Isnin, 5 Oktober 2020
14
Seorang wanita berjalan di atas jambatan berhampiran Bank Pusat Eropah (kiri) di Frankfurt,
Jerman pada 30 September. – AP
LONDON, 4 OKT –
Syarikat
runcit Amerika Syarikat (AS)
Walmart telah bersetuju untuk
menjual rangkaian pasar raya-
nya di Britain, Asda kepada
adik-beradik Issa dan kumpulan
ekuiti swasta dengan harga 6.8
bilion pound (AS$8.7 bilion),
menurut pengumuman yang
dikeluarkan oleh mereka Jumaat
lalu.
Issa, yang mengendali stes-
en petrol dan restoran di seluruh
dunia, telah menyertai bersama
irma ekuiti swasta TDR Capital
untuk membeli Asda, yang pada
tahun lalu disekat oleh pengawal
selia daripada bergabung den-
gan kumpulan pasar raya British,
Sainsbury’s.
Sementara Issa dan TDR
memperoleh saham majoriti
dalam Asda, Walmart akan
mengekalkan satu pelaburan
dan mempunyai satu kerusi da-
lam lembaga baharu, menurut
kenyataan.
“Saya gembira Walmart akan
mengekalkan saham kewangan
besar dan akan meneruskan
sebagai rakan strategik,” kata
Judith McKenna, CEO Walmart
International.
Mohsin dan Zuber Issa ber-
kata ‘prestasi Asda sepanjang
tempoh COVID19 telah menun-
jukkan kekuatan dan ketahanan
asas perniagaan.’ – AFP
Gambar fail menunjukkan kilang Tesla di
Fremont, California. Jualan suku ketiga Tesla
meningkat 44peratusberbandingsetahunlalu
kerana permintaan global untuk kenderaan
elektriknya lebih kukuh daripada pengeluar
kereta lain. – AP
OTTAWA, 4 OKT –
Agensi pemeriksaan
makanan Kanada mengumumkan ia
akan menyekat import daun salad ro-
maine dari kawasan negeri California
di Amerika Syarikat (AS) yang dikaitkan
dengan beberapa wabak keracunan ma-
kanan E. Coli.
Pengimport perlu membuktikan ma-
na-mana romaine yang dibawa masuk
ke Kanada tidak berasal dari Lembah
Salinas di California – sumber keracunan
sebelum ini. Mereka juga boleh menun-
jukkan sijil makmal ‘E. Coli di bawah ta-
hap dikesan’ dalam romaine dari rantau
itu, kata Agensi Pemeriksaan Makanan
Kanada (CFIA) dalam satu kenyataan.
Sekatan import itu, yang juga ter-
masuk daun salad bercampur yang
mengandungi romaine, berkuat kuasa 7
Oktober sehingga akhir tahun ini.
Sejak 2016, daun salad romaine
dari California telah dikaitkan dengan
wabak penyakit E. Coli di AS dan ne-
gara jirannya, termasuk puluhan orang
dimasukkan ke hospital dan sekurang-
kurangnya satu kematian di Kanada.
Siasatan keselamatan makanan oleh
kedua-dua negara mengenal pasti ran-
tau penanaman Lembah Salinas sebagai
sumber wabak yang berlaku. – AFP
ECB BAKAL
LANCARMATA
WANG DIGITAL
FRANKFURT, JERMAN, 4 OKT –
Dengan pengguna semakin kurang
menggunakan wang tunai untuk
membeli barang, Bank Pusat Eropah
(ECB) pada Jumaat mengambil langkah
untuk mengeluarkan versi mata wang
euro digital yang dikongsi oleh 19
negara, berkata ia perlu bersedia untuk
melancarkan wang digital sekiranya
dunia memerlukannya.
Bank pusat mengeluarkan laporan
komprehensif menggaris kasar sebab-
sebab ia perlu mengambil langkah
tersebut. ECB juga berkata ia akan
mengadakanrundinganawammengenai
idea itu bersama rakyat, ahli akademik
dan pengurus bank.
Ia berkata tidak ada keputusan yang
telah diambil, dan mana-mana euro
digital akan melengkapi wang tunai,
bukan menggantinya. Rundingan akan
bermula pada 12 Oktober.
“Mata wang euro milik Eropah dan
misi kami adalah menjadi penjaganya,”
kata Christine Lagarde, Presiden ECB.
“Warga Eropah semakin beralih ke-
pada digital dalam cara mereka berbe-
lanja, menabung dan melabur. Peranan
kami adalah menjamin kepercayaan
dalam wang. Ini bermakna memastikan
euro adalah sesuai untuk era digital.
Kami harus bersedia untuk mengelu-
arkan euro digital, sekiranya keperluan
timbul.”
Euro digital adalah berbeza daripada
sistem bayaran tanpa tunai sekarang
yang dikendalikan oleh sektor swasta
disebabkan ia akan menjadi wang bank
pusat rasmi – boleh dipercayai, bebas
risiko dan kurang mahal digunakan.
