Isnin, 5 Oktober 2020
13
LONDON, 4 OKT
– Perdana Menteri
Boris Johnson berkata hari ini baha-
wa Britain ‘boleh maju’ tanpa perjan-
jian perdagangan pasca Brexit dengan
Kesatuan Eropah (EU), sehari selepas
bersetuju untuk melanjutkan rundingan
dengan Brussels.
Johnson, yang mengadakan rundin-
gan berlarutan dalam persidangan vid-
eo semalam bersama ketua EU, Ursula
von der Leyen, memberitahu BBC beliau
percaya perjanjian ‘sudah ada untuk di-
meterai’ sebelum Britain meninggalkan
blok tersebut pada 2021.
Namun beliaumengingatkan bahawa
EUperlumemahami bahawakerajaannya
‘memandangseriusmengenai keperluan
mengawal undang-undang kami sendiri
dan peraturan kami sendiri,’ termasuk
dasar perikanannya. Britain secara
formal meninggalkan blok pada Januari
tetapi masih terikat kepada kebanyakan
peraturannya sehingga akhir tahun di
bawah syarat-syarat perpisahan Brexit.
Fasa peralihan dalam 11 bulan seka-
rang bertujuan membenarkan kedua-
dua pihak mencapai persetujuan men-
genai hubungan perniagaan masa
depan mereka selepas pengintegrasian
ekonomi dan politik selama lima dekad.
Bagaimanapun, sembilan rundingan
yang dijadualkan berakhir pada Jumaat
dengan kedua-dua pihak berkata ha-
langan besar kepada perjanjian masih
timbul, mendorong campur tangan dari
Johnson dan von der Leyen.
Kedua-dua pemimpin, yang kali
terakhir mengadakan rundingan Brexit
pada Jun, meminta perunding mereka
ROQUEBILLIERE,
PERANCIS,
4
OKT
– Sekurang-kurangnya dua maut
di Itali dan lapan hilang di Perancis
semalam selepas ribut, hujan lebat
dan banjir kilat melanda kawasan
sempadan, menghanyutkan jalan dan
rumah, memutuskan seluruh kampung
serta mencetuskan runtuhan tanah,
tatkala ratusan anggota menyelamat
berlumba untuk mencari mangsa
yang terkandas.
Hujan lebat sehingga 50 sentime-
ter (sm) dan angin kencang memba-
dai kawasan sempadan dalam taufan
terbaharu semenjak beberapa tahun
ini.
Taufan Alex yang melanda pantai
barat Perancis pada Khamis membawa
angin kencang dan hujan lebat di
seluruh negara sebelum bergerak
ke Itali, di mana rantau di utara
mengalami ribut semalam.
Beberapaperkampungandi selatan
bandar Nice mengalami kerosakan
teruk dan Datuk Bandar, Christian
Estrosi turut menyifatkan bencana
banjir terburuk di bandar itu.
Di utara Itali pula, beberapa jalan
dan jambatan dihanyutkan oleh banjir
manakala paras air di beberapa sungai
turut melimpah, lapor agensi berita
BBC
. – AFP
DAKAR, 4 OKT
– Sebuah pasar kayu
bersejarah di ibu negara Senegal
Dakar terbakar pada malam semalam,
dengan anggota bomba masih me-
madamkan sisa-sisa bangunan yang
masih membara pada pagi berikutnya,
menurut wartawan
AFP
.
Dinamakan Parc Lambaye, pasar
itu terletak dalam pusat bandar tepi
pantai, dan terkenal dengan hasil kayu
seperti jenambang pintu dan kabinet.
“Tidak adanya kematian dilapor-
kan, hanya kerosakan bahan,” kata se-
orang anggota bomba yang enggan
memberikan namanya.
Satu kebakaran besar meletus
lewat semalam dan berterusan
sepanjang malam, membakar seluruh
pasar, beritahu anggota bomba di
tempat kejadian kepada
AFP
hari ini.
Orang ramai di tempat kejadian
berkata mereka tidak tahu apa yang
telah mencetuskan kebakaran itu.
Pada pagi ini, anggota bomba
masih menggunakan hos air untuk
memadamkan sisa-sisa runtuhan di
tapak berkenaan.
Dakar ialah metropolis Afrika Barat
dengan kira-kira 3.5 juta penduduk, di
mana kebakaran di pasar tidak formal
itu merupakan kejadian yang berlaku
sekali-skala. – AFP
GENEVA, 4 OKT
– Penggodam yang
belum lagi dikenal pasti berjaya mencuri
bayaran gaji pekerja di beberapa
universiti Switzerland, kata pegawai hari
ini.
“Menurut maklumat kami, beberapa
sekolah tertinggi di Switzerland telah
terjejas,” beritahu Martina Weiss, ketua
pengarah kumpulan rektor universiti
awam Switzerland, kepada
AFP
.
