Previous Page  15 / 24 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 15 / 24 Next Page
Page Background

Selasa, 6 Oktober 2020

15

SIMY. H.

PERPADUAN PEMANGKIN

PEMBANGUNAN BERSAMA

Sejak penubuhan hubungan diploma-

tik di antara Negara Brunei Darussalam

dan Republik Rakyat China pada 1991,

tidak dapat dina ikan bahawa hubungan

persahabatan dan kerjasama dua hala

di antara kedua-dua buah negara berke-

naan terus diperkukuhkan dalam pel-

bagai bidang termasuk perdagangan,

pendidikan, pertahanan, kebudayaan,

pertanian dan pelancongan.

Negara Brunei Darussalam dan

Republik Rakyat China juga akan merai-

kan ulang tahun penubuhan hubungan

diplomatik ke-30 di antara kedua-dua

buah negara pada 2021 di mana sepan-

jang hubungan diplomatik itu, banyak

pertukaran budaya telah dilaksana-

kan selain dapat menyumbang kepada

pembangunan hubungan kebudayaan

di antara Brunei dan China.

Ia telah menyumbang kepada kefa-

haman yang lebih mendalam di antara

penduduk kedua-dua buah negara

serta menjana rasa perpaduan di ka-

langan penduduk dan mendalamkan

lagi hubungan di antara Brunei dan

China.

Persahabatan itu turut diperkukuh-

kan menerusi sokongan bersepadu

di antara kedua-dua buah negara da-

lam menangani penularan pandemik

COVID„19, di mana walaupun ber-

hadapan dengan pandemik berkenaan

namun hubungan dua hala kedua-dua

buah negara berkenaan terus kukuh

dan dipertingkatkan.

Hubungan yang akrab di antara ke-

dua-dua buah negara itu dinyatakan oleh

Duta Republik Rakyat China ke Negara

Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama

Yu Hong semasa sesi pertemuan dengan

media mengenai hubungan dua hala

Negara Brunei Darussalam dan Republik

Rakyat China, baru-baru ini.

Beliau juga berkata bahawa tahun

2020 merupakan tahun yang luar biasa

di mana kedua-dua buah negara be-

kerjasama untuk menentang pandemik

COVID„19.

Beliau berkata bahawa dalam me-

nangani pandemik berkenaan, pen-

duduk kedua-dua buah negara telah

banyak menyokong di antara satu sama

lain di mana ia telah mengukuhkan lagi

kerjasama, kepercayaan bersama dan

persahabatan.

Dalam hubungan itu, beliau menya-

takan penghargaannya kepada kera-

jaan dan rakyat Brunei yang telah ban-

yak membantu serta komited kepada

persahabatan Brunei-China menerusi

kerjasama dan sokongan yang dihulur-

kan kepada China dalam keadaan yang

mencabar itu.

PYT Yu Hong menjelaskan bahawa

pandemik COVID„19 memberikan impak

yang tidak dapat didugakan kepada

dunia apabila ia mula dilaporkan di

China, di mana Chinamerupakan negara

pertama yang terjejas olehnya dan akan

terus berusaha untuk menangani virus

berkenaan.

Virus itu, tambahnya lagi, bukan sa-

haja mengancam penduduk di China

tetapi juga merupakan ancaman kesi-

hatan penduduk global dan ia memer-

lukan kerjasama daripada semua pihak

untuk menanganinya.

Beliau menyatakan perasaan peng-

hargaan kepada Kerajaan Negara Brunei

Darussalam atas sokongan, kefahaman

dan simpati yang dihulurkan dimana

sentuhan ikhlas itu amat dihargai oleh

segenap penduduk China.

PYT Yu Hong juga menyatakan ba-

hawa perutusan daripada Kebawah

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri

Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan

Negara Brunei Darussalam kepada

Presiden Republik Raykat China, Tuan

Yang Terutama Xi Jinping dan Perdana

Menteri Republik Rakyat China, Tuan

Yang Terutama Li Keqiang, menge-

nai usaha China menangani pandemik

COVID„19 amat dihargai.

Menurutnyasokonganyangdiberikan

memberikan semangat kepada mereka

untuk terus berjuang menangani

pandemik berkenaan dan juga amat

menghargai sokongan dan sumbangan

yang dihulurkan oleh kerajaan Negara

Brunei Darussalam.

PYT Yu Hong menerangkan bahawa

apabila kes pertama jangkitan COVID-

19 dilaporkan di Negara Brunei

Darussalam, China terus menghulurkan

bantuan kepada Brunei untuk sama-

sama menangani penularan pandemik

COVID„19.

Selain daripada sumbangan yang

dihulurkan kepada

COVID„19 Relief

Fund

, China menerusi kerajaan wilayah

dan syarikat-syarikat China di Negara

Brunei Darussalam turut menghulurkan

bantuan peralatan perlindungan diri

(PPE) dan juga penutup mulut dan

hidung.

PYT Yu Hong juga menyatakan ba-

hawa China juga berkongsi pengalaman

dan langkah-langkah kawalan dengan

pihak-pihak yang berkenaan di Brunei.

Pada masa yang sama, turut mem-

bantu dalam membuat pembelian ba-

rangan perubatan yang diperlukan di

China di mana banyak negara berlum-

ba-lumba untuk membeli barangan

perubatan.

Manakala itu, ketika menyentuh men-

genai dengan hubungan perdagangan

di antara kedua-dua buah negara, beliau

berkata bahawa dalam tempoh lapan

bulan pertama 2020, perdagangan di

antara kedua-dua buah negara telah

menyaksikan peningkatan yang tinggi

iaitu sebanyak AS$1.26 bilion berband-

ing dengan AS$0.61 bilion pada tempoh

yang sama pada 2019 iaitu peningkatan

sebanyak 108 peratus.

Kadar

pertumbuhan

itu juga

merupakan yang terbesar di antara

China dan negara-negara anggota

ASEAN di mana eksport bagi Brunei ke

China menyaksikan peningkatan yang

tinggi iaitu daripada AS$0.2 bilion

kepada AS$0.95 bilion.

Dengan peingkatkan yang besar itu,

PYT Yu Hong yakin bahawa hubungan

perdagangan di antara kedua-dua buah

negara akan terus kukuh.

Beliau juga menyatakan bahawa

Projek Pulau Muara Besar Hengyi terus

memberikan

sumbangan

kepada

pertumbuhan Keluaran Dalam Negara

Kasar (KDNK) Brunei di mana menurut

statistik pada suku keempat 2019, ia

telah menyumbang sebanyak kira-kira

$110 juta atau dua peratus pertumbuhan

KDNK negara.

PYT Yu Hong juga menyentuh men-

genai dengan Tahun Pelancongan

Brunei-China 2020 yang dilancarkan

pada Februari lalu dengan matlamat

untuk mengukuhkan lagi hubungan di

antara kedua-dua buah negara meneru-

si pelbagai kegiatan pelancongan.

Tetapi

jelasnya,

disebabkan

oleh pandemik COVID„19, pelbagai

acara yang dirancangkan bagi tahun

pelancongan

berkenaan

terpaksa

ditunda kepada 2021 namun begitu,

beberapa sesi taklimat dan kursus

pelancongan dilaksanakan secara dalam

talian dan maya bagi memperkenalkan

keunikan serta keindahan kedua-dua

buah negara.

PYTYuHongbercakapsemasasesi pertemuan

dengan media mengenai hubungan dua hala

Negara Brunei Darussalam dan Republik

Rakyat China, baru-baru ini.