Mata wang digital bank pusat juga
boleh digunakan di luar talian, misalnya,
untuk memindah sejumlah kecil wang
di antara individu yang menggunakan
dompet digital dalam telefon pintar
mereka dan sambungan Bluetooth.
Penggunaan wang tunai semakin
berkurangan di sesetengah negara,
dipimpin oleh Sweden, di mana keban-
yakan cawangan bank tidak lagi men-
gendali wang tunai dan kedai, restoran
dan muzium hanya menerima kad atau
bayaran mudah alih.
ECB tidak sendirian dalam mengkaji
isu tersebut, Bank Pusat China telah pun
menguji mata wang digital, sementara
bank pusat di Sweden berkata ia telah
melancarkan satu projek perintis. – AP
Walmart
jual pasar
raya Asda
AS$8.7 bilion
Jualan kenderaan Tesla meningkat 44 peratus
NEW YORK, 4 OKT –
Jualan suku ketiga
Tesla meningkat 44 peratus kerana per-
mintaan global untuk kenderaan elek-
triknya mengatasi jualan kebanyakan
pengeluar kereta lain.
Syarikat melaporkan bahawa ia telah
menjual 139,000 kenderaan SUV dan
sedan dari Julai hingga September, ber-
banding dengan 97,000 dalam tempoh
yang sama setahun lalu.
Jualan itu mengatasi beberapa ra-
malan paling optimistik dari Wall Street.
Penganalisis yang ditinjau oleh pem-
bekal data FactSet menjangka syarikat
akan menjual hampir 137,000 buah ken-
deraan. Tesla mungkin mencatat keun-
tungan suku kelima berturut-turutnya
pada hujung bulan ini.
Tesla berjaya mengatasi pandemik
koronavirus lebih baik daripada keban-
yakan syarikat kereta lain. Jualan global
suku kedua meningkat 2.5 peratus ber-
banding suku pertama meskipun lang-
kah kawalan virus memaksa penutupan
satu-satunya kilang pemasangannya di
Amerika Syarikat (AS). Namun, jualan
merosot 4.8 peratus berbanding suku
kedua 2019.
Tesla mencatat keuntungan bersih
mengejutkan berjumlah AS$104 juta
dari bulan April hingga Jun, dirangsang
oleh jualan kenderaan elektrik.
Pada suku kedua, Tesla menjual
90,650 kenderaan tatkala ia mengeluar-
kan kenderaan SUV Model Y di AS dan
China. Sekatan koronavirus yang dike-
nakan di Kawasan Teluk San Francisco
memaksa Tesla menutup satu-satunya ki-
lang pemasangan di Fremont, California
selama hampir dua bulan pada musim
bunga ini, dibuka sekali lagi pada 11 Mei.
Jumlah jualan memberangsangkan
tidak melihat peningkatan untuk saham
syarikat, yang merosot 5 peratus pada
pembukaan perniagaan. Tesla mungkin
terbabit dalam penjualan lebih luas di
pasaran AS disebabkan berita Presiden
Donald Trump diuji positif koronavirus.
Bagaimanapun, saham Tesla Inc
meningkat lebih 400 peratus pada ta-
hun ini, mencecah tahap tinggi pada
bulan lalu, dan kebanyakan penganalisis
Wall Street menjangka trend tersebut
akan berterusan. – AP
Uber Freight terima
suntikan AS$500 juta
SANFRANCISCO,4OKT–
Uber berka-
ta satu kumpulan pelaburan di-pimpin
oleh Greenbriar Equity akan menyuntik
AS$500 juta dalam unit traknya.
Pembiayaan saham menilai Uber
Freight pada AS$3.3 bilion dan keluar
tatkala perkhidmatan perkongsian
perjalanan syarikat di San Francisco
dihentikan disebabkan pandemik.
Uber Freight memadankan peman-
du trak kepada pengangkut dalam cara
yang sama perkhidmatan perjalanan
menghubungkan penumpang dengan
pemandu dalam ekonomi tersebut.
Sementara perkhidmatan perjalanan
Uber telah terjejas disebabkan orang
keberatan menaiki kereta dengan
orang yang tidak dikenali disebabkan
risiko COVID19, unit trak, yang dilan-
carkan pada 2017, telah berkembang.
“Kami telah memimpin industri
dengan teknologi, mengubah proses
analog untuk memastikan pengangkut
dilengkapi sepenuhnya untuk berjaya
dalam industri yang semakin berubah
pesat,” kata ketua Uber Freight Lior
Ron. Uber berkata ia akan mengekal
saham majoriti dalam Freight, meng-
gunakan wang tersebut untuk
mengembangkan platform logistik
dan mempercepat inovasi teknologi.
“Kami berasa gembira untuk me-
nyokong Uber Freight dalam pering-
kat perkembangan seterusnya,” kata
rakan pengurusan Greenbriar Michael
Weiss. – AFP
Keracunan
makanan, Kanada
sekat import daun
salad California




