Previous Page  20 / 24 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 20 / 24 Next Page
Page Background

Isnin, 5 Oktober 2020

20

BACHOK -

“Mengapa perlu malu atau

pelik mengenakan kain sarung batik

ketika bersiar-siar. Itukan simbolik nilai

kebudayaan Melayu yang tak lapuk dek

hujan, tak lekang dek panas?”

Pertanyaan santai seorang sahabat

membuatkan penulis terdiam dan

ber ikir.

Betul juga. Kenapa kita tidak me-

makai kain sarung batik ketika ke pasar

raya untuk membeli-belah atau ke ke-

dai ala hipster di tengah ibu kota un-

tuk menikmati hidangan yang unik dan

pelbagai?

Kain sarung batik cukup sinonim

dengan nilai estetika dan kebudayaan

Melayu bahkan suatu masa dahulu,

peranannya cukup penting dan menjadi

antara keperluan masyarakat sebagai

pakaian harian.

Entah di mana silapnya, kain sarung

batik kini dipandang sepi terutama

oleh generasi muda. Malahan, agak

menyedihkan, apabilaadaantaramereka

tidak mengetahui cara memakainya.

Usaha untuk mempopularkannya

Ledakan fesyen berjaya mempopu-

larkan batik termasuk kain sarung yang

dipelbagaikan gaya rekaannya dan

penggunaan kain ini sangat akrab da-

lam tradisi masyarakat di Kelantan.

Jika batik lazimnya dibuat baju ke-

meja serta baju kurung serta pelbagai

aksesori dengan motif lora, fauna dan

geometri yang rata-ratanya bersifat

feminis, pereka di Kraf tangan Malaysia

cawangan Kelantan, Mohd Nazlan Mat

Nasir tampil berani dengan menjadikan-

nya sebagai sarung bagi lelaki.

Dinamakan Sarung Maskulin, rekaan

khusus batik buat golongan lelaki

yang mengetengahkan Bunga Telang

sebagai motif rekaan utama ini dilihat

mampu memartabatkan kain sarung

yang bersandarkan nilai estetika tradisi

negeri Kelantan.

“Idea ini tercetus apabila timbul

keinginan untuk melihat transformasi

kain pelekat yang dipakai oleh kaum

Adam dan percaya ia mampu untuk

menarik minat golongan remaja untuk

memakainya secara santai.

“LagipunBungaTelangatau

butter ly-

pea

sangat sinonim di Malaysia sebagai

pewarna makanan berwarna biru/ungu

khususnya bagi nasi kerabu,” katanya

kepada media baru-baru ini.

Teknik batik skrin

Lebih istimewa, sarung maskulin

berasaskan ‘batik’ cetusan kreatif

pemuda berusia 37 tahun itu dihasilkan

menerusi proses pembuatan batik

secara canting, blok dan skrin.

Sebagai permulaan, anak jati Kota

Bharu itu menghasilkan melalui teknik

batik skrin yang mana proses pem-

buatannya lebih cepat daripada teknik

membatik yang lain serta menjimatkan

kos.

Melalui teknik ini, motif atau pola

dilukis dan ditentukan skema warnanya

pada kertas dan dengan menggunakan

selongsong stensil yang diisi dengan

bahan laker, corak akan dilukis pada

skrin mengikut pecahan warna dan reka

corak di atas kain putih yang bersih

diregang diatas meja.

Seterusnya, skrin diletakkan di atas

permukaan kain dengan ditata dengan

rapi dengan bahan pewarna dituang

pada bagian hujung skrin.

Melengkapkan proses, pewarna

disapukan dengan lembut dan rata

dengan cara menarik atau menolak

sekuji sebelum kain yang siap dicetak

dijemur sehingga kering.

“Untuk menampakkan lagi imej

sarung maskulin, elemen seni seperti

garisan, jalinan, geometri dan abstrak

yang berpaksikan motif Bunga Telang,

diterap dan digabungkan berbagai rupa

dan gaya.

“Dengan pemilihan warna latar

seperti ungu, kuning mustard dan

turquoise, sarung maskulin ini dilihat

mampu menarik minat ramai golongan

muda dan tua untuk digayakan,” jelasnya

yang berpengalaman selama 15 tahun

sebagai pereka.

Bercerita lanjut, proses menghasil-

kan rekaan hanya mengambil tem-

poh seminggu manakala proses untuk

menghasilkan reka corak, pembuatan

batik dan jahitan produk siap mengam-

bil masa selama sebulan.

Mampu gantikan kain pelekat

Biarpun masih dalam peringkat pe-

nyelidikan dan pembangunan (R&D),

hasil nukilan anak tempatan ini dilihat

mampu mengambil alih penggunaan

kain pelekat yang rata-rata diimport dari

Indonesia.

