Previous Page  14 / 24 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 14 / 24 Next Page
Page Background

Jumaat, 2 Oktober 2020

14

WASHINGTON, 1 OKT

– Bandar Seattle

di Amerika Syarikat (AS) telah meng-um-

umkan gaji minimum untuk pemandu

Uber dan Lyft, satu tindakan yang dikri-

tik oleh syarikat tersebut yang berpo-

tensi memusnahkan ribuan pekerjaan.

Bandar barat laut tersebut adalah

yang kedua di AS yang mengenakan

tindakan sedemikian selepas New York

pada 2019.

“Pandemik telah mendedahkan

kelemahan dalam sistem perlindungan

pekerja kami, menyebabkan ramai

pekerja barisan depan tanpa satu

jaringan keselamatan,” kata datuk

bandar Seattle Jenny Durkan dalam satu

kenyataan pada Selasa.

Gaji minimum ‘menjamin pemandu

akan menerima gaji adil dan boleh

menyara diri mereka dan keluarga

mereka,” kata beliau.

Mulai Januari, pemandu perkongsian

perjalanan di Seattle perlu memperoleh

sekurang-kurangnya AS$16.39 sejam.

Uber, dalam sepucuk surat kepada

kerajaan bandar Seattle pada bulan lalu,

berkata dasar yang sama di New York

telah ‘mendorong kepada peluang kerja

yang kurang untuk pemandu dan harga

lebih tinggi.’

“Ribuan pemandu di bandar New

York kehilangan akses kepada kerja,

selepas dasar itu mengakibatkan seka-

tan dalam cara pemandu mengakses

aplikasi kami,” kata syarikat, menambah

pemandu baharu kini tidak dibenarkan

mendaftarkan diri di New York.

Harga telah naik 30 peratus dalam

tahun pertama dan peraturan telah

mencetuskan bantahan jalan besar-

besaran, kata Uber.

Lyft berkata dalam satu kenyataan

bahawa rancangan Seattle ‘mempunyai

kelemahan dan memusnahkan ribuan

pekerjaan – seramai 4,000 pemandu

Lyft sahaja – dan menyingkir syarikat

perkongsian perjalanan dari bandar

tersebut. – AFP

LONDON,

1

OKT

Syarikat

Rolls-Royce di Britain, berdepan

kemelesetan permintaan apabila

pandemik koronavirus mencetuskan

krisis perjalanan udara, melancarkan

rancangan hari ini untuk merangsang

kewangannya sebanyak 5 bilion

pound.

Syarikat itu, yang mengeluarkan

pesawat udara Airbus dan Boeing,

akan memperkukuhkan kunci kira-

kiranya untuk membantu menga-

tasi kesan sampingan berpunca

daripada krisis kesihatan global

berterusan yang telah menghentikan

operasi penerbangannya di seluruh

dunia.

Rolls-Royce berkata dalam satu

kenyataan bahawa pakej itu terdiri

daripada penerbitan saham bernilai 2

bilion pound, tawaran bon berjumlah

sekurang-kurangnya 1 bilion pound,

kemudahan pinjaman baharu bernilai

1 bilion pound serta sokongan

kerajaan dari Kewangan Eksport UK

untuk pelanjutan jaminan pinjaman

sehingga 1 bilion pound.

“Langkah berkenaan akan menye-

diakan kumpulan dengan ke-mam-

panan kewangan dan struktur kunci

kira-kira yang lebih sesuai demi men-

gatasi risiko ekonomi makro sebelum

kami kembali mencatat penghasilan

wang tunai yang dijangkakan pada

2022,” kata Rolls.

“Prospek jangka panjang tetap

kukuh,” tambahnya.

Syarikat juga mendedahkan pelan

terkini untuk mengurangkan 9,800

pekerjaan pada akhir tahun ini, menin-

gkat daripada 9,000 yang diumumkan

pada Mei.

Pengumuman hari ini keluar sebu-

lan selepas Rolls-Royce, yang berop-

erasi dalam sektor penerbangan,

pertahanan dan tenaga, mencatat

kerugian bersih berjumlah 5.4 bilion

pound untuk separuh tahun pertama

2020 apabila wabak virus bertambah

buruk. – AFP

MOSCOW, 1 OKT

– American Airlines

dan United Airlines pada hari ini akan

memberi cuti kepada lebih 32,000

pekerja, sebaik pakej bantuan COVIDŸ19

berakhir.

