Jumaat, 2 Oktober 2020
17
Menjadi anak kepada pemilik sebuah
syarikat per ileman dan penerbit Datuk
Normashayu Puteh atau Ayu Puteh
tidak memberi kelebihan kepada
pelakon Wanna Ali untuk berada
dalam industri seni.
Ujar Wanna atau Nor Syazwana
Mohd Ali, 23, dia mahu mengelak
dikenali sebagai anak penerbit kerana
menyedari ada segelintir pihak yang
mahu mengambil kesempatan untuk
mendapatkan ‘job’ daripadanya.
“Kalau pergi mana-mana, saya tak
suka orang tahu yang ibu saya seorang
penerbit.
“Sebab sesetengah orang dalam
industri ini macam
fake
.
“Apabila dia tahu ibu kita seorang
penerbit mula la cuba nak ambil
Penyanyi Selena Gomez mengakui dia
pernah berasa tidak yakin dengan kesan
parut yang ada di tubuhnya selepas
menjalani pembedahan pemindahan
buah pinggang sekitar September 2017.
Menerusi
Selena
memberitahu dia berusaha untuk
menutupi kesan parut tersebut kerana
tidak mahu ia kelihatan di dalam
fotonya.
Bagaimanapun, penyanyi lagu
Ice
Cream
itu kini semakin yakin dengan
dirinya dan berasa bangga dengan
pengalaman yang dilaluinya itu.
“Selepas saya menjalani pemindahan
buah pinggang, saya masih ingat lagi
ia sangat sukar. Pada mulanya saya tak
mahu menunjukkan parut. Saya tidak
mahu ia nampak dalam foto, jadi saya
akan pakai apa saja untuk sorok.
“Tapi sekarang saya rasa lebih
yakin dengan diri sendiri dan apa yang
telah saya lalui... saya berasa sangat
berbangga dengannya,” katanya.
Sekitar September 2017, Selena
mendedahkan dia telah menerima
sumbangan buah pinggang daripada
sahabatnya iaitu Francia Raisa.
Selena yang mengalami radang buah
pinggang berkata, dia amat menghargai
jasa Raisa yang sanggup berkorban
untuknya demi perkara itu. – Agensi
PEMINAT
NANTIKAN ALBUM
TERBAHARU BTS
BTS akan melancarkan album terbaharu mereka berjudul BE bulan depan. – Agensi
Kumpulan KPop terkenal iaitu BTS
membuatkan peminatnya tidak keruan
menantikanpelancaranalbumterbaharu
mereka berjudul
BE
.
Memetik
laporan
Soompi,
BTS menerusi akaun Twitter dan
aplikasi Weverse mengumumkan album
terbaharu mereka itu akan dilancarkan
secara rasmi pada 20 November
depan.
Menerusi vlog sepanjang tahun,
album itu jugamenampilkanpenglibatan
secara langsung daripada anggota
BTS bukan sahaja dalam pembikinan
muzik tetapi juga daripada segi konsep,
komposisi dan reka bentuk.
Malah album
BE
itu juga telah
dilancarkan secara edisi deluxe dan
peminat boleh membuat tempahan
sejak Isnin lalu. Peminat kumpulan yang
popular menerusi lagu
Boy With Luv
ini
meluahkan rasa teruja dan tidak sabar
untuk mendapatkan album tersebut.
– Agensi
Farah Nabilah mula
ceburi bidang perniagaan
FarahNabilahmendedahkan status sebagai
seorang isteri dan bakal ibu menjadi salah
satu penyebab dia mula menceburi bidang
perniagaan. – Agensi
Berbaki empat minggu sebelum
dijangka melahirkan cahaya mata
pertama, pelakon Farah Nabilah tetap
gigih menguruskan perniagaannya.
Menurut
Farah
atau
nama
sebenarnya Farah Nabilah Saipuddin,
28, status sebagai seorang isteri
dan bakal ibu menjadi salah satu
penyebab dia mula menceburi bidang
perniagaan.
