Isnin, 5 Oktober 2020
17
NABILA TIDAKMAHU
CETUSKAN KONTROVERSI
Nabila Huda bukan sengaja nak cipta
kontroversi untuk memuat naik gambar
berkemban. – Agensi
Aktres, Nabila Huda, 36, tidak terlintas
mahu mencetuskan kontroversi apabila
memuat naik foto berkemban menerusi
laman sosial, Instagram, baru-baru ini.
Sebaliknya,
pemegang
troi
Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem
Malaysia Ke-28 menerusi ilem
Munaik
itu melihat foto yang diambil ketika
menjalani penggambarandi Terengganu
mempunyai nilai seni.
“Jadi isu ke gambar berkenaan? Saya
tak nampak ada yang mempertikaikan
gambar ini apabila melihat ruangan
komen. Saya kongsi gambar kerana ia
cantik dan ada nilai seni. Saya berkem-
ban bukan sebab babak dalam lakonan,
tetapi sebab cuaca panas ketika itu.
“Saya sedang menjalani peng-
gambaran di Terengganu, waktu itu.
Rumah pula tepi laut. Secara kebetulan,
suami, Mohd Izwan Johar merakamkan
gambar, jadi saya bergaya sakan sambil
menyelitkan bunga di tepi telinga.
Hasil gambar memang menakjubkan
dan pencahayaan, latar belakang dan
kain batik yang disarungkan memang
cantik.
“Atas faktor itu, saya kongsi dalam
laman media sosial. Setakat ini, saya tak
nampak pula komen negatif, mungkin
warganet tahu saya bukanlah jenis
yang suka menunjuk tubuh semata-
mata untuk meraih perhatian khalayak.
Saya juga bukan sengaja nak cipta
kontroversi untuk memuat naik gambar
berkemban,” katanya kepada media.
Nabila berkata, tidak naikan ada ke-
mungkinan warganet takut nak komen
negatif disebabkan dirinya sering mem-
bidas sesiapa sahaja yang mengecam
tanpa usul periksa.
“Jika warganet takut baguslah
(ketawa). Sebelum ini, jika saya ada
menerima mesej peribadi dalam IG, saya
akan tanya balik apakah tidak ada kaum
keluarga mereka yang berkemban.
“Bagaimanapun, tidaklah selalu saya
membidas komen negatif yang dilem-
parkan kerana saya tahu kebanyakan
yang mengecam adalah budak sekolah.
“Sebenarnya, ikut mood saya juga.
Jika saya mahukan hiburan berikutan
bosan, saya akan cari mana-mana
komen negatif yang ditulis dan orang
itulah akan menjadi mangsa. Jadi,
janganlah mudah untuk memperkotak-
katikkan orang dengan komen negatif
dan sesuka hati,” katanya.
Anak kepada penyanyi rock legen-
da, Amy Search itu berkata, perasaan
bersalah menghantui dirinya apabila
perkongsian video dalam situasi cemas
selepas kediamannya dikatakan dicer-
obohi seorang individu mencurigakan
menimbulkan kebimbangan kepada ke-
luarga dan rakan selebriti.
Bagaimanapun, katanya, itu hanyalah
teaser awal program The Masked Singer
Malaysia yang menampilkannya sebagai
salah seorang juri tetap bersama lapan
selebriti lain.
“Sejujurnya, timbul rasa kasihan
terutama kepada rakan artis yang
menyangkakan insiden ini memang
terjadi. Saya pulamana pernah bergurau
dengan cara begini.
“Mereka tahu apabila membabitkan
soal kerja, saya akan serius. Tetapi,
apabila melihat reaksi mereka panik,
sampai ada yang nak datang rumah dan
membuat laporan polis, saya pula cuak.
Terikir apakah lakonan saya keterlaluan
hingga mereka percaya saya dalam
bahaya.
“Apabila keadaan menjadi kecoh,
rasa bersalah pula menghantui diri. Tak
tahu nak buat apa untuk meredakan
keadaan. Apa yang mampu dilakukan
hanyalah meminta maaf pada mereka,”
katanya. – Agensi
Haqiem bantu adik jadi artis
Haqiemberkata,single
Pewangi
itudiharapkan
bolehdijadikanpermulaanyangbaikuntukZali
melangkah lebih jauh. – Agensi
Penyanyi, Haqiem Rusli menghasilkan
karya buat adiknya, Zali Rusli sebagai
tanda sokongan untuknya melangkah
ke dalam industri seni suara.
Haqiem berkata, single berjudul
Pewangi
itu diharapkan boleh dijadikan
permulaan yang baik untuk Zali
melangkah lebih jauh.
“Saya mahu memberikan galakan
pada Zali bergelar seorang penghibur.
