Previous Page  15 / 24 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 15 / 24 Next Page
Page Background

Isnin, 5 Oktober 2020

15

GALERI KRAF WARISAN PURBA

SIMPAN 10,000 ARTIFAK

KOTA BHARU

- Seorang peniaga

pasar malam tidak kisah menghabiskan

ratusan ribu ringgit untuk membiayai

hobinya mengumpul artifak bersejarah

termasuk sebilah pedang dianggar

berusia 300 tahun yang dipercayai

digunakan untuk memancung kepala

pesalah pada zaman itu.

Mohamad Fauzi Kamaruddin, 38

berkata beliau mula mengumpul barang

bersejarah sejak usia belasan tahun

dan menjadikan kediamannya di Jalan

Kuala Krai di sini sebagai galeri yang

dinamakan Galeri Kraf Warisan Purba

untukmenempatkan lebih 10,000 artifak

miliknya.

Ketika penulis menjejakkan kaki

di kediaman lelaki itu, mata terpukau

melihat pelbagai artifak seperti pedang,

keris, lembing, ukiran pintu dan tingkap,

cincin, pinggan mangkuk termasuk

basikal lama yang dipamerkan.

"Artifak ini yang sebahagian besar

merupakan tinggalan zaman Kesultanan

Melayu Kelantan dan Patani, kini tidak

ternilai harganya dan saya kumpul untuk

ditatap generasi muda.

"Lihat pedang yang dipanggil

`Pedang Hukuman' ini yang dianggar

berusia 300 tahun, masih ada kesan

darah dan dipercayai digunakan untuk

memancung kepala pesalahpada zaman

tersebut," katanya sambil menunjukkan

pedang yang panjangnya lebih satu

meter tersebut kepada penulis.

Turut hadir pada pertemuan itu

Pengerusi Persatuan Seni Purba dan

Kraftangan Kelantan Alwi Yusof.

Mohamad Fauzi berkata antara

koleksi beliau yang disifatkan unik ialah

sembilan bilah keris lama yang dibuat

oleh penempa terkenal dari tanah Jawa

digelar ‘Pandai Saras’, lebih 100 tahun

lalu.

“Dikatakan penempa ini pernah

menetap di Kelantan bagi membuat

senjata untuk panglima Istana Kelantan

ketika itu,” katanya.

Koleksi lain ialah beberapa bilah

kapak kecil yang dipercayai pernah

digunakan oleh pengikut Tok Janggut

ketika menentang British di Pasir Puteh.

Mohamad Fauzi juga tidak keberatan

sekiranya ada mana-mana pihak

berhasrat membuat kajian terhadap

artifak yang dimilikinya itu demi manfaat

bersama.

Pengumpul barang lamaMohamadFauzi Kamaruddin, 38,menunjukkan

pedang tulang unta yang berasal dari Yaman ketika ditemui pemberita

di kediamannya di Jalan Kuala Krai. – Bernama

Pengumpul barang lama Mohamad Fauzi Kamaruddin (kiri) bersama

Pengerusi Persatuan Seni Purba dan Kraftangan Kelantan, Alwi Yusof

(kanan) menunjukkan`Pedang Hukuman' dianggarkan berusia 300

tahun ketika ditemui pemberita di kediamannya di Jalan Kuala Krai.

Pedangtersebutterdapatkesandarahdaniadipercayaidigunakanuntuk

memancung kepala pesalah pada zaman berkenaan. – Bernama

Sementara itu, Alwi berkata koleksi

Mohamad Fauzi, terutamanya pedang

dan keris terbabit, adalah barang

bersejarah yang tidak ternilai dan

pihaknya bercadang mempamerkan

artifak tersebut di venue yang sesuai

termasuk muzium.

Alwi yang juga Ahli Lembaga Muzium

Negeri Kelantan turut berpandangan

kajian perlu dilakukan ke atas artifak

terbabitbagimemastikanwarisansejarah

negeri itu tidak lenyap begitu sahaja.

Seorang peminat artifak, Anuar

Mohd Zin, 35, meluahkan rasa kagum

terhadap koleksi milik Mohamad Fauzi.

Ada antara artifak itu yang tidak

pernah dilihat oleh generasi sekarang

seperti kukur kelapa, topi askar British

ketika zaman Jepun dan senjata lama

seperti lawi ayam dan buku lima,

katanya. – Bernama

Antara ribuan koleksi barangan lama yang dikumpulkan Mohamad Fauzi Kamaruddin sejak beliau berusia belasan tahun. Antara barangan lama

yang dikumpulkan itu dikatakan berusia lebih daripada 300 tahun. – Bernama