Maklum balas yang diterima sangat

positif terutama ketika sarung ini

SARUNG BATIK

MASKULIN

BERMOTIF

BUNGA TELANG

Oleh Shanika Abdullatib

ATAS: Sarung Maskulin rekaan khusus batik

buat golongan lelaki. - Bernama

KIRI:PengusahaASVaganzaTradingMuhamad

AimanSha†iqMohdRashdi (kiri)menggayakan

Sarung Batik Maskulin ketika ditemui di

bengkel inkubator Batik Kraftangan Malaysia

Cawangan Kelantan. - Bernama

Campuran lilin cair dimasukkan ke dalam alat canting dan kemudian dilakar di atas permukaan

kain dasar yang diregang atas pemidang. - Bernama

Penghasilan batik menggunakan teknik blok. - Bernama

diperagakan di pentas pertunjukan

fesyen yang diadakan baru-baru ini di

Kelantan serta Kuala Lumpur.

“Ini mampu menjadi satu evolusi

dalam industri tekstil dan fesyen batik

negara. Pemakaian kain pelekat yang

diberi nafas baru - Sarung Maskulin

daripada batik ini mampu memikat

lelaki generasi kini yang semakin

kurang menggunakan sarung,” katanya

yang memulakan projek tersebut pada

penghujung tahun 2019.

Turut menjayakan projek Sarung

Maskulin tersebut ialah Shakirah Halim

danSitiNursyuhadah(pembantupereka),

Akmarizal Hamid (pakar pewarnaan),

Che Nazaki Zahdi dan Mazlan Ab Ghani

(pelaksana batik skrin).

Sementara itu, Pengarah Kraf tangan

Malaysia Cawangan Kelantan, Nor Azmi

Ismail menjelaskan Kraftangan Malaysia

kini dalam usaha memartabatkan Bunga

Telang sebagai antara ikon rekaan negeri

tersebut.

“Lazimnya, bunga berwarna biru

itu sinonim dengan nasi kerabu yang

menjadi antara bahan asas masakan

tersebut sejak turun-temurun. Dan kini,

kami mahu jadikan ia sebagai motif

dalam rekaan batik, sekali gusmembawa

identiti negeri ini,” katanya.

Bunga Telang identiti Kelantan

Justeru, Kraftangan Malaysia dengan

pihak berkepentingan terutama kerajaan

Kelantan sejak awal tahun ini, sedang

berusaha menggazetkan Bunga Telang

dan Bunga Ketam Guri sebagai identiti

Kelantan.

Mengakui tidak mudah memandan-

gkan proses untuk menggazetkan per-

lu mendapat bantuan pelbagai pihak

termasuk pakar sejarah dan warisan,

ia tetap dilakukan bagi memastikan

pemilihan kedua-dua bunga itu sebagai

motif batik di Kelantan adalah tepat.

“Setakat ini, kami sudah adakan

beberapa pertemuan bersama pihak

terbabit seperti dengan Kerajaan

KelantandanPerbadananMuziumNegeri

Kelantan untuk membincangkannya dan

setakat ini penerimaan positif.

“Kami jangkakan dapat memukta-

madkan keputusan itu pada awal 2021,”

katanya.

Menurut beliau, usaha tersebut amat

signi ikan memandangkan ketika ini

terdapat 350 usahawan batik di Kelantan

yang berdaftar di bawah Kraftangan

Malaysia dan angka itu paling terbesar

berbanding negeri lain.

Tanpa identiti yang digazetkan itu,

agak sukar usahawan batik terutama em-

pat usahawan inkubator batik di bawah

KraftanganMalaysiaCawanganKelantan

yang diusahakan golongan muda, men-

embusi pasaran antarabangsa.

“Kami ingin mempromosikan batik

dengan identiti negeri kami sendiri,

tanpa dibayangi oleh mana-mana negeri

atau negara.

“Dalam

masa

yang

sama,

mengangkat batik sebagai satu pakaian

yang sebenarnya sesuai untuk dipakai

dalam pelbagai acara,” katanya.

Bagi memastikan masyarakat tidak

terkeliru dalam memperoleh kain

batik tempatan, Kraftangan Malaysia

sudah mewujudkan satu piawaian bagi

memudahkan penggemar kain batik

mengenali batik Malaysia iaitu dengan

memperkenalkan

Standard

Batik

Malaysia : MS 692 : 2007.

“Persijilan piawaian itu hanya diberi-

kan kepada pengeluar batik yangmema-

tuhi dan memenuhi kriteria serta ujian

makmal yang dijalankan oleh Kraftangan

Malaysia,” katanya. – Bernama