22
Jumaat, 2 Oktober 2020
MILAN, 1 OKT
– Penyerang Norway,
Jens Petter Hauge semalam telah
menandatangani kontrak lima tahun
dengani AC Milan, seminggu setelah
menjaringkan gol menentang kelab
Itali itu di Liga Europa.
Pemain berusia 20 tahun itu
menjaringkan gol kedua FK Bodo
dalamperlawanan kekalahanpusingan
kelayakan 32 oleh Milan di San Siro.
“AC
Milan
mengumumkan
penandatanganan Jens Petter Hauge
dari FK Bodo atau Glimt dalam
perjanjian tetap,” kata kelab itu.
“Penyerang Norway itu telah
menandatangani kontrak dengan
Rossoneri hingga 30 Jun 2025.”
Perjanjian itu dilaporkan bernilai lima
juta euro (AS$5.8 juta).
Pemenang tujuh kali Liga Juara-
Juara itu telah melanjutkan kontrak
bintang Sweden, Zlatan Ibrahimovic,
yang berusia 39 tahun pada Sabtu lalu,
untuk satu musim. Tetapi kedatangan
Hauge adalah sebahagian daripada
usaha kelab untuk membawa bakat
baharu kerana mereka menyasarkan
kembali ke pertandingan elit Eropah
untuk pertama kalinya sejak musim
20132014. – AFP
CITIZENS, UNITEDMARA KE
SUKU AKHIR PIALA EFL
LONDON, 1 OKT
– Pep Guardiola
mengakui amat penting untuk men-
jaga gawang dari dibolosi ketika juara
bertahan Piala Liga (EFL), Manchester
City kembali dengan kemenangan
30 menentang Burnley, sementara
Manchester United juga menyertai mer-
eka untuk mara ke suku akhir Piala Liga
setelah berjaya menewaskan Brighton
30 semalam.
Pasukan Guardiola mengalami keka-
lahan teruk di Liga Perdana Inggeris
(EPL) pada perlawanan Ahad lalu ketika
menentang Leicester, yang merupakan
kekalahan memalukan 52 untuk City.
Persembahan yang hebat dari
Raheem Sterling di Stadium Turf Moor
memastikan mereka melupakan rasa
pahit dari kekalahan itu dan penyerang
Sepanyol, Ferran Torres, yang baharu
sahaja menandatangani untuk menyer-
tai City dari Valencia, berjaya menemu-
kan gol ketiga buat City sebagai gol per-
tamanya untuk kelab.
“Adalah penting kami tidak dibolosi
dan pasukan bermain cukup baik pada
umumnya,” kata Guardiola.
“Apabila anda kalah dalam perlawa-
nan, yang paling penting untuk diberi
tumpuan ialah perlawanan berikutnya,
kerana jika anda kalah dalamperlawanan
ini, anda akan keluar.
“Kami masih jauh dari keputusan ter-
baik kerana kami tidak banyak berlatih.
Kami mempunyai banyak pemain yang
tidak dapat beraksi, enam daripadanya
telah dijangkiti COVID19 dan empat
lagi mengalami kecederaan.
“Tetapi selangkah demi selangkah
apabila kami memiliki skuad penuh,
kami akan menjadi lebih baik.
Kami berada di suku akhir pertandin-
gan ini sekali lagi, jadi ia cukup bagus.”
City telah menjuarai Piala Liga
sebanyak empat kali dalam lima musim
terakhir dan mereka tetap bertahan
untuk mengekalkan troi.
Pasukan Guardiola boleh menjaring-
kan gol lebih banyak tetapi penjaga gol
Burnley, Bailey Peacock-Farrell mem-
pamerkan persembahan yang cukup
bagus.
Sterling dan Kevin De Bruyne kedua-
duanya bermula sebagai pemain untuk
City yang kuat yang juga termasuk Riyad
Mahrez serta pemain tengah berusia 18
tahun Cole Palmer.
Sterling menjaringkan gol di minit
ke-10 dengan rembatan kencang dari
hantaran Benjamin Mendy.
