar juga menolak
rancangan kementerian untuk melak-
sanakan pembelajaran dalam talian di
sekolah yang ditutup akibat mogok,
berkata kebanyakan sekolah kekuran-
gan infrastruktur yang diperlukan.
– AFP
WASHINGTON, 1 OKT
– Kempen di-
terajui Donald Trump digambarkan se-
bagai mengundang malu di peringkat
nasional kerana gagal mematahkan
desakan dicetuskan kumpulan ketu-
runan kulit putih.
Ahli demokrat yang juga calon
Pilihan Raya PresidenAmerika Syarikat,
Joe Biden, ketika mengemukakan dak-
waan itu berkata situasi sedemikian
timbul angkara kenyataan Trump ke-
tika debat Presiden, tempoh hari.
“Pembawaan Presiden AS, pada
saya adalah memalukan di peringkat
nasional. Mesej saya kepada Proud
Boys dan ahli kumpulan keturunan
kulit putih yang lain ialah, berhenti
dan elakkan. Itu bukan diri kita yang
sebenar. Ini bukan pembawaan kita
sebagai rakyat Amerika,” katanya
ketika menyampaikan ucaptama di
Alliance, Ohio, semalam. Sementara
itu, Trump ketika cuba meredakan
ketegangan yang tercetus daripada
kenyataannya meminta kumpulan
keturunan berkenaan untuk hentikan
sebarang tindakan balas.
“Saya tidak tahu siapa Proud Boys,
tetapi sesiapa pun mereka, mereka
perlu berhenti sekarang. Cukuplah.
Biar pihak berkuasa undang-undang
jalankan tugas mereka. Siapa pun
mereka, hentikan,” katanya kepada
pemberita di Rumah Putih. – AFP
‘PANDEMIK
COVID 19 DI
LUAR KAWALAN’
Lubnan, Israel runding isu sempadan
Armenia, Azerbaijan tekad
teruskan peperangan
Kelihatansebuahbangunanapartmenyangdimusnahkanolehpengebomansemasapertempuran
berhubung rantau Nagorno-Karabakh di rantau Tartar, Azerbaijan pada 30 September 2020. –
AP
3,000 pelajar Greece tunjuk perasaan
Pembantahmengadakan tunjukperasaanberhubung risikokoronavirusdi sekolahdi Athens
kelmarin. – AFP
Trump amat memalukan - Biden




