Jumaat, 2 Oktober 2020
21
GEORGE TOWN –
Mengimbau kembali
sejarah Perang Dunia Kedua (WWII),
ia mampu membangkitkan pelbagai
peristiwa pahit yang pernah menimpa
sebahagian penduduk dunia terutama
di negara yang dijajah dan terkesan
dengan kemusnahan akibat perang.
Begitu jugalah di Pulau Pinang
tidak terkecuali daripada menyaksikan
semua itu. Pulau Mutiara ini, yang
dahulunya sebahagian daripada negeri
Kedah menjadi penempatan British
yang pertama di semenanjung kerana
kedudukannya yang strategik untuk
menjalankan aktiviti perdagangan serta
menjadi kubu pertahanan regim British
ketika Perang Dunia Kedua.
Menurut Pengasas Muzium Perang
Pulau Pinang Johari Sha ie, kawasan
muzium yang terletak di lereng bukit
di Batu Maung adalah bekas kubu
pertahanan tentera British ketika
menakluki Tanah Melayu dengan
mempunyai pemandangan laut seluas
320 darjah.
Dibina pada tahun 1930, kubu itu
siap sepenuhnya pada sembilan tahun
kemudian
dengan
menggunakan
tenaga banduan yang dihukum mati
dari negara-negara jajahan takluk pihak
British.
Katanya, pengerahan banduan-
banduan akhir digunakan sebagai
salah satu taktik tentera British untuk
memastikan pembinaan kubu itu kekal
sebagai rahsia.
“Kubu pertahanan yang menelan
belanja £40 juta pound ketika itu
kemudiannya telah diambil alih oleh
tentera Jepun yang diketuai oleh Jeneral
Tomoyuki Yamashita pada 16 Disember
1941, setelah lapan hari tentera Jepun
masuk ke Tanah Melayu dengan menaiki
basikal melalui Thailand.
“Pihak Jepun memang sasar untuk
ambil alihkubu ini kerana ketika ituBritish
mempunyai dua buah meriam yang
dibawa khas dari Arsenal berdiameter
15 inci dengan kepanjangan 40 kaki…
senjata itu boleh ditembak sejauh 36
kilometer,” katanya kepada media.
Tapak terbiar
Johari berkata beliau menemui tapak
kubu itu pada tahun 1986 sewaktu
bekerja sebagai pegawai di Lembaga
Penggalakkan Pelancongan Malaysia
(kini dikenali sebagai Tourism Malaysia)
MUZIUMPERANG PULAU PINANG
SAKSI PENDERITAANWWII
KIRI:MuziumPerangPulauPinangyangterletakdi lerengbukitdi BatuMaung
adalahbekaskubupertahanan tenteraBritishketikamenakluki TanahMelayu
dengan mempunyai pemandangan laut seluas 320 darjah. – Bernama
ATAS: Seorang lelaki tidakmelepaskanpeluangmerakamkangambar semasa
berada di dalam kubu bawah tanah Perang Dunia Kedua, yang kini dikenali
sebagai MuziumPerang di Batu Maung. – Bernama
Seorang lelaki melihat keadaan bangunan-bangunan yang dijadikan kubu pertahanan Perang
Dunia Kedua, yang kini dikenali sebagai MuziumPerang di Batu Maung. – Bernama
Wilayah Utara dan tapak itu terbiar
setelah pengunduran Tentera Jepun
dari Tanah Melayu pada 1945.
Jelasnya,
kerana
minat
yang
mendalam terhadap sejarah dan warisan
negara, beliau mengambil keputusan
untuk ‘mengubah’ tapak kubu terbiar
itu kepada muzium dan seterusnya
menyatakan hasrat itu kepada kerajaan
persekutuan untuk menjadikan tapak itu
sebagai produk warisan Perang Dunia
Kedua dalam bentuk muzium.
“Bagaimanapunusaha itu tergendala,
namun saya tidak berputus asa. Saya
kemudian
memperbaharui
kertas-
kertas kerja dan membuat permohonan
baharu kepada kerajaan persekutuan
dan negeri untuk mewujudkan sebuah
muzium perang di Pulau Pinang.
