Jumaat, 2 Oktober 2020
15
Demi tanda ingatan kasih sayangdanhas-
ratyangmendalamterhadapAllahyarham
ayah tercinta, Pehin Penyurat Haji Awang
Ahmad yang amat menghargai seni kein-
dahan tenunan Brunei semenjak dahulu
lagi, anak perempuannya kini mewarisi
harapan murni memartabatkannya mela-
lui dunia keusahawanan kain tenunan.
“Semangat kecintaan Allahyarham
ayah saya terlalu mendalam terhadap
kain tenunan warisan Melayu ini, sekali
gusmenaruhharapanagaranak-anaknya
meneruskan kesinambungan kepakaran
hasil tangan budaya tradisi seperti
bertenun yang dimiliki ahli keluarga
suatu ketika dahulu, sehingga mencetus
inspirasi kepada saya menceburi bidang
ini, ” kata Hajah Nooraidah binti Pehin
Penyurat Haji Awang Ahmad yang se-
makin giat memartabatkan produk kain
tenunan di bawah Syarikat Little Ummi
semasa ditemui penulis, baru-baru ini.
Menerokai kemahiran informal
intensif
Hajah Nooraidah mula menubuhkan
perusahaannya sejak tahun 2016 secara
sepenuh masa dan menjelaskan beliau
yang tidak memiliki kemahiran bertenun
pada usia mudanya, mencekalkan
hati dan menguatkan keinginan untuk
mengikuti pembelajaran informal secara
intensif dari salah seorang tenaga
pengajar yang memiliki kepakaran
dalambidang kesenian sejak tahun 80an
‘MENYULAM’
MARTABAT
KAIN TENUNAN
BRUNEI
Hajah Nooraidah bangkit membawa aspirasi Allahyarham ayahnya untuk meneruskan legasi
keluarga dalamwarisan kain tenunan Brunei.
NURDIYANAH R.
lagi, Hajah Rahani binti Begawan Mudim
Dato Seri Setia Haji Adanan sehingga
kini.
“Meski mengetahui setiap pembela-
jaran itu bukan mudah namun dengan
adanya ketulusan hati seorang insan
yang begitu teliti dalam memberi tun-
juk ajar telah meningkatkan semangat
saya lagi untuk menerokai ilmu kes-
enian sebegini dari semasa ke semasa.
Kesyukuran dan kepuasan dapat dira-
sai apabila terhasilnya setiap sentuhan
karya kain tenunan. Segala kepenatan
yang dirasakan seolah-olah hilang be-
gitu sahaja.
“Dengan bertawakal kepada Allah
SWT, saya tekad untuk menanai ama-
nah menjalankan perusahaan ini den-
gan sebaik-baiknya, berkat doa dan
sokongan yang teguh daripada insan-
insan tersayang,” ujarnya lagi dengan
penuh keyakinan meskipun mengetahui
dunia persaingan ini memiliki pasang
surutnya.
Pentingnya sentuhan penuh ketelitian
Pengusaha tanah air yang menguta-
makan nilai tradisi, warisan dan budaya
dalam meniti dunia keusahawanannya
ini turut menyatakan bahawa kain te-
nunan dihasilkannya terdiri daripada
sembilan jenis antaranya Kain Jong
Sarat, Kain Sukma Indra, Kain Betabur,
Kain Sipugut, Kain Liputan Madu, Kain
Sinjang Tenun Budai, Kain Silubang
Bangsi, Kain Sinjang Tenun Budai Beinti,
dan Kain Arat Gegati.
“Setiap jenis memiliki keunikan corak
yang begitu istimewa apabila kita benar-
benar menyelaminya. Bukan sekadar
pemilihan benang yang berkualiti ting-
gi, malah cetusan dan gabungan corak,
motif dan juga warna perlu dihiasi den-
gan ketelitian dan kesungguhan serta
semangat yang teguh.
“Hal ini amat penting untuk memasti-
kan kehalusan keasliannya dan juga nilai
estetiknya sentiasa terpelihara serta di-
serikan lagi dengan elemen kontempo-
rari yang mampu memukau mata yang
memandangnya,” tambahnya yang ke-
biasaan menyiapkan setiap karya sentu-
han dalam anggaran masa lebih kurang
10 hari tertakluk kepada jenis-jenisnya.
Variasi inovasi berasaskan kain
tenunan
Keindahan dalam penghasilan kain
tenunan ini yang diterokai oleh Hajah
Nooraidah bukan hanya berbentuk
produk sinjang semata-mata. Namun
beliau juga sentiasa bergerak aktif
dalam mengetengahkan variasi inovasi
barangan berasaskan kain tenunan
dengan daya kreativiti yang tersendiri
dari semasa ke semasa.
Antaranya menerusi pembuatan
songkok; kusyen atau alas meja;
selendang (shawl); tali leher; ‘frame’
iaitu tempat menyimpan kain Jong
Sarat; ‘scrunchy’ iaitu pengikat rambut;
‘neckpillow’; beg dan ‘tissue jacket’.
“Alhamdulillah, berkat daripada
pembelajaran secara berterusan serta
teguran dan saranan positif daripada
ahli keluarga dan sahabat handai
serta orang ramai, maka dari situlah
tercetusnya pelbagai ilham untuk men-
g-embangluaskan lagi kreativiti pelbagai
barangan tertentu.
“Dengan adanya pelbagai produk
berasaskan kain tenunan sebegini, ia
diharap dapat melestarikan lagi dan
membuka minda masyarakat di negara
ini untuk sama-sama memelihara kein-
dahan dan keunikan kain tenunan yang
menjadi warisan nenekmoyang kita agar
tidak pupus ditelan arus zaman silih ber-
ganti,” ujarnya yang turut menyediakan
perkhidmatan sewaan barangan beras-
askan kain tenunan sekali gus mengalu-
alukan masyarakat di negara ini teruta-
manya para usahawan muda tempatan
untuk sama-sama tampil mengetengah-
kan produk-produk hasil kreativiti me-
reka khususnya bercirikan kesenian tra-
disi, budaya dan warisan Melayu dalam
perusahaannya.
Kalau bukan kita yang
mempertahankannya, lalu siapa lagi?
Dengan penuh ketulusan, Hajah
Nooraidah turut memiliki hasrat untuk
menubuhkan pameran mini berbentuk
pendidikan praktikal penuh interaktif
pada masa mendatang agar ilmu dan
kemahiran seni tenunan akan lebih di-
hayati terutamanya dalam kalangan
orang muda di negara ini sambil me-
nekankan bahawa bakat dan kemahiran
bukan penentu kejayaan seseorang,
malah keberanian dan kesungguhan
itulah langkah permulaan untuk menuju
kejayaan, setentunya beserta iringan
doa dan restu keluarga.
Dalam pada itu, daya kreativiti dalam
mengetengahkan sesuatu produk itu
juga memainkan peranan yang penting
dalam kita meniti arus persaingan
dalam dunia keusahawanan demi
membantu meningkatkan pendapatan
diri dan keluarga sekali gus mencetus
perekonomian negara amnya.
“Dalam kita meniti arus zaman silih
berganti, pelbagai kemajuan dan pem-
bangunan tetap dinikmati, namun me-
martabatkan segalawarisan kebudayaan
itu adalah tanggungjawab bersama.
Kalau bukan kita yang mempertahan-
kannya dan melestarikannya, lalu siapa
lagi?,” tegasnya dengan nada penuh
harapan semasa mengakhiri sesi temu
bual bersama
Media Permata
, baru-baru
ini.
Hajah Nooraidah menunjukkan sebahagian
daripada koleksi kain tenunan dihasilkan
perusahaannya.