Biarpun kini seronok menguruskan
perniagaan tersebut namun pelakon
yangmuladikenalimenerusi drama
Cik
Reen & Encik Ngok Ngek
itu tetap akan
meneruskan kariernya dalam bidang
lakonan.
“Apabila dah kahwin ini, banyak
perkara perlu dihadkan dan syukur
rezeki dikurniakan anak pun datang
awal. “Lagipun sebagai seorang isteri,
tanggungjawab banyak dekat rumah.
Tak boleh tinggalkan keluarga. Sebab
itu saya ikir, lebihbaik saya upgadediri
saya dan lakukan sesuatu sebab
daripada dulu hanya berlakon saja.
“Saya seorang yangmementingkan
keluarga... jadi kalau boleh saya
nak duduk rumah dan buat bisnes.
Sekurang-kurangnya apabila ada
perniagaan sendiri, sayabolehuruskan
dari rumah juga.
“Kalau berlakon pun mungkin saya
akan pilih tele ilem atau drama yang
bersesuaian tapi apa pun saya tetap
akan cuba bahagikan sama rata antara
dunia lakonan dan perniagaan,” kata
Farah kepada wartawan.
Pada Jun lalu, Farah berkongsi
berita gembira bahawa dia sedang
hamil lima bulan dan berasa teruja
untuk menantikan kelahiran cahaya
mata pertama.
Menerusi laporan media pada
10 Jun lalu, Farah berkata dia tidak
mengalami sebarang alahan yang
teruk sepanjang tempoh awal
trismester pertama.
Dalampada itu, Farahmemberitahu
dia dan suaminya iaitu Mohammed
Amirul Yunus mahu menjadikan
jantina bayi sulung mereka sebagai
satu kejutan.
Farah mendirikan rumah tangga
dengan Amirul yang merupakan ju-
ruterbang sebuah syarikat penerban-
gan terkenal pada 20 Disember tahun
lalu. – Agensi
Wanna Ali sedar ada pihak cuba
ambil kesempatan
Wanna Ali mendedahkan bahawa ada
pihak akan tiba-tiba baik dengannya untuk
mengambil kesempatan dapatkan peluang
berlakon disebabkan ibunya seorang
penerbit. – Agensi
kesempatan sebab nak
job
. Saya
sedar ada pihak yang akan tiba-tiba
baik dengan saya sebab tahu saya ini
anak penerbit.
“Sebab itu saya tak mahu terlalu
berkongsi mengenai keluarga kepada
umum. Kalau ada yang tahu, tahu lah,”
kata Wanna kepada wartawan.
Pelakon ilem
Ada Apa Dengan
Dos
a itu ditemui di karnival makan
Havoc 3.0 yang diadakan di Stadium
Shah Alam, Selangor baru-baru ini.
Dalampada ituberkongsimengenai
kehidupan peribadi, Wanna yang juga
seorang penyanyi mengakui dia sudah
berpisah dengan bekas kekasih ketika
dalam tempoh Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP).
Bagaimanapun Wanna memberi-
tahu dia kini tidak mahu memikirkan
soal cinta kerana keutamaannya han-
ya kepada kerjaya seni.
“Saya pun baru saja putus cinta
masa dalam tempoh PKP.
“Punca berpisah itu bukan sebab
orang ketiga tapi kami masing-masing
berhak untuk dapatkan orang yang
lebih baik.
“Jadi sekarang saya masih sin-
gle dan ada juga berkawan cuma
masih dalam proses mengenali satu
sama lain.
“Sebenarnya saya tak naklah terlalu
fokus soal bercinta.
“Nak beri tumpuan kepada kerjaya
seni saya dan kalau jumpa seseorang
yang ditakdirkan jodoh, nak terus
kahwin saja. Tak nak bercinta,” ujarnya.
– Agensi
Selena Gomez lebih yakin
tayang parut pemindahan
buah pinggang
SelenaGomezmendedahkandiatelahmenerimasumbanganbuahpinggangdaripadasahabatnya
iaitu Francia Raisa. – Agensi




