Jumaat, 2 Oktober 2020
16
(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah,
Selawat dan salam ke atas Rasulullah, keluarga,
sahabat dan para pengikut Baginda)
Disediakan oleh Jabatan Mufti Kerajaan
SIRI DUA
Akibat dan balasan perbuatan
memperdaya
Sekalipun terdapat undang-undang
yang mencegah penipuan dalam uru-
san jual-beli, namun sesekali masih
kedengaran kejadian demikian ber-
laku. Dari segi syarak, perbuatan me-
nipu, memperdaya, menyembunyikan
‘aib atau kekurangan barangan, curang
dalam sukatan dan timbangan adalah
perbuatan derhaka dan mengakibatkan
dosa. Perbuatan sedemikian hendaklah
dijauhi oleh orang Islam supaya berkat
dan selesa hidup seseorang itu pada di-
rinya, ahli rumahnya, anak-anaknya dan
lainnya.
Rasulullah memberi peringatan
kepada peniaga-peniaga dalam sabda
Baginda yang maksudnya:
“Sesungguhnya para peniaga adalah
orang-orang yang melakukan dosa. Para
sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah,
tidakkah Allah telah menghalalkan jual
beli?”
Rasulullah menjawab: “Ya betul!
Akan tetapi mereka bercakap namun
mereka juga berbohong, dan mereka
bersumpah akibatnya mereka juga
berdosa”. (Hadis riwayat Ahmad)
Dalam sebuah hadis yang lain
daripada Abu Qatadah al-Anshariy r.a.,
Baginda bersabda yang maksudnya:
“Awas, jangan banyak bersumpah
dalam berjual beli, sesungguhnya ia
memang melariskan tetapi kemudian
menghilangkan berkat”.
(Hadis riwayat Muslim)
Secara umum, antara maksud
berlaku jujur dalam urusan jual-beli itu
merangkumi:
Peniaga yang tidakmenyembunyikan
apa-apakekuranganataukerosakanpada
barang jualannya. Jika disembunyikan,
maka perbuatan sedemikian boleh
dianggap sebagai suatu penipuan
kepada pembeli. Balasan atau akibat
daripada perbuatan menyembunyikan
‘aib barangan antaranya disebutkan
dalam hadis yang diriwayatkan daripada
AbuHurairahr.a.bahawaRasulullahlaludi
hadapan satu longgokan makanan yang
dikumpulkan, lalu Nabi memasukkan
tangan Baginda ke dalam longgokan
tersebut dan Baginda mendapati jari-jari
Baginda basah. Baginda lalu bertanya
yang maksudnya:
“Apakah
ini
wahai
pemilik
makanan?”
Diamenjawab: “Telah (basah) terkena
air hujan wahai Rasulullah!”
Baginda bersabda: “Kenapa tidak
kamu letakkan saja yang basah itu di
atas longgokan makanan supaya orang
ramai dapat melihatnya? Sesiapa yang
menipu (memperdaya), maka dia bukan
daripada (golongan) ku.” (Hadis riwayat
Muslim)
Dalam sebuah hadis yang lain pula,
daripada Watsilah bin al-Asqa‘ r.a., dia
mendengar Rasulullah bersabda yang
maksudnya:
“Barangsiapa menjual (suatu) yang
‘aib tanpa memaklumkannya, tidak lepas
(sentiasa) dia dalam kebencian Allah dan
tidak lepas (sentiasa) malaikat melaknat-
nya.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Peniaga yang tidak curangpada suka-
tan dan timbangan, iaitu mengurangkan
timbangan atau sukatan ketika menjual
tetapi meminta dilebihkan ketika dia
membeli. Perbuatan ini juga adalah
suatu bentuk penipuan dalam jual-beli.
Ini kerana perbuatan mengurangi tim-
bangan itu bermakna mengurangi hak
manusia dan perkara ini adalah dilarang.
Firman Allah yang tafsirnya:
“Danwahaikaumku!Sempurnakanlah
sukatan dan timbangan dengan adil, dan
janganlahkamukurangkanmanusiaakan
benda-benda yang menjadi haknya, dan
janganlah kamu merebakkan bencana
kerosakan di muka bumi.” (Surah Hud:
85)
Dalam al-Qur’an, Allah menceritakan
bahawa Nabi Syu‘aib apabila diutus
kepada kaumnya penduduk negeri
Madyan, Nabi Syu‘aib bukan sahaja
diperintahkan untuk menyeru mereka
kepada tauhid; bahkan juga menyeru
mereka agar menyempurnakan sukatan
dan timbangan. Firman Allah Ta‘ala yang
tafsirnya:
“Dan kepada penduduk Madyan
(Kami utuskan) saudara mereka Nabi
Syu‘aib. Dia berkata: “Wahai kaumku,
sembahlah kamu akan Allah, (sebe-
narnya) tiada Tuhan bagi kamu selain
daripadaNya. Sesungguhnya telah da-
tang kepada kamu keterangan yang
nyata dari Tuhan kamu. Oleh itu, sem-
purnakanlah sukatan dan timbangan,
dan janganlah kamu kurangkan bagi
manusia akan benda-benda dan perka-
ra-perkara yang menjadi haknya; dan
janganlah kamu berbuat kerosakan di
muka bumi sesudah Allah menjadikan-
nya (ma‘mur teratur) dengan sebaik-bai-
knya. Yang demikian itu lebih baik bagi
kamu jika betul kamu orang-orang yang
beriman.” (Surah al-A‘raf: 85)
Selain itu, diriwayatkan daripada
Ibnu ‘Abbas r.a., Baginda Rasulullah
mendapati penduduk Madinah tergo-
long antara orang yang berkelakuan
buruk dalam sukatan. Apabila mereka
membeli daripada peniaga lain, mer-
eka meminta supaya disukat dan dit-
imbang dengan betul dan sahih, tetapi
bila mereka menjual pula, mereka akan
mengurangkan timbangan dan sukatan
daripada yang sepatutnya. Lalu Allah
menurunkan ayat di atas dan setelah itu
mereka pun memperbaiki cara mereka
melakukan sukatan.
Antarabalasanbagimerekayangcuai
(dengan sengaja) dalam sukatan dan
timbangan ialah mendapat kecelakaan,
iaitu azab yang amat pedih di akhirat
kelak, menjadi punca turunnya bala
sepertimana Allah telah membinasakan
dan melenyapkan kaum Nabi Syu‘aib
kerana perbuatan mereka menipu orang
ramai dalam perkara timbangan dan
sukatan, terkeluar daripada golongan
umat Nabi Muhammad dan dihapuskan
keberkatan.
Berhati-hati dalam jual beli
Dalam perbualan seharian, kita ser-
ingkali mendengar seseorang menge-
luh apabila mendapati dirinya diper-
daya dalam urusan jual-beli yang pada
kebiasaannya hanya disedari setelah
berlalu urusan tersebut beberapa keti-
ka. Situasi ini juga sering berlaku pada
barangan yang cepat berubah, umpa-
manya barangan dapur seperti sayur-
sayuran, udang dan ikan yang basah
CIRICIRI PENIAGAMUSLIM
atau segar berubah menjadi busuk
dan seumpamanya. Dalam perkara ini,
apakah perkara yang perlu diambil
perhatian oleh kedua-dua pihak, iaitu
penjual dan pembeli agar tidak berlaku
tuduh-menuduh?
Dalam perkara jual-beli sesuatu
benda, khususnya yang cepat berubah-
ubah seumpama udang segar atau
basah, maka dalam keadaannya yang
sedemikian itu dinasihatkan agar
pembeli hendaklah memeriksa betul-
betul akan kesegaran udang tersebut
supaya dia tidak menyesal. Bagi pihak
penjual pula, dia hendaklah melihatkan
keadaan udang yang dijualnya itu
kepada pembeli, sama ada segar atau
sebaliknya.
Perbuatan
sedemikian
sangat bertepatan dengan hukum
syarak kerana antara syarat sah jual-beli,
benda yang dibeli itu hendaklah dilihat
pada waktu berlaku jual-beli.
Selain itu, perlu juga diberi perha-
tian bahawa cara dan tempat meny-
impan barangan tersebut hendaklah
bersesuaian. Ini kerana dari mula mem-
beli udang tersebut sehingga sampai
ke rumah jika ia diletak atau disimpan
di bahagian belakang kenderaan yang
tidak bersesuaian umpamanya, maka
perkara ini mungkin boleh menyebab-
kan udang tersebut cepat berubah.
Oleh itu, berhati-hati pada membeli ba-
rang adalah dituntut dalam Islam, teru-
tama sekali pada barang yang mudah
berubah, supaya tidak menyesal dan
membuat sebarang tuduhan terhadap
penjual dan sebagainya.
Menghindari tipu daya dalam jual-beli
Sebagai pengguna atau pembeli,
mengambil langkah berhati-hati di
samping mengetahui perkara-perkara
penting dalam urusan jual-beli adalah
suatu amalan yang bijak. Namun jika
seseorang itu masih merasa takut
diperdaya dan seumpamanya, maka
berikut dibawakan beberapa amalan
yangbolehdiamalkanagar terhindar dari
perkara yang tidak diingini. Antaranya
seperti yang Rasulullah telah ajarkan
apabila seorang sahabat mengadu
kepada Baginda bahawa dia kena tipu
dalam jual-beli, lalu Rasulullah berpesan
kepadanya:
“Apabila kamu membeli, maka kamu
kata: ‘tiada tipu-daya’ (iaitu dengan kata-
kata yang manis).”
Selain itu bagi menjauhkan diri dari
tipu-daya dalam urusan jual-beli, per-
janjian, kontrak dan sebagainya, ulama
menyarankan kepada kita untuk selalu
membaca ayat ke 44 daripada Surah
Ghair, irman Allah yang tafsirnya:
“…dan aku sentiasa menyerahkan
urusanku bulat-bulat kepada Allah
(untuk memeliharaku); sesungguhnya
Allah Maha Melihat akan keadaan
hamba-hambaNya.” (Surah Ghair: 44)
Kenapa
kita
disuruh
untuk
menyerahkan urusan kepada Allah? Ini
kerana Allah Yang Maha Mulia melihat
perkara hambaNya. Allah Ta‘ala akan
menolongorangyangselaluberdamping
dan menyerahkan perkara kepada Allah
sebagaimana irmanNya dalam surah
Ghair ayat 45 yang tafsirnya:
“(Dengan
keikhlasannya
dan
penyerahan dirinya kepada Allah), maka
dia diselamatkan oleh Allah dari angkara
tipu-daya mereka…” (Surah Ghair: 45)
Dalam ayat ini, Allah berjanji kepada
orang yang berserah kepadaNya dan se-
lalu membaca ayat ke 44 daripada surah
Ghair itu, bahawa dia akan dilindungi
oleh Allah Ta‘ala dari segala kejahatan,
sama ada dalam jual-beli, perjanjian,
kontrak dan lain-lain hal ehwalnya dari
kejahatan tipu daya manusia.
Sebagai kesimpulan, dalam mencari
keuntungan atau laba dari mana-
mana mata pencarian, kejujuran yang
antaranya menjadi punca mendapat
keberkatan itu sangat penting dan
diutamakan. Keberkatan sesuatu rezeki
itu akan memberi kesan langsung pada
diri, ahli keluarga dan kepada sesiapa
saja hasil itu bakal dibelanjakan.
Menurut hadis Rasulullah antara
punca pendapatan yang terbaik itu ialah
dengan cara berniaga. Bagaimanapun,
untukmencapai kedudukansepertimana
yang dimaksudkan dalam hadis
tersebut, perlu ada pada diri peniaga
ciri-ciri dan akhlak sebagaimana yang
telah diperincikan. Selain itu, sebelum
melangkah jauh lagi dalam bidang
perniagaan, terlebih dahulu adalah
menjadi fardhu ‘ain ke atasnya untuk
mengetahui ilmu iqh, agar menjadi
landasan baginya dalam urusan jual-beli
dan untuk mendapatkan kedudukan
yang tinggi seperti yang disebutkan
dalam hadis Rasulullah.
Dari segi syarak, perbuatan menipu, memperdaya, menyembunyikan ‘aib atau kekurangan
barangan, curang dalam sukatan dan timbangan adalah perbuatan derhaka danmengakibatkan
dosa. - Agensi




