22
Isnin, 5 Oktober 2020
WEST HAM SEKAT
KEMARAAN LEICESTER
LONDON, 4OKT
West Hammenghan-
curkan rekod tanpa kalah Leicester da-
lam musim Liga Perdana Inggeris (EPL)
dengan kemenangan mengejutkan 3 0,
sementara itu, percubaan Oriol Romeu
telah memberikan inspirasi kepada ke-
menangan Southampton 2 0 ke atas
West Bromwich Albion hari ini.
Selepas menewaskan Manchester
City 5 2 minggu lalu, Leicester yang
menduduki tangga ke-2 kecundang
selepas tiga perlawanan tanpa kalah
mereka lebur di Stadium King Power.
Gol dari Michail Antonio, Pablo
Fornals dan Jarrod Bowen menghan-
curkan rancangan Leicester untuk men-
catat empat kemenangan perlawanan
awal musim buat kali pertama dalam
sejarah mereka.
West Ham, yang membenam Wolves
4 0 dalam perlawanan sebelum ini,
telah memenangi tiga daripada empat
perlawanan mereka sejak pengurus
mereka David Moyes disahkan positif
dijangkiti koronavirus pada September
lalu.
“Saya berharap untuk kembali
bersama skuad untuk perlawanan hari
ini tetapi saya belum bersedia untuk
kembali,” kata Moyes dalam laman web
West Ham sebelum perlawanan bermula
di Stadium King Power.
“Saya
merasa
baik
tetapi
mengalami gejala ringan jadi kami akan
mengharunginya hari demi hari dan
mendengar nasihat pakar perubatan.”
Alan Irvine sekali lagi mengendalikan
Reaksi Jarrod Bowen meraikan gol bersama rakan sepasukan ketika menentang Leicester City.-
AP
pasukan, sementara Moyes, yang
menonton perlawanan dari kaca televi-
syen, berkomunikasi dengan pemban-
tunya, Stuart Pearce melalui telefon.
Moyes yang dikuarantin tidak men-
jejaskan pasukan West Ham dari terus
mara dan mereka mendahului perlawa-
nan seawal minit ke-14.
Antonio yang berjaya menjaringkan
gol merupakan pemain Hammers
pertama yangmeledak lima gol berturut-
turut dalam perlawanan di tempat lawan
di liga utama sejak Mike Small pada
1991.
Percubaan hantaran dari jarak jauh
oleh Jamie Vardy melepasi Lukasz
Fabianski telah dibatalkan selepas pe-
nyerang Leicester tersebut mengasari
Angelo Ogbonna.
Leicester gagal untuk membuat
sebarang percubaan merambat sasaran
dan dengan perlawanan berbaki tujuh
minit, Bowen menjaringkan gol selepas
menerima hantaran dari Fornals. - AFP
Bielsa puji
persembahan
anak buah
LEEDS, 4 OKT
Marcelo Bielsa me-
muji Leeds yang bermain sedaya up-
aya untuk mengekang Manchester
City daripada mencatat keputusan
seri 1 1 dan peluang pasukan pela-
wat untuk mencabar kejuaraan Liga
Perdana Inggeris (EPL) sekali lagi
terhalang.
City minggu lalu dikalahkan
dengan keputusan 5 2 di tangan
Leicester City di laman sendiri dan
mereka nampak ingin menebus
kekalahan tersebut dengan men-
dominasi perlawanan pada awal
minit, dan Raheem Sterling berjaya
menjaringkan gol pembukaan.
Walau bagaimanapun, meskipun
pemain pertahanan bernilai 62 juta
pound, Ruben Dias membuat pe-
nampilan sulung, pasukan kendalian
Pep Guardiola masih nampak goyah
di bahagian pertahanan dan Leeds
berjaya menyamakan kedudukan
apabila Rodrigo mengambil ke-
sempatan atas kecuaian penjaga gol
Ederson sebelum sejam perlawanan.
Pertemuan pertama antara Pep
Guardiola dan Bielsa di EPL yang
dinanti-nantikan dan perlawanan
tersebut tidak menghampakan yang
berkesudahan dengan hanya dua
gol meskipun dengan 35 percubaan
terkumpul yang dilakukan.
