Previous Page  14 / 24 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 14 / 24 Next Page
Page Background

Selasa, 6 Oktober 2020

14

TOKYO, 5 OKT

– Saham global men-

ingkat hari ini apabila pelabur berasa

optimistik dengan laporan positif

mengenai kesihatan Presiden Donald

Trump selepas beliau dimasukkan ke

hospital kerana dijangkiti koronavirus.

CAC 40 Perancis meningkat

0.8 peratus kepada 4,862.59. DAX

Jerman meningkat 0.6 peratus ke-

pada 12,764.81. FTSE Britain pula me-

nambah 0.5 peratus kepada 5,930.28.

Saham Amerika Syarikat (AS) dijangka

meningkat, dengan kontrak niaga de-

pan untuk industri Dow dan S&P 500

meningkat 0.6 peratus.

Dalam perniagaan di Asia, Nikkei

225 di Jepun naik 1.2 peratus untuk

berakhir pada 23,312.14. Kospi Korea

Selatan melonjak 1.3 peratus kepada

2,358.00, sementara S&P/ASX 200

di Australia meningkat 2.6 peratus

kepada 5,941.50.

Hang Seng di Hong Kong

meningkat 1.3 peratus kepada

23,767.78. Pasaranditutupdi Shanghai

sehingga Jumaat.

Stephen Innes, ketua ahli strategi

pasaran global di Axi, berkata pasaran

global menumpu pada laporan

kesihatan Trump.

“Adalah sukar untuk melihat

perkembangan keadaan kesihatan

Presiden AS Donald Trump dalammer-

angka pergerakan harga pada minggu

depan,” kata beliau dalam laporan.

- AFP

PETALING JAYA, 5 OKT

– Persidangan

Halal Sedunia 2020 yang ke-12 anjuran

Halal Development Corporation (HDC)

pada 6 Oktober ini bakal membincang-

kan anjakan industri halal menuju ke

Ekonomi Baharu Dunia di dalam situ-

asi normal baharu susulan pandemik

dunia.

“Koronavirus

telah

mengubah

landskap ekonomi di mana para

pengguna terpaksa menyesuaikan

diri kepada amalan-amalan baharu

semasa sekatan pergerakan dan

kuarantin.

Ini akan berterusan, ianya telah

mengubah gaya hidup dan kelakuan

pengguna, dan penduduk di serata

dunia kini berusaha untukmenyesuaikan

diri dengan amalan normal baharu,” kata

Hairol Ariffein Sahari, Ketua Pegawai

Eksekutif HDC.

Dunia kini adalah pentas transformasi

baharu apabila permintaan pengguna

untuk produk yang bersih dan selamat

meningkat dengan mendadak selepas

pandemik. Dengan sekatan yang

dikenakan bagi mencegah penyebaran

virus ini, perdagangan secara digital

telah meningkat apabila pengguna

beralih ke atas talian untukmendapatkan

produk dan perkhidmatan.

Mengambil perspektif perubahan

landskap ekonomi, tema WHC2020

“Komuniti Halal Pacu Ekonomi Baharu

Dunia” akan menyelami perubahan yang

sedang berlaku, transformasi sedia ada

dan diperlukan untuk dilaksanakan

serta menerokai pelbagai cabaran dan

peluang yang timbul dalam konteks

pengeluaran dan penggunaan yang

mampan.

Persidangan Halal Sedunia tahunan

anjuran HDC ini merupakan satu

platform pemikiran kepimpinan global

yang menghimpunkan komuniti dalam

lingkungan ekosistem halal. - Bernama

SEJONG, 5 OKT

– Pembelian dalam

talian melonjak 27.5 peratus dari tahun

sebelumnya pada Ogos, ditunjukkan

oleh data pada hari ini, apabila pande-

mik COVIDž19 mendorong lebih ramai

pengguna membeli barangan keper-

luan melalui platform e-dagang, lapor

agensi berita

Yonhap

.

Nilai urus niaga dalam talian

mencapai paras tertinggi 14.38 trilion

won (AS$12.29 bilion) pada bulan itu,

naik 3.1 trilion won pada bulan yang

sama tahun lalu, menurut data dari

Statistics Korea.

Peningkatan mendadak pada Ogos

disebabkan oleh pandemik yang me-

maksa orang ramai untuk menggunakan

kedai dalam talian.

Pandemik COVIDž19, dengan kes

pertama yang disahkan di Korea Selatan

pada akhir Januari, telah memaksa

ramai penduduk Korea Selatan tinggal

dan bekerja dari rumah, menyebabkan

mereka terpaksa berbelanja bukan di

kedai.

Penjualan barang keperluan dalam

talian, termasuk pembersihdanpencuci,

meningkat 59.3 peratus tahun ke tahun

pada Ogos.

Sebaliknya pembelian dalam talian

untuk aktiviti luar talian, turun men-

dadak, dengan pembelian untuk acara

kebudayaan dan program pelancongan

merosot 56.7 peratus pada tahun ke

tahun.

