Previous Page  13 / 24 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 13 / 24 Next Page
Page Background

Selasa, 6 Oktober 2020

13

BRUSSELS, 5 OKT

– Presiden

Suruhanjaya Eropah (EU) Ursula von

der Leyen berkata hari ini beliau akan

mengasingkan diri selama sehari se-

telah mendapat tahu beliau telah ber-

temu dengan seseorang yang dijang-

kiti koronavirus baharu.

Bekas menteri pertahanan Jerman

itu berkata beliau telah diuji negatif

dua kali – sekali pada Khamis lalu dan

sekali lagi pada Isnin – tetapi akan

meneruskan kuarantin ‘seperti yang

ditetapkan oleh peraturan.’

Von der Leyen berkata beliau

menghadiri mesyuarat pada Selasa

minggu lalu yang dihadiri oleh seorang

individu yang diuji positif koronavirus

pada Ahad. Ketua eksekutif EU itu tidak

menyebut perkara ini dalam pengumu-

man beliau, tetapi pada hari tersebut

beliau melawat Lisbon untuk berun-

ding dengan pegawai kanan Portugal.

Apabila beliau berada di Brussels,

von der Leyen tinggal dalam pang-

sapuri kecil di tingkat ke-13 ibu pejabat

Berlaymont Suruhanjaya Eropah, ber-

sebelahan dengan pejabatnya.

Mariya Gabriel, pesuruhjaya EU

untuk penyelidikan dan inovasi, juga

berkata hari ini seorang anggota kum-

pulannya telah diuji positif dijangkiti

virus dan beliau dan anggota kabinet-

nya sedang menjalani pengasingan

diri. – AFP

DUBAI, 5 OKT

– Taman Safari di

Dubai membuka semula pintunya

hari ini selepas kerja-kerja pembaikan

dua tahun, tatkala negara emiriah

itu berusaha merangsang sektor

pelancongan di tengah pandemik

koronavirus. Taman tarikan seluas 119

hektar, yang dibina di tapak bekas

pembuangan

sampah,

pertama

membuka pintunya kepada orang

awam pada Disember 2017, tetapi

ditutup lima bulan kemudian untuk

‘kerja-kerja pembaikan taman.’

Selepas menambah pelbagai jenis

haiwan dan tumbuhan dan peralihan

dalam pengurusan, taman itu dibuka

untuk perniagaan semula.

Pengarah operasi Muna Alhajeri

berkata tapak itu – terletak di rantau

padang pasir timur Dubai, salah

satu daripada tujuh emiriah yang

membentuk Emiriah Arab Bersatu

(UAE) –menjadi tempat tinggal kepada

3,000 haiwan. – AFP

TIGA DIIKTIRAF

TEMUI VIRUS

HEPATITIS C

ThomasPerlmann (kanan)mengumumkanpemenangHadiahNobel 2020dalamPerubatan ( dari

kiri ke kanan) Harvey Alter, Michael Houghton dan Charles Rice semasa sidangmedia di Institut

Karolinska di Stockholm, Sweden kelmarin. – AFP

STOCKHOLM, 5 OKT

– Warga Amerika

Harvey Alter dan Charles Rice bersama

warga Britain Michael Houghton me-

menangi Hadiah Perubatan Nobel hari

ini atas penemuan mereka dalam virus

Hepatitis C, justeru membuka laluan ke-

pada ubat penawar, kata juri Nobel.

Ketiga-tiga mereka diiktiraf atas

‘sumbangan mereka dalam perjuangan

memerangi hepatitis, masalah kesihatan

global yang mengakibat cirrhosis dan

kanser hati di kalangan penduduk di

seluruh dunia,” kata juri.

Pertubuhan

Kesihatan

Sedunia

menganggarkanterdapatkira-kira70juta

jangkitan Hepatitis C di seluruh dunia,

membawa kepada kira-kira 400,000

kematian setiap tahun. Ia mempunyai

gejala seperti tidak mempunyai selera,

muntah, lesu dan penyakit kuning.

Disebabkan

penemuan

ketiga-

tiga mereka, ujian darah amat sensitif

untuk virus kini boleh diperoleh dan

mereka telah “menghapus hepatitis di

kebanyakan kawasan dunia, sekali gus

mempertingkat kesihatan global,” kata

jawatankuasa Nobel.

Penemuan mereka membenarkan

pembangunan ubat antiviral untuk

Hepatitis C.

“Untuk kali pertama dalam sejarah,

penyakit tersebut kini boleh diubati,

justeru menambah harapan untuk mem-

basmi virus Hepatitis C dari penduduk

dunia,” menurut juri.

Sebelum kerja mereka, penemuan

virus Hepatitis A dan B telah menjadi

langkah kritikal – penemuan Hepatitis

B memenangi Hadiah Perubatan Nobel

pada 1976 – namun majoriti kes hepatitis

masih tidak dapat dijelaskan.

Penemuan

virus

Hepatitis

C

mendedahkanpuncakeshepatitis kronik

yang tinggal dan ‘menjadikan ujian

darah dapat dilakukan dan ubat baharu

dihasilkan yang menyelamat jutaan

nyawa,” kata jawatankuasa Nobel.

Ketiga-tiga mereka akan berkongsi

hadiah wang berjumlah 10 juta kroner

Sweden. Houghton, Alter dan Rice

akan menerima hadiah mereka dari

Raja Carl XVI Gustaf pada majlis formal

di Stockholm pada 10 Disember, ulang

tahun kematian saintis Alfred Nobel

yang mencipta hadiah tersebut dalam

wasiatnya pada 1896. – AFP

Ketua EU jalani pengasingan diri

Taman Safari Dubai

dibuka semula

Seorang pelatih mencium burung kakak tuanya semasa satu pertunjukan di Taman Safari

Dubai pada 4 Oktober di Emiriah Arab Bersatu. – AFP