“Setelah tujuh tahun berhempas
pulas, akhirnya pada 30 Mac 2002
saya mendapat kebenaran untuk
membangun, membina dan mengurus
sebuah muzium perang di negeri ini.
“Saya menggunakan dana peribadi
daripadasyarikatsayadankeluargauntuk
membangunkan muzium perang ini.
Pada permulaan, saya membelanjakan
RM5 juta dan secara keseluruhannya
ia menelan belanja RM22 juta secara
berperingkat,” katanya.
Tambah Johari, beliau mengambil
masa selama beberapa tahun untuk
membersihkan tanah seluas 7.83 hektar
(19.36 ekar) itu yang telah terbiar
lebih 60 tahun yang dipenuhi dengan
jerangkap samar dan hutan belukar.
Kisah di sebalik muzium perang Pulau
Pinang
Selain itu, penerokaan kubu lama itu
telah merungkai sebuah kisah bahawa
askar berketurunan Melayu adalah juga
antara askar profesional dan pakar
dalam mengendalikan senjata ketika
zaman penjajahan British.
Diceritakan sendiri oleh veteran
askar barisan hadapan tentera British
ketika itu James Tait dan Bob Smith,
Johari berkata terdapat berek askar yang
menempatkan askar-askar berketurunan
Melayu
yang
bertanggungjawab
mengendalikan senjata berat bagi
pihak British ketika itu. Antara fakta
yang masih tidak diketahui oleh orang
awam adalah alat anti radar dan
komunikasi yang digunakan ketika
pendudukan British masih berfungsi
sehingga kini.
Misteri yang tersemadi
Bunyi derapan kaki berkawad, bau
seakan wangian dan kadang kala seakan
bau minyak tanah serta penampakan
lembaga misteri antara kisah mistik
yang sering diutarakan oleh pekerja,
pengusaha malah pengunjung Muzium
Perang Pulau Pinang.
Johari berkata sewaktu kerja-kerja
pembersihan dilakukan, beliaumenemui
5,000 pucuk senapang yang digunakan
oleh tentera Jepun setelah menakluki
Tanah Melayu, senjata-senjata tajam,
kelongsong peluru, tulang-tulang ma-
nusia, terowong bawah tanah, menara
tinjau, berek dan lokap, selain bangunan
kubu yang telah ditimbus.
Setelah diambil alih oleh tentera
Jepun, tempat itu kemudiannya men-
jadi saksi kepada segala kekejaman ten-
tera Jepun sepanjang menjajah Tanah
Melayu ketika itu.
Sejak
mengambil
alih
kubu
pertahanan itu, ia dijadikan tempat
menyeksa, membunuh serta transit
kepada tahanan perang sebelum
dihantar ke Kanchanaburi, Thailand
membantu menyiapkan landasan kereta
api maut.
“Jeneral Yamashita telah mengarah-
kan tahanan perang yang dibawa secara
berperingkat dari China, Indo-China,
selatan Thailand dan Tanah Melayu
untuk diproses berdasarkan saiz, jan-
tina dan kepakaran bukan sahaja ke
Kanchanaburi malah ada juga yang di-
jadikan buruh paksa di lokasi jajahan
Jepun dan kamikaze.
“Kubu pertahanan itu yang kini
dikenali sebagai Muzium Perang
Pulau Pinang menjadi saksi kepada
pertumpahan darah, air mata serta
derita penyeksaan nenek moyang kita
suatu ketika dahulu. Tahanan perang
ketika penjajahan Jepun tanpa belas
kasihan dirogol, diseksa dan dibunuh di
situ,” jelas Johari.
Bangunan jana kuasa yang dibina
oleh tentera British di dalam kubu
itu telah digunakan sebagai bilik
penyeksaan dan sehingga kini mampu
membangkitkan perasaan seram dalam
kalangan pengunjung dan dikhabarkan
bau seakan minyak tanah itu datang
dari kamar itu. Tulang-tulang yang
dijumpai di kawasan muzium yang
berkemungkinan kepunyaan tahanan
perang dan mangsa bunuh mahupun
askar Jepun sendiri telah ditanam oleh
Johari di sebuah tempat rahsia sebelum
membuka kawasan itu kepada orang
ramai. - Bernama




