Jumaat, 2 Oktober 2020
19
Jumaat, 2 Oktober 2020
19
ALAT PENGHAWA DINGIN/
PETI SEJUK
PERKHIDMATAN PEMBAIKAN
PAIP/ELEKTRIK
LEEMOI SERVICE & REPAIR
Aircon,
Icebox,
Freezer,
W.Machine, Repair, Wiring, Hse
to Hse. 8910790
PLUMBING, HOUSE RENOVA
TION,
Electric, Roof Leaking,
Welding,
Aluminium,
Toilet
Block. 8885975/ 7155975
PLUMBING
TOILET
&
KITCHEN
block,
electric,
welding, painting, tiling, repair
work. Tel: 8678970
PLUMBING,
ELECTRICAL,
TOILET,
Kitchen
Block,
w/Heater. w/pump repair. Call
8867221/ 7257846
BERKHEMAH SAMBIL MENGINGATI
NOSTALGIA ZAMAN SILAM
LEIPZIG
Sudah tiga dekad sejak penyatuan
semula Jerman, tetapi peminat perkhemahan
dari bekas Timur Jerman sering meraikannya
dua kali setahun untuk menghidupkan
kembali masa lalu dan melupakan zaman-
zaman yang telah berubah
Sebahagian besar daripada 150 buah
keluarga berhimpun di sebuah tasik di
pinggir bandar timur Leipzig, perjumpaan
dua tahun itu bukan mengenai kapitalisme
atau komunisme di antara Timur atau Barat,
tetapi tentang menikmati sedikit nostalgia
di antara rakan-rakan yang mengongsikan
bersama pengalaman mereka.
Pertemuan musim luruh sebelum ini
dibatalkan kerana wabak COVID19, tetapi
sekitar 75 buah keluarga tegar perkhemahan
itu membuat penyatuan semula secara
persendirian untuk memelihara tradisi yang
bermula pada tahun 2003.
Tiba di tasik Auensee seperti melangkah
ke mesin masa. Kereta Trabant dan Wartburg,
Timur Jerman sudah lama berhenti, berada di
tempat letak kereta di tepi treler perkhemah-
an lama QEK dan Brilliant. Pemiliknya bersiar-
siar dan berbual tentang cerita silam.
“Bagi saya, ini adalah ungkapan
kegembiraan, ungkapan solidariti, ekspresi
tradisi, dan juga rasa terima kasih, kerana
apa yang kita miliki di sini dan apa yang
kita suka lakukan dan menghabiskan waktu
bersama-sama di wilayah ini,” menurut
seorang perunding perniagaan Karel, Gerolt,
69 kepada
The Associated Press.
Dilahirkan di kota Ostrava pada masa
itu sebagai warga Czechoslovakia, Gerolt
berpindah ke kota Dresden di Timur Jerman
pada tahun 1975.
Dia dan isterinya, Beate, kedua-duanya
minat berkhemah, bermula dengan khemah
biasa kepada perkhemahan dengan
treler Brilliant setelah anak-anak mereka
dilahirkan.
Pasangan itumula berkhemah di Hungary
pada tahun 1989 ketika kerajaan Hungary
mulai membuka pagar elektrik di sempadan
dengan Austria, pembukaan pagar itu yang
akhirnya membenarkan orang Timur Jerman
melangkah ke Barat.
Berdepan dilema meninggalkan rakan-
rakan, anak-anak dan seluruh kehidupan
mereka, Gerolt dan isterinya mengambil
keputusan tinggal di Timur Jerman dan
yakin mereka membuat keputusan yang
tepat: Tembok Berlin akhirnya runtuh hanya
beberapa bulan kemudian.
“Saya akan mengatakan bahawa saya
melakukan semuanya dengan betul,” kata
Gerolt. “Cara saya pergi, kita pergi, adalah
cara yang tepat. Seseorang selalu belajar.”
Tumpuan Gerolt pada tahun-tahun
pertama setelah penyatuan kembali Jerman
adalah menyesuaikan diri dengan negara
baharu bersama keluarganya dan dia tidak
mempunyai banyak masa untuk melakukan
hobi lama.
Tetapi dia akhirnya merasa tenang dan
pada tahun 2005 kembali ke jalan dengan
khemah ditarik di belakang keretanya, men-
jadi muka biasa di perhimpunan Auensee.
Peserta baharu perkhemahan Kerstin
Ade, 61, merupakan peminat perkhemahan
dari bandar Sebnitz.
Dia dan pasangannya membeli treler QEK
Aero terpakai pada tahun 2015 danmenikma-
ti nostalgia lawatan ke Auensee. Ade dengan
teliti melengkapkan trelernya dengan pera-
bot dan linen asli dari Timur Jerman.
“Bagi saya, ini masih seperti berada di
kawasan Timur di sini,” katanya. “Kami harus
mengenali dan memahami orang-orang di
sini dan kami bertemu dua kali setahun.”
Rene Grunert yang berusia 13 tahun ketika
Tembok Berlin runtuh.
Penduduk bandar Plauen di negeri
Saxony mengatakan berkhemah dua kali
setahun pada hujung minggu adalah cara
untuk mengetahui lebih lanjut mengenai
bekas Timur Jerman.
“Secara keseluruhan, seseorang tidak
begitu menyedari sudah tiga puluh tahun
berlalu dan anda bertanya pada diri sendiri,
“Sudah 30 tahun?” kata Grunert, yang hari
ini menjalankan perniagaan berkebun yang
berjaya. Itu sangat menarik.” - AP
Kerstin Ade bergambar di depan perkhemahan bersejarah dan bekas keretaWartburg
Timur Jerman, semasa pertemuan perkhemahan di Leipzig, Jerman. Sudah tiga dekad
sejak penyatuan semula Jerman, tetapi dua kali setahun peminat perkhemahan dari
timur berkhemah menghidupkan masa lalu. – AP
Juergen Thrun dan Dorit Bock duduk di hadapan perkhemahan di Leipzig, Jerman. Mengingati dan
menghidupkan semula kenangan masa lalu bersama. - AP
Karel Gerolt bergambar dengan kereta Tatra dan
trelernya yang banyak kenangan bersejarah. - AP




