Previous Page  19 / 24 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 19 / 24 Next Page
Page Background

Isnin, 5 Oktober 2020

19

Isnin, 5 Oktober 2020

19

ALAT PENGHAWA DINGIN/

PETI SEJUK

PERKHIDMATAN PEMBAIKAN

PAIP/ELEKTRIK

LEEMOI SERVICE & REPAIR

Aircon,

Icebox,

Freezer,

W.Machine, Repair, Wiring, Hse to

Hse. 8910790

PLUMBING TOILET & KITCHEN

block, electric, welding, painting,

tiling, repair work. Tel: 8678970

PLUMBING, HOUSE RENOVA

TION,

Electric, Roof Leaking,

Welding, Aluminium, Toilet Block.

8885975/ 7155975

PLUMBING,

ELECTRICAL,

TOILET,

Kitchen

Block,

w/Heater. w/pump repair. Call

8867221/ 7257846

MESIR TEMUI TAPAKMUMIA

KUNO TERBESAR

KAHERAH

Menteri pelancongan dan

barang antik Mesir mengatakan bahawa pakar

arkeologi telah menemukan puluhan keranda

zaman kuno yang luas di sebuah nekropolis di

selatan Kaherah.

Khalid

el-Anany

berkata

sekurang-

kurangnya 59 keranda batu yang tertutup dan

terdapat mumia di dalamnya, telah dijumpai

terkubur di dalam tiga buah telaga yang

berusia dianggarkan lebih dari 2,600 tahun.

“Saya menganggap penemuan keranda-

keranda ini adalah permulaan kepada sesuatu

penemuan besar,” kata el-Anany, menambah

bahawa masih terdapat beberapa buah

kerandayangmasihbelumdiketahui jumlahnya

terkubur di kawasan yang sama.

Dia berkata semasa sidangmedia di Piramid

Step Djoser yang terkenal di Saqqara, tempat

di mana keranda tersebut ditemui. Keranda-

keranda batu itu telah dipamerkan kepada

orang ramai yang ingin menyaksikannya

dan salah sebuah daripada keranda tersebut

telah dibuka di hadapan wartawan untuk

menunjukkan mumia di dalamnya. Beberapa

diplomat asing turut menghadiri acara

pengumuman tersebut.

Dataran tinggi Saqqara menempatkan

sekurang-kurangnya 11 buah piramid, termasuk

Piramid Step, ratusan tanah perkuburan kuno

rasmi dan di beberapa buat tapak lain yang

merangkumi dinasti pertama (2920 BC – 2770

BC) hingga ke zaman Coptic (395Š642).

Menurut Mostafa Waziri, setiausaha besar

Majlis Tertinggi Barangan Antik, kajian awal

mendapati bahawa keranda yang dihiasi itu

terdiri daripada pendeta-pendeta, pegawai

tertinggi dan elit dari zaman akhir Firaun (664

– 525 BC).

Menurutnya,

pakar

arkeologi

turut

menjumpai sejumlah 28 patung-patung Ptah-

Soker, dewa utama nekropolis Saqqara, dan

patung gangsa dewa Nefertum yang diukur

dengan cantik setinggi 35 sentimeter, yang

bertatahkan batu-batu berharga. Pemilik

kerandatersebutbernamaPendetaBadi-Amun,

yang tertulis di atas keranda, menurutnya.

Pegawai barang-barang antik Mesir

membuat pengumuman mengenai penemuan

kumpulan pertama keranda-keranda tersebut

bulan lalu, apabila pakar arkeologi menjumpai

sebanyak 13 buah bekas yang baharu dijumpai

di telaga yang berkedalaman 11 meter.

Tapak Saqqara merupakan sebahagian

daripada nekropolis ibu kota kuno Mesir,

Memphis yang merangkumi Piramid Giza

yang terkenal, serta piramid yang lebih kecil di

Abu Sir, Dahsur dan Abu Ruwaysh. Runtuhan

di Memphis telah ditetapkan sebagai tapak

Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1970an.

El-Anany berkata keranda-keranda yang

ditemui di Saqqara akan disertakan dengan

30 keranda kayu kuno yang telah dijumpai

pada Oktober lalu di bandar bahagian

selatan, Luxor, dan akan dipamerkan di

Muzium Besar Mesir yang baharu, yang

sedang dibina berhampiran dengan Piramid

Giza. – AP

Pakar arkeologi telahmenemui sekurang-kurangnya59buahkeranda zamankuno

yang luas di sebuah nekropolis di selatan Kaherah. - AP

Salahsebuahdari keranda tersebut telahdibukadi hadapanwartawanuntukmenunjukkanmumiayang terdapat

dalamnya. - AP

Patung gangsa dewa Nefertum yang diukur dengan

cantiksetinggi 35sentimeter, yangbertatahkanbatu-

batu berharga. - AP