Selasa, 6 Oktober 2020
18
PROGRAMPOS RIDER BANTU
GOLONGAN HILANG PEKERJAAN
SHAH ALAM –
Kehidupan le-
laki berusia awal 50an ini dili-
hat cukup sempurna. Memiliki
syarikat sendiri, mempunyai
beberapa buah kenderaan, me-
netap dalam kediaman sung-
guh selesa mahupun berbelan-
ja ribuan ringgit setiap bulan!
Pastinya, kesenangan dan
kehidupan penuh bergaya yang
dinikmati usahawan Chairil
Anwar Sabar bersama keluar-
ganya menjadi dambaan serta
impian sesiapa sahaja.
Namun begitu, siapa sangka
segala kekayaan yang dikecapi
lebih satu dekad hasil keringat-
nya selama ini mengusahakan
perniagaan acu tekan logam
di Rawang, Selangor, akhirnya
‘ternoktah’ begitu sahaja akibat
pandemik COVID19.
Tidak ada satu pun yang
dapat diselamatkannya apabila
perusahaan yang dijalankan
selama hampir 13 tahun itu
terpaksa ditutup operasi beri-
kutan kekangan dana untuk
menguruskannya lagi. Menurut
Chairil Anwar, semuanya mus-
nah sekelip mata dan apa yang
tinggal hanyalah timbunan hu-
tang syarikat bernilai puluhan
ribu ringgit.
Mempunyai anak yang
masih belajar dan paling ke-
cil berusia dua tahun, keperi-
tan hidup yang dihadapinya
itu bertambah kritikal apabila
bapa kepada tujuh orang anak
ini gagal mendapat sebarang
pekerjaan selain simpanannya
mengalir laju untuk perbelan-
jaan keluarga mahupun mem-
bayar hutang.
Tiga bulan menganggur,
namun semuanya berubah se-
baik lelaki kelahiran Klang ini
menyertai program ‘Pos Rider’
pada akhir Mei lepas, iaitu ini-
siatif pekerjaan di bawah Pos
Malaysia, sekali gus memberi
‘sinar baharu’ buat Chairil
Anwar meneruskan kelang-
sungan kehidupan bersama
keluarganya.
‘Pos Rider’
Chairil Anwar, antara ejen
Pos Rider yang dilantik dari-
pada 1,400 Pos Rider seluruh
negara oleh Pos Malaysia sepa-
njang tempoh PKP, bertujuan
bukan sahaja melancarkan ka-
pasiti penyerahan barang ke-
pada pelanggannya.
Tetapi juga, program yang
diperkenalkan pada September
tahun 2019 ini menariknya telah
berjaya mewujudkan peluang
pekerjaan kepada mereka yang
hilang mata pencarian khusus-
nya semasa tempoh PKP yang
menyaksikan ramai kehilangan
sumber pendapatan ketika itu.
Hakikatnya,
pandemik
COVID19 yang menyerang se-
antero dunia nyata memberi
kesan sangat hebat kepada ke-
langsungan ekonomi negara
berikutan majoriti besar industri
terjejas dengan wabak berke-
naan sehingga ada terpaksa
mengurangkan jumlah pekerja
mahupun menutup operasi.
Ini membuatkan ramai kehil-
angan pekerjaan dan berdasar-
kan statistik Sistem Insurans
Pekerjaan (SIP) Pertubuhan
Keselamatan Sosial (PERKESO)
setakat 10 Sept lepas, 79,737
orang hilang pekerjaan bagi
tahun 2020. Manakala kadar
pengangguran sewaktu pande-
mik COVID19 melanda negara
meningkat daripada 3.3 pera-
tus pada Februari kepada 4.9
peratus Jun 2020.
Biarpun demikian, berlainan
pula dengan Pos Malaysia yang
berjaya mewujudkan peluang
pekerjaan pada saat situasi
sangat kritikal dengan pember-
hentian pekerja dalam pelba-
gai sektor apabila syarikat ini
melantik 1,400 ejen Pos Rider
hanya pada musim PKP sahaja.
“Pekerjaan baharu ini jauh
berbeza daripada dulu, tidak
lagi pakai ‘sut’ dan kerja di
bawah
penghawa
dingin.
Tetapi, saya gembira dan sero-
nok apabila dapat bertemu pel-
bagai karakter orang setiap hari
semasa menghantar barang.
“Yang penting, pendapatan
sebagai Pos Rider sebenarnya
agak lumayan sekiranya rajin.
Kalau komited, mula bekerja
dari hari Isnin sehingga Sabtu
dan buat penghantaran se-
banyak 150 barangan sehari,
kiranya dalam seminggu sudah
boleh dapat RM2,500,” katanya.
Denganpendapatanmenarik
ini, Chairil Anwar yang sebelum
ini hanya melakukan Pos Rider
separuh masa kini menjadikan
pekerjaan itu sebagai sumber
rezeki utamanya apabila ia ber-
jaya membantunya menerus-
kan kelangsungan keluarga dan
membayar hutang.
Terjamin
Menariknya, keseronokan
yang dirasai Chairil Anwar se-
bagai Pos Rider turut diakui
Muhammad Haidz Ahmad
Fadzil, 33, sehingga anak muda
ini komited menjadikannya se-
bagai pekerjaan jangka masa
panjang kerana yakin ia terja-
min dan stabil.
Malah, anak lelaki daripada
empat beradik ini sedikit pun
tidak menyesal melepaskan ja-
watannya sebagai pensyarah di
sebuah kolej swasta biarpun pro-
fesional tersebut biasanya dilihat
tinggi kalangan masyarakat.
Bagi bapa kepada seorang
anak ini, dia mengakui tidak
pernah terlintas bahawa suatu
hari nanti akan terlibat dengan
kerjaya penghantar barangan
kerana beranggapan profesion
pensyarah sudah cukup stabil.
“Semuanya mula berubah
sejak PKP apabila kolej tempat
saya mengajar terpaksa memo-
tong hampir setengah gaji me-
nyebabkan baki yang tinggal
tidak cukup sara keluarga. Jadi,
saya pun ambil keputusan ber-
henti kerja dan cari pekerjaan
lain tetapi tidak berjaya.
“Memang tertekan sebab
duit simpanan banyak keluar
dan terpaksa juga pinjam den-
gan emak ayah.
“Tetapi, syukur selepas
ternampak iklan Pos Rider di
Facebook dan permohonan
berjaya, saya kini komited
menjadikan Pos Rider sebagai
pekerjaan tetap selepas ham-