Penyerang City itu menjaringkan gol
kedua di minit ke-49, melalui hantaran
Aksi Raheem Sterling ketika mengawal bola di perlawanan pusingan keempat Piala EFL antara
Burnley dan Manchester City di Stadium Turf Moor, Burnley, England, semalam. – AP
baik dari De Bruyne.
City menambah lagi jaringan pada
minit ke-65 melalui jaringan Torres yang
berusia 20 tahun. – AFP
Jaringan Gomez bantu
Atalanta benam Lazio
Aksi penyerang Atalanta, Alejandro Gomez (kanan) ketika membawa bola di depan pemain
pertahanan Lazio, Patric semasa perlawaanan Serie A antara Lazio dan Atalanta semalam di
StadiumOlimpik, Rom. – AFP
MILAN, 1 OKT
– Papu Gomez
menjaringkan dua gol tatkala Atalanta
berjaya membenam Lazio 41 di Rom
sementara saingan juara Serie A, Inter
Milan berjaya menundukkan Benevento
52 pada perlawanan semalam.
Dua perlawanan pembukaan musim
baharu yang telah dijadualkan telah di-
tangguhkan kerana kempen kejohanan
Eropah Atalanta dan Inter pada bulan
Ogos lalu. Kedua-dua pesaing utara itu
berjaya menunjukkan kekuatan mereka
sekali gus mempamerkan harapan seba-
gai pesaing kuat setelah Juventus me-
menangi gelaran Serie A ke-10 berturut-
turut, dengan pasukan juara bertahan
itu hanya mendapat keputusan seri di
Roma pada perlawanan Ahad lalu.
Atalanta dan Inter kini berada di
puncak liga Serie A, diikuti dengan
Napoli, Hellas Verona dan AC Milan
dengan masing-masing mengumpulkan
enam mata penuh selepas dua
perlawanan.
Juve hanya berjaya mengutip empat
mata sebelum mereka menjadi tuan ru-
mah menentang Napoli Ahad ini.
Atalanta berjaya mendahului per-
lawanan dengan menjaringkan tiga
gol pada separuh masa pertama den-
gan jaringan daripada Robin Gosens,
Hans Hateboer dan Gomez dan mereka
mengelakkan kesilapan musim lalu di
mana Lazio kembali bangkit menyama-
kan kedudukan seri 33.
“Kami semua tahu apa yang telah
terjadi sebelum ini dan kami membin-
cangkannya pada separuh masa,” kata
pemain pertahanan Belanda, Hateboer.
– AFP
ACMilan, Hauge meterai
kontrak lima juta euro
Madrid menang tipis, rindu
kreativiti Hazard
Reaksi penyerangRealMadrid, Vinicius Junior
(kanan) ketika meraikan jaringannya semasa
perlawanan antara Real Madrid menentang
Real Valladolid FC di Stadium Alfredo di
Stefano,Valdebebas, semalam. – AFP
MADRID, 1 OKT
– Real Madrid me-
rindukan kreativiti Eden Hazard
yang masih mengalami kecederaan
setelah Madrid hanya berjaya men-
jaringkan satu gol dari pemain gan-
tian, Vinicius Junior yang memberi-
kan mereka kemenangan 10 ke atas
Real Valladolid semalam.
Vinicius memanfaatkan peluang
hasil daripada beberapa kesilapan
yang dilakukan pemain pertahanan
Valladolid di dalam petak penalti.
“Kami tahu kami harus memper-
baiki diri dan kami akan melakukan-
nya,” kata Zinedine Zidane.
Jovic masih dibenarkan mening-
galkan kelab sebelum jendela perpin-
dahan ditutup pada Isnin ini dan dia
kelihatan kecewa kerana peluangnya
menjaringkan gol disia-siakan dan
terlepas kepada Vinicius untuk mem-
berikan kemenangan kedua buat
Madrid musim ini. Namun kekuran-
gangol disebabkan ketiadaanHazard
yang mengalami kecederaan otot di
kaki kanannya. – AFP