Pembelian yang dilakukan melalui

telefon pintar, tablet dan peranti

mudah alih lain melonjak 27.8 peratus

tahun ke tahun kepada 9.32 trilion won

pada Ogos, menjadikannya 64.8 peratus

daripada keseluruhan perbelanjaan

dalam talian. – Bernama

ATHENS, GREECE, 5 OKT

– Microsoft

telah mengumumkan rancangan untuk

membina tiga pusat data di Athens,

menyediakan pelaburan yang amat

diperlukan sehingga AS$1 bilion kepada

ekonomi Greece yang telah terjejas

teruk akibat pandemik.

Berita tersebut diumumkan hari ini

oleh syarikat teknologi AS dan Perdana

Menteri Greece Mitsotakis berikutan

rundingan selama sembilan bulan untuk

mencapai satu perjanjian yang juga

termasuk program latihan kemahiran

digital untuk kira-kira 100,000 pekerja

kerajaan dan sektor swasta serta

pendidik dan pelajar.

“Pelaburan ini mencerminkan ke-

yakinan kami dalam ekonomi Greece,

dalam rakyat Greece dan kerajaan

Greece,” kata Presiden Microsoft Brad

Smith pada satu majlis yang diadakan di

Muzium Acropolis, berdepan tapak lama

di tengah Athens. “Ia bukan sesuatu

yang kami selalu lakukan dan ia bukan

sesuatu yang kami pandang ringan.”

Greece baru-baru ini pulih daripa-

da krisis kewangan bertahun lamanya

tetapi ekonominya telah terjejas teruk

oleh pandemik, mengalami kemeroso-

tan 15.2 peratus dalam keluaran pada

suku kedua. Pengangguran pada Jun

meningkat kepada 18.3 peratus pada

awal tahun.

Pandemik COVIDž19 telah men-

MICROSOFT,

GREECE UMUM

PELABURAN

AS$1 BILION

PresidenMicrosoftBradSmith(kiri)bercakapdenganPerdanaMenteriGreeceKyriakosMitsotakis

dalam satu majlis yang diadakan di MuziumAcropolis, tengah Athens kelmarin. – AP

dedahkan kebergantungan negara

pada pelancongan. Kerajaan Mitsotakis

berkata ia mahu mengalih imbangan

ekonomi Greece semasa pemulihannya,

membangunkan sektor tenaga, teknolo-

gi dan pertahanan, dan berharap da-

pat menarik balik puluhan ribu siswazah

yang meninggal sektor semasa krisis.

Microsoft buat masa sekarang

mempunyai pusat data di 26 negara,

termasuk tujuh di Kesatuan Eropah.

Syarikat yangberpangkalandi Redmond,

Washington, telah pun bekerjasama

dengan kerajaan Greece dalam projek

Ancient Olympia, tempat kelahiran

sukan Olimpik. – AP

Pembelian dalam talian Korea

Selatan meningkat

Industri halal dukung

ekonomi baharu dunia

Ratusan pawagamRegal,

Cineworld ditutup

Gambar fail menunjukkan logo pawagam

Cineworld di Northampton, England.

Media UK berkata rangkaian Cineworld

akan ditutup di semua lokasi UK selepas

penangguhan ’ilem

James Bond

baharu

meninggalkan jurang besar dalam jadual

pawagam. – AP

LONDON, 5 OKT

– Saham dalam

syarikat yang memiliki pawagam Regal,

Cineworld dan Picturehouse merosot

sebanyak 58 peratus selepas ia berkata

ia akan menutup pawagam tersebut

buat sementara waktu disebabkan

penangguhan ¥ilem terbaharu

James

Bond

meninggalkannya dengan jurang

jadual besar dan tidak banyak ¥ilem

blokbuster untuk menarik pelanggan

semasa pandemik.

Cineworld Group Plc berkata hari ini

bahawa 536 pawagam Regal di Amerika

Syarikat (AS) dan 127 Cineworld dan

Picturehouse di UK akan ditutup pada

Khamis. Kira-kira 45,000 pekerja akan

terjejas akibat penutupan itu.

Syarikat berkata dengan pasaran

besar seperti NewYorkditutupdan tanpa

panduan mengenai bila mereka akan

dibuka semula, ‘studio keberatan untuk

mengeluarkan ¥ilem baharu mereka.’

Tanpa pengeluaran ¥ilem berkenaan,

syarikat tidak dapatmemberikanpelang-

gan ‘¥ilem komersial yang kukuh yang

diperlukan untuk membolehkan

mereka menimbang kembali semula

ke pawagam di sebalik COVIDž19.’

Saham Cineworld merosot 15.64

pound di London dan merosot 31

peratus pada 27.41 dalamperniagaan

pagi. – AP

Saham global meningkat, optimistik

laporan kesihatan Trump