Penggodam
menggunakan
maklumat yang diperoleh,memperdaya
seseorang individu untuk memberikan
butir-butirperibadimerekadanmelancar
serangan ke aatas sekurang-kurangnya
tiga buah universiti, termasuk Universiti
Basel.
Menurut akhbar
SonntagsZeitung
,
mereka mengakses sistem bayaran
universiti danmenukar arahanmengenai
pemindahan gaji, mencuri wang dalam
jumlah enam digit. – AFP
ANTANANARIVO, 4 OKT
– Presiden
Madagascar Andry Rajoelina melan-
carkan kapsul versi minuman herba
yang dianggapnya sebagai rawatan
dan penawar koronavirus.
‘Covid-Organics’ diperoleh dari
artemisia, sejenis tumbuhan dengan
khasiat anti-malaria, dan herba asli lain.
Kesan campuran herba itumasihbelum
diuji secara saintiik dan Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO) telah men-
geluarkan beberapa amaran terhadap
penggunaan dan pengagihannya.
“Hari ini kami memperkenalkan
kepada seluruh dunia kapsul yang
mengandungi ekstrak artemisia dan
ravintsara,
tumbuhan
tempatan
Malagasy, dengan khasiatnya diiktiraf
di seluruh dunia,” umum Rajoelina
pada majlis perasmian yang dianjur
oleh syarikat farmaseutikal tempatan
Pharmagalasy.
“Mereka yang bergelut untuk
meminum air seduhan kini boleh
mengambil kapsul CVO+ yang akan
dijual di seluruh dunia,” tambah be-
liau, bercakap di kilang Pharmagalasy
di luar ibu negara Antananarivo.
Pada pelancaran, wakil WHO
Charlotte Faty Ndiaye mengucap-
kan tahniah kepada presiden kerana
mengetuai ‘kempen memerangi pan-
demik global ini.’
Badan PBB baru-baru ini me-
nyokong garis panduan untuk mem-
bantu saintis menjalankan percubaan
ke atas penawar koronavirus herba.
– AFP
VIENNA, 4 OKT
– Dua pertiga daripada
sembilan juta rakyat Austriamengatakan
enggan menerima suntikan vaksin
jangkitan COVID19 jika ia sudah
tersedia, menurut tinjauan nasional
yang dikeluarkan pada Jumaat.
Tinjauan yang diterbitkan oleh P8,
sebuah agensi pemasaran terkemuka
di negara Alpine itu, mendapati bahawa
hanya 16 peratus daripada responden
yang setuju menerima vaksin manaka-
la 16 peratus lagi belum membuat
keputusan.
Berdasarkan tinjauan itu, lebih
mengejutkan apabila sembilan daripada
10 responden yang ditemui menentang
jikakerajaanAustriamewajibkansuntikan
vaksin COVID19 ke atas rakyatnya.
Tinjuan secara dalam talian itu mem-
babitkan 1,200 responden yang dilaku-
kan antara 28 September dan 1 Oktober
lalu. Tinjauan itu juga menunjukkan
gambaran rakyat negara itu kurang ya-
kin dengan usaha kerajaannya dalam
menangani pandemik COVID19.
Satupertiga respondenyakinbahawa
negara mereka akan bertahan daripada
krisis pandemik itu, manakala satu
pertiga lagi tidak yakin dan selebihnya
tidak percaya negara itu boleh berjaya
mengharungi krisis itu dengan jayanya.
– AFP
JOHNSON: UK
BOLEH ‘MAJU’
TANPA BREXIT
Perdana Menteri Britain Boris Johnson tiba di
BBCBroadcastingHouseuntukmuncul dalam
rancangan Andrew Marr di London kelmarin.
Johnson berkata Britain ‘boleh maju’ tanpa
perjanjian perdagangan pasca Brexit dengan
Kesatuan Eropah. – AP
Dua pertiga rakyat Vienna
enggan terima vaksin
Taufan Alex badai Perancis, dua maut
Madagascar lancar kapsul
‘Covid-Organics’
Pasar kayu terkenal
Senegal terbakar
Seorang lelaki melihat pasar kayu Lambaye yang hangus di Dakar kelmarin. – AFP
supaya berusaha secara intensif demi
merapatkan jurang berkenaan.
Namun kebimbangan meningkat
mengenai gangguan perjalanan dan
perniagaan sekiranya kemajuan tidak
dicapai dan berakhir dengan perjanjian
tanpa Brexit. London dan Brussels
telah menetapkan sidang kemuncak
Eropah pada 15 Oktober sebagai tarikh
terbaharu satu perjanjian boleh dicapai
untuk disahkan tepat pada masanya
untuk dikuat kuasa pada 2021. – AFP
Penggodam curi gaji pekerja
universiti Swiss