Bukankah
menghiburkan
peminat
boleh menggembirakan mereka. Jadi, ia
adalah satu perkara positif. Tidak hanya
itu, dalam masa sama, Zali boleh belajar
dalam dunia penciptaan lagu.
“Sebagai abang, saya akan cuba
sedaya upaya untuk membantu adik
untuk mencipta nama dan populariti.
Lagi pula, bukansenangmahumendapat
tempat di hati pendengar jika tiada karya
yang bagus.
“Saya kena beri tunjuk ajar kepada
Zali untuk menempuhi liku dalam
industri muzik, apatah lagi, Zali baru
berusia 15 tahun, masih terlalu muda,”
katanya kepada media.
Sementara itu, Zali yang juga adalah
anak bongsu kepada empat beradik itu
berkata, diasudah lamameminati bidang
nyanyian sejak mengikuti abangnya.
“Saya selalumengikuti danmenonton
persembahan abang. Saya teruja dan
menyimpan hasrat untuk berkongsi
pentas dengan abangnya, suatu hari
nanti.
“Alhamdulillah, saya dilamar oleh
syarikat rakaman FMC Music. Tetapi,
untuk mengejar impian, saya diberikan
syarat oleh ibu bapa saya agar tidak
mengabaikan pelajaran.
“Insya Allah, saya tidak akan
mengabaikan permintaan mereka.
Abang juga memberi sokongan
sepenuhnya, tetapi turut meletakkan
syarat sama seperti ibu bapa. Abang
tidak mahu saya tidak membelakangkan
pelajaran,” katanya.
Mempertaruhkan karya ciptaan
abangnya sendiri, Zali berkata, dia
meletakkan harapan tinggi pada single
Pewangi dan berharap pendengar tidak
membandingkannya dan Haqiem.
“Saya menyampaikan single Pewangi
dengan cara nyanyian tersendiri
dan tidak terpengaruh dengan cara
nyanyian abang, walaupun lagu
berkenaan ciptaannya. Jadi, saya harap
karya pertama ini mendapat sambutan
positif,” katanya.
Single dan video muzik terbitan
serta edaran FMC Music sudah pun
dilancarkan secara rasmi pada 2Oktober
lalu. Lagu
Pewangi
adalah ciptaan
Haqiem bersama Ibnu, manakala liriknya
dihasilkan sepenuhnya oleh Haqiem.
– Agensi
GOT7, JB umum tarikh pameran ‘Alone’
Ahli kumpulan GOT7, JB telah
mengumumkan pameran pertama kali
bertajuk ‘Alone’!
‘Alone’ akan diadakan di bawah
nama Def, di mana nama JB yang
telah digunakan sebagai penerbit
untuk melancarkan
mixtapes
pada
SoundCloud dan menjalankan akaun
Instagram keduanya @ def.cnvs.
Pameran berlangsung dari hari
Selasa, 6 Oktober hingga Isnin, 12
Oktober di Erolpa, sebuah kafe di
Seoul.
GOT7 baru-baru ini membawa
pulang anugerah Artis Terbaik dan
lebih banyak lagi di LINE Thailand
People’s Choice Awards 2020.
Mereka juga sedang mencalonkan
diri untuk Artis Sosial Terbaik di
Billboard Music Awards. – Agensi
Ahli kumpulan GOT7, JB telahmengumumkan
pameran pertama kali bertajuk ‘Alone’. –
Agensi
Angelina bimbang Brad
bawa virus COVID19
Pelakon Angelina Jolie dilaporkan
melarang bekas suami iaitu Brad Pitt
bertemu anak-anak mereka.
Menurut
US Weekly,
Angelina
bimbang jika Brad Pitt membawa
virus COVID§19 selepas pulang
bercuti dengan kekasih, Nicole
Poturalski dari Perancis.
Justeru itu, dia meminta Brad Pitt
menjalani saringan terlebih dahulu
dan kuarantindiri selamaduaminggu
sebelum bertemu anak-anak.
“Angelina paksa Brad untuk
kuarantin 14 hari selepas balik dari
Perancis... katanya banyak kenaikan
kes baharu di negara berkenaan.
“Dia tak mahu kalau anak-anak
berjangkit virus tersebut,” kata
sumber. Sementara itu, Brad Pitt
pula dilaporkan mempercepatkan
tempoh kuarantin dan menjalani
saringan setiap dua hari.
Namun, aktres ilem
Maleicent
itu tetap dengan pendirian meminta
Brad Pitt kekal di rumah selama 14
hari. – Agensi
Angelina memaksa Brad menjalani
kuarantin 14 hari selepas balik dari
Perancis. – Agensi