Langkah itu terpaksa diambil beri-

kutan perbincangan untuk men-dapat-

kan bantuan dan sokongan tambahan

kerajaan gagal. Pakej bantuan disedia-

kan kerajaan persekutuan itu berikutan

penularan COVIDŸ19.

Agensi berita S

putnik

melaporkan

memetik penyiar

CNBC

, kedua-dua

syarikat penerbangan itu berikrar akan

memanggil semula pekerja mereka jika

perbincangan mengenai bantuan itu

berhasil.

Pada Mac, Kongres Amerika Syarikat

(AS) meluluskan bantuan persekutuan

sebanyak AS$25 bilion dan melarang

syarikat penerbangan mengurangkan

pekerjaan, sehingga 1 Oktober.

Sejak beberapa bulan kebelakangan

ini, syarikat penerbangan berusaha

mendesak anggota parlimen untuk

mendapatkan pakej bantuan bernilai

AS$25biliondancadangan itumendapat

sokongan.

Namun, perbincangan untuk pakej

bantuan lebih banyak yang diadakan

semalam menemui kegagalan.

Perjanjian antara Rumah Putih dan

anggota parlimen bertujuan mengeka-

lkan pekerjaan hingga akhir Mac 2021,

walaupun berlaku penurunan per-

mintaan perjalanan udara. – Bernama

TOKYO, 1 OKT

– Perniagaan di pasaran

saham Tokyo, yang merupakan antara

yang terbesar di dunia, digantung

sepanjang hari pada hari ini selepas

sistem mengalami masalah paling teruk

dalam sejarahnya.

Satu ‘kerosakan perkakasan’ men-

cetuskan masalah dengan penghan-

taran maklumat pasaran, kata operator

Kumpulan Tukaran Jepun (JPX) dalam

satu kenyataan.

“TSE (Bursa Saham Tokyo) se-

dang merancang untuk mengganti

perkakasan itu dan mengambil langkah

wajar, termasuk penyelenggaraan lain,

untuk memastikan perniagaan diterus-

kan esok,” tambahnya.

Masalah itu dikesan pada awal hari

ini dan perniagaan dihentikan kurang

satu setengah jam sebelum perniagaan

bermula.

Pada tengah hari, JPX berkata

perniagaan akan digantung sepanjang

hari ini, menandakan penggantungan

seharian pertama sejak sistem operasi-

nya dipasang pada 1999.

Firma itu berkata kerosakan per-

kakasan bermakna sistem itu tidak dapat

memindah secara automatik daripada

‘peranti yang rosak kepada peranti

sokongan.’

Memulakan semula sistem ‘akan

menimbulkan kekeliruan untuk pelabur

dan peserta pasaran, yang akan

menjadikannya sukar untukmenjalankan

perniagaan yang lancar,” tambahnya.

Masalah itu melanda indeks Nikkei

225 dan Topix, serta bursa di Nagoya,

Sapporo dan Fukuaka yang berop-

erasi menggunakan sistem Tokyo.

Bagaimanapun, bursa Osaka beroperasi

seperti biasa, kata operator.

JPX ialah bursa ketiga terbesar di

dunia berdasarkan nilai permodalan

pasaran, pada AS$5.1 trilion, termasuk

penyenaraian di bursa di luar Tokyo.

Ia berada di belakang Bursa Saham

New York dan Nasdaq, menurut

Persekutuan Bursa Dunia.

Pada hari biasa, saham bernilai kira-

kira tiga trilion yen diniagakan di bursa

Jepun. – AFP

KEROSAKAN SISTEM, PERNIAGAAN

BURSA TOKYO DIGANTUNG

KoichiroMiyahara (dua dari kiri), Presiden danCEOBursa SahamTokyo dan pegawai lain tunduk

semasa sidang media di Bursa Saham Tokyo kelmarin. – AP

Seattle umum gaji minimum

pemandu Uber, Lyft

32,000 pekerja syarikat

penerbangan AS diberi cuti

Rolls-Royce lancar pakej kewangan

bernilai 5 bilion pound

Gambar fail menunjukkan pekerja memeriksa enjin pesawat udara Trent 700 Rolls-Royce di

kilang Airbus Beluga XL di Blagnac, Toulouse, Perancis. - AFP