Isnin, 5 Oktober 2020
23
PELARI KENYA JUARAI
MARATON LONDON
LONDON, 4 OKT
Pelari dari Kenya,
Brigid
Kosgei
mengekalkan
ke-
juaraan Maraton London kategori
wanita hari ini, selepas membuat lar-
ian solo yang mengagumkan untuk
meraih kemenangan kariernya yang
keempat dalam acara larian sejauh 42.2
kilometer.
Kosgei mencatat masa dua jam 18
minit 58 saat, menamatkan perlumbaan
di hadapan pelari dari Amerika Syarikat,
Sarah Hall, yang mencatat masa terbaik
persendirian dengan catatan masa dua
jam 22 minit 1 saat.
Juara dunia dari Kenya, Ruth
Chepngetich melengkapkan podium
dengan 4 saat di belakang Hall.
Pada mulanya, perlumbaan dijadu-
alkan pada bulan April, namun Maraton
London dijadualkan semula pada
Oktober kerana pandemik koronavirus
yang mana kebanyakan acara sukan
balapan dan padang telah sama ada
dibatalkan atau ditunda, yang paling
mendapat perhatian adalah penundaan
Sukan Olimpik Tokyo.
Berbanding dengan larian yang
penuh berliku di sekitar jalan-jalan di
ibu kota England, acara kali ini diadakan
dengan larian 1.5 batu 19 pusingan di
sekitar St. James Park dan perlumbaan
berakhir di Istana Buckingham.
Kosgei, menegang rekod dunia
wanita dalam maraton dan memenangi
Maraton Chicago sebanyak dua kali,
meninggalkan Chepngetich selepas 18
batu dan mengekalkan rentak untuk
menuju ke garisan penamat.
“Cuaca yang tidak berapa bagus. Jadi
kami bergelut,” kata Kosgei mengenai
larian yang diadakan semasa hari hujan
dan cuaca sejuk.
“Ia adalah perlumbaan yang he-
bat,” katanya kepada
BBC
. “Kami tidak
membuat persediaan yang mencu-
kupi disebabkan oleh pandemik. Saya
bergelut sehingga saya menamatkan
perlumbaan.
“Saya akan membuat persediaan
yang baik untuk mencatat masa yang
lebih baik pada tahun hadapan.”- AFP
Pelari dari Kenya, Brigid Kosgei meraikan
kemenangan di podium selepas menjuarai
Maraton London. - AP
Nadal, Thiemmara
ke suku akhir
PARIS, 4 OKT –
Rafael Nadal dan
Dominic Thiem dipilih untuk bermain
menentang lawan masing-masing yang
tersenarai di luar ranking 200 teratas
untuk menempah tempat ke suku akhir
Roland Garros.
Pemain pilihan kedua, Nadal, juara
sebanyak 12 kali akan berdepan dengan
pemain ke-213, Sebastian Korda, anak
kepada Petr Korda yang merupakan naib
juara pada 1992.
Pemain nombor tiga dunia dan juara
Terbuka AS, Thiem, tewas kepada Nadal
dua tahun lalu, akan bertemu Hugo
Gaston, yang menduduki ranking ke-
239.
Korda yang 14 tahun lebih muda dari
pada juara Grand Slam 19 kali Nadal,
mengakui dia meminati pemain hebat
dari Sepanyol itu sejak kecil lagi.
“Saya menamakan kucing sama Rafa
sempena namanya. Itu menggambarkan
betapa besar minat saya terhadapnya,’
kata Korda, 20 tahun, yang mara dari
pusingan kelayakan dan sebelum
minggu ini dia tidak pernah memenangi
perlawanan dalam jelajah utama.
Namun, keluarganya terdiri daripada
ahli sukan.
Petr Korda memenangi Terbuka
Australia pada 1998. Ibunya, Regina
Rajchrtova merupakan bekas pemain 30
teratas WTA sementara adik-beradiknya
Nelly dan Jessica masing-masing
merupakan pemain nombor dua dan 22
dalam rangking golf LPGA.
Nadal, yang kurang bermain pada
masa ini, hanya bermain sembilan per-
lawanan dari dua pusingan.
Rekodnya di Paris kini kekal 96
kemenangan dan hanya dua kekalahan
sejak penampilan pada 2005.
“Saya tahu dia adalah pemain hebat.
Rafael Nadal semasaberaksi di RolandGarros.
Nadal akan bertemu dengan pemain ranking
ke-213, Sebastian Korda dalam perlawanan
seterusnya. - AP
Dia adalah pemain muda dan penuh
bertenaga. Saya rasa dia ada masa
depan yang cerah,” kata pemain nombor
dua dunia mengenai Korda.
Korda dan Gaston merupakan peser-
ta pertama di luar ranking 200 teratas
untuk mara ke pusingan 16 terakhir di
Paris sejak 2002.
Gaston adalah satu-satunya pemain
Perancis yang tinggal dalam kejohanan
daripada 18 orang yang memulakan ke-
johanan. - AFP
Dragic, Adebayo terlepas
perlawanan Miami Heat
MIAMI, 4 OKT
Peluang Miami Heat
untuk mengubah nasib mereka ke atas
Los Angeles Lakers lebur selepas Bam
Adebayo dan Goran Dragic secara
rasmi disenaraikan sebagai ‘dalam
keraguan’ untuk perlawanan hari ini
dalam tiga perlawanan inal NBA.
Pemain bintang, Adebayo dan
Dragic, kedua-duanya terlepas per-
lawanan kedua pada Jumaat dengan
kecederaan yang dialami dalam perla-
wanan pertama Heat, di mana mereka
tewas.
Adebayo mengalami kecederaan
di bahagian leher manakala Dragic
mengalami kecederaan di bahagian
kaki kirinya.
Ketiadaan kedua-dua pemain
itu akan meninggalkan kekosongan
besar untuk Heat, yang cuba untuk
mengelak dari kekalahan 03 dalam
siri kejuaraan terbaik dari tujuh
perlawanan pada hari ini.
Jurulatih Heat, Erik Spoelstra
berkata sebelum perlawanan bahawa
kedua-dua pemain tidak sabar untuk
kembali beraksi.
“Mereka adalah pejuang dan sen-
tiasa tidak sabar untuk turun beraksi,
tetapi mereka perlu rehat, pulih dan
menerima rawatan dan hanya masa
akan menentukan keadaan mereka
sekarang,” kata Spoelstra.
Penyerang bintang, Jimmy Butler
berkata selepas perlawanan kedua
mereka tidak sabar untuk bermain ‘se-
tiap saat sebelum perlawanan’ tetapi
menambah bahawa pasangan terse-
but perlu kekal berada di tepi gelang-
gang buat masa ini.
“Kami memerlukan mereka, kami
mahu mereka berada di sini bersama
kami. Tetapi ini lebih besar berbanding
bola keranjang,” kata Butler. – AFP
Selangor pamer aksi garang
KUALA LUMPUR, 4OKT
Pengendali
sementara pasukan Selangor Michael
Feichtenbeiner
sangat
gembira
dengan prestasi pemainnya yang
mencatat kemenangan besar 70 ke
atas pasukan tercorot Liga Super,
PDRM di Stadium Bola sepak Kuala
Lumpur, Cheras di sini, malam tadi.
Jurulatih kelahiran Jerman berusia
60 tahun itu berkata kemenangan kali
keduapasukandibawahbimbingannya
sudah tentu akan meningkatkan
semangat pemain skuad The Red
Giants untuk perlawanan terakhir
mereka menentang Felda United FC
di Stadium UiTM di Shah Alam pada
10 Oktober.
“Mereka bermain dengan baik
pada babak pertama, sama seperti
minggu lepas dan kami menjaringkan
beberapa gol yang baik dalam babak
pertama.
“Hanya pada 15 minit selepas
rehat, saya berasa tidak gembira
dengan persembahan mereka tetapi
selepas gol keempat, pemain berjaya
mendapat rentak mereka semula.
Kami mempunyai gaya bola sepak
tersendiri,” katanya pada sidangmedia
selepas perlawanan. – Bernama
Pelantikan jurulatih baharu mampu majukan sukan
KUALA PILAH, 4 OKT
Pelantikan
bekas pemain skuasy lelaki nombor
satu Malaysia Mohd Naiizwan Adnan
sebagai jurulatih kebangsaan dilihat
mampu membantu meningkatkan lagi
sukan itu di Malaysia.
Presiden Persatuan Raket Skuasy
Malaysia (SRAM) Gerard Monteiro
berkata kemahiran dan pengalaman
yang ada pada bekas pemain berusia
34 tahun itu dapat diperturunkan
kepada pemain muda sekali gus
memperkasakan lagi sukan skuasy
negara Malaysia.
“Pengalaman
dan
kemahiran
Naiizwan mampu membantu pemain
negara Malaysia berada pada prestasi
terbaik. Ini adalah terbaik kerana
bekas pemain terbaik negara kembali
untuk membantu pemain-pemain
muda negara Malaysia,” katanya
ketika ditemui pemberita pada
sambutan Hari Skuasy Sedunia 2020
peringkat Negeri Sembilan di sini hari
ini.
Turut berkenan hadir ke program
berkenaan ialah Yang Dipertuan
Besar Negeri Sembilan Tuanku
Muhriz Tuanku Munawir dan Presiden
Persatuan Skuasy Negeri Sembilan
(PSNS) Tunku Zain Al-’Abidin Tuanku
Muhriz. – Bernama




