Selasa, 6 Oktober 2020
17
AZZAM SHAM
TAKLUKI BIG
STAGE 2020
Tahniah Azzam Sham kerana muncul sebagai
juara programBig Stage 2020. - Agensi
Penyanyi Azzam Sham muncul sebagai
juara program Big Stage 2020 yang
berlangsung di Pusat Konvensyen
Antarabangsa Putrajaya (PICC) baru-
baru ini.
Kemenangan itu melayakkan Azzam,
23, membawa pulang hadiah wang tunai
berjumlah RM100,000 berserta troi.
Azzam
menerusi
ucapan
kemenangan berterima kasih kepada
semua yang menyokongnya terutama
peminat sehingga membolehkan dia
bergelar juara.
“Saya tak sediakan ucapan tapi
pertama sekali saya terima kasih kepada
Allah SWT. Bakat yang saya ada daripada
Allah Maha Berkuasa. Terima kasih ibu
bapa, keluarga, datuk dan nenek saya
“Terima kasih juga kepada peminat
yang selalu undi saya, ” katanya.
Pada pentas akhir itu, Azzam
menyampaikan lagu
Aku
Bidadari
Syurgamu
nyanyian asal Datuk Seri Siti
Nurhaliza dan lagu
Grenade
(Bruno
Mars).
Dia menerima markah daripada juri
dan undian penonton secara dalam
talian sebanyak 67.85 peratus.
Naib juara dimenangi oleh Usop
dengan markah sebanyak 66.57
peratus dan tempat ketiga oleh Qody
Rany dengan markah sebanyak 61.85
peratus.
Masing-masing membawa pulang
wang tunai RM50,000 dan RM20,000
berserta troi.
Manakala, tempat keempat dan
kelima menjadi milik Dinie Rashid
(60.04) dan Fadh Majid (58.80).
Usop selaku naib juara menyanyikan
Neelofa cerita
cabaran bina jenama
Genap enam tahun menjalankan
perniagaan tudung di bawah jenama
Naelofar, pengacara popular Neelofa
berkata, dia berdepan pelbagai
cabaran sejak hari pertama bergelar
usahawan.
Neelofa, 31, berkata cabaran
dan dugaan yang dilalui sepanjang
membangunkan
perniagaan
itu
mematangkan dirinya untuk terus
berdiri kukuh sehingga hari ini.
“Saya masih ingat lagi, kami
bermula pada tahun 2014 dengan
hanya tiga orang pekerja... tahun
pertama itu memang banyak dugaan
antaranya pekerja tak amanah dan
ambil kesempatan, mencuri, dikhianati
dan sebagainya.
“Kalau nak ikutkan terlalu banyak,
semua cabaran kita dah lalui dan
hadapi tapi saya bersyukur sebab
daripada situlah kita belajar banyak
benda. Saya percaya setiap keburukan
pasti ada kebaikan.
“Sayasentiasaberdoasupayadapat
pasukan yang terbaik, Alhamdulillah!
Allah makbulkan doa saya dan hari ini
saya memiliki pasukan terbaik yang
membantu menjalankan jenama ini,”
katanya kepada wartawan.
Bekas
pengacara
pro-
gram
MeleTOP
ini ditemui semasa
pelancaran butik baharu Naelofar ba-
ru-baru ini.
Meskipun menjalankan perniagaan
bersama keluarga, Neelofa berkata
cabaran tetap ada apabila mereka
kerap berselisih pendapat antara satu
sama lain.
“Isu kepercayaan bukan masalah
utama kerana kami percaya antara
Neelofa mengongsikan pelbagai cabaran
selepasenamtahunmenjalankanperniagaan
tudung. - Agensi
satu sama lain cumanya cabaran perlu
bermain dengan emosi. Berselisih
pendapat setiap kali nak buat sesuatu,
itu biasa!
“Tiga tahu pertama tu, leave group
itu selalu... iyalah dekat pejabat kita
bekerja, di rumah masih bercerita
mengenai perniagaan.
“Tapi Alhamdulillah apa kita lalui
semakin mematangkan kita untuk
menjadi lebih profesional walaupun
kita bekerja sesama adik-beradik,”
katanya. - Agensi
IU kongsi tip mampu
selamatkan nyawa
Penyanyi IU berkongsi tip untuk
memulihkan diri daripada kekecewaan
ialah dengan berhenti melakukan
semua perkara dan berehat sementara
waktu.
Menurut IU, seseorang itu tidak akan
menjadi lebih baik dan pulih sepenuhnya
jika tidak berhenti melihat kisah
silam walaupun sudah menjaga
pemakanan.
“Saya rasa untuk memulihkan diri
dengan betul, anda perlu berhenti
melakukan semua perkara. Saya
rasa anda perlu berehat untuk pulih
sepenuhnya.
“Bagaimana
pun
anda
jaga
pemakanan,
jika
anda
tidak
berhenti melihat ke belakang dan
menjaga diri, anda tidak akan menjadi
lebih baik.
“Bagi saya, nak pulih kena berhenti
dan berehat,” kongsi IU ketika
mengacara program
Tree, Tree
baru-
baru ini. - Agensi
Antara tip yang dikongsikan IU untuk
memulihkan diri dari kekecewaan adalah
berehat sementara waktu. - Agensi
lagu
Arjuna Mencari Cinta
nyanyian asal
Dewa 19 dan lagu
Peluang Kedua
(Nabila
Razali).
Kesemua peserta dihakimi oleh dua
orang juri tetap iaitu Dayang Nurfaizah,
Faizal Tahir dan Ajai serta juri undangan
Misha Omar.
Keputusan pemenang ditentukan
oleh pemarkahan juri dan undian
penonton secara dalam talian.
Big
Stage
musim
pertama
menyaksikan penyanyi Sarah Suhairi
menjadi juara manakala juara untuk
musimkedua pulamilik penyanyi berasal
dari Korea Selatan iaitu Han Byul.
Big Stage 2020 disiarkan secara
langsung melalui kaca televisyen dan ia
dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Al
Hadad. - Agensi
Keluarga sokong
keputusan Demi Lavato
Keputusan
penyanyi
terkenal
Demi Lovato memutuskan tali
pertunangannya dengan aktor Max
Ehrich mendapat sokongan seluruh
keluarganya.
Memetik laporan
Hollywoodlife
,
sumber terdekat memberitahu ahli
keluarga meluahkan rasa syukur Demi
menyedari hubungan tersebut tidak
dapat diteruskan sebelum mereka
berkahwin.
“Seluruh
keluarga
Demi
Lovato menarik nafas lega kerana
mereka tidak akan berkahwin,” kata
sumber.
Selepas dua bulan mengikat tali
pertunangan pada 22 Julai lalu, Demi
Lovato mengambil keputusan untuk
berpisah dengan Max Ehrich.
Difahamkan, keputusan itu dibuat
kerana kedua-dua selebriti ini mahu
memilih membawa haluan masing-
masing dan mahu fokus dengan karier
seni.
Hubungan cinta pasangan ini
bermula apabila Demi dilihat di dalam
siaran langsung Instagram (IG Live)
Max pada awal Mac lalu. - Agensi
Demi Lovato sebelum ini pernah bertunang dengan Mac Ehrich pada 22 Julai lalu. - Agensi