“Bagi mereka untuk menguasai
kami adalah begitu mudah buat
mereka, ia tidak memerlukan usaha
yang keras, namun bagi kami ia
memerlukan kami untuk bermain
dengan sedaya upaya untuk berada
pada tahap mereka,” kata Bielsa.
– AFP
Cavani sarung jersi
merah United
Penyerang Uruguay, Edison Cavani akan
menyertaiManchesterUnitedsecarapercuma.
- AFP
LONDON, 4 OKT
Manchester United
dilaporkan akan menambah pilihan
pemain di bahagian serangan pasu-
kan kendalian Ole Gunnar Solskjaer
dengan membawa masuk Edison
Cavani secara percuma, menurut
laporan media England dan Perancis
kelmarin.
Penyerang Uruguay itu tidak
menyertai mana-mana kelab sejak
meninggalkan Paris Saint-Germain pada
penghujung Jun lalu.
Pemain berusia 33 tahun itu merupa-
kan penjaring terbanyak sepanjang za-
man PSG, menjaringkan 200 gol dalam
tujuh musim semasa berada di Parc des
Princes.
Daily Mail
melaporkan Cavani akan
menandatangani perjanjian selama dua
tahun di Old Trafford dengan bayaran
gaji sebanyak 210,000 pound seminggu
selepas cukai.
Sebagai pemain ejen bebas, Cavani
masih boleh menandatangani per-
janjian dengan kelab baharu di luar
jendela perpindahan, tetapi media
Perancis melaporkan perpindahan
tersebut akan diselesaikan sebelum
tarikh tutup jendela perpindahan pada
Isnin.
Cavani mungkin akan diturunkan da-
lam penampilan sulungnya menentang
bekas pasukannya, PSG dalam kempen
pembukaan United di Liga Juara-Juara
menentang PSG di tempat lawan pada
20 Oktober.
Pasukan gergasi England tersebut
sering menerima kritikan dari peminat
mereka kerana kurang aktif di pasaran
perpindahan.
Pemain tengah dari Belanda, Donny
van der Beek merupakan satu-satunya
pemain yang menyertai United dalam
jendela perpindahan setakat ini dengan
United engganmenyetujui bayaran yang
dipinta oleh Borussia Dortmund ke atas
pemain sasaran mereka, Jadon Sancho.
- AFP
Haaland sumbat 2 gol
menentang Freiburg
BERLIN, 4OKT
Erling Braut Haaland
sekali lagi menunjukkan penyudah
‘tenang’ selepas menjaringkan dua
gol kelmarin ketika Borussia Dortmund
meningkat naik ke kedudukan ke-2
Bundesliga dengan kemenangan 4 0
ke atas Freiburg.
“Dia adalah penyerang tengah
kami, itu adalah tugasnya, tetapi dia
begitu tenang,” kata ketua pasukan
Dortmund, Marco Reus selepas aksi
penuh meyakinkan dari Haaland.
“Dia akan sentiasa menjaringkan
gol – tidak kira betapa cemerlang atau
teruk dia bermain.”
Dortmund bangkit dari kekalahan
mengejut minggu lalu ke atas
Augsburg di mana Haaland menyinar
dalam perlawanan tersebut yang
telah menjaringkan 21 gol daripada
23 perlawanan untuk Dortmund sejak
dibeli pada Januari dan penyerang
Norway itu diiktiraf sebagai penyerang
yang berbisa.
“Boleh tahan, mungkin boleh
tambah lebih banyak gol,” menurut
Haaland secara berseloroh.
Dia turut menjaringkan gol dalam
perlawanan Rabu lalu dalam Piala
Super Jerman, di mana mereka tewas
3 2 di tangan Bayern Munich, pemain
berusia 20 tahun menjaringkan lima
gol dalam perlawanan musim ini.
“Tidak ramai pemain seperti dia,
tetapi dia merupakan penyerang ber-
bisa di hadapan pintu gol,” kata ketua
pasukan Freiburg, Christian Guenter
yang turut memuji aksi pemain itu.
“Dia merebut peluang pertama dan
menjaringkan gol.”
Dortmund bermain tanpa pemain
sayap England, Jadon Sancho dan
penjaga gol Roman Burki, kedua-dua
mereka masih belum pulih dari de-
mam dan ujian negatif bagi koronavi-
rus. – AFP
Aksi Braut Haaland menjaringkan gol ketika bertemu Freiburg kelmarin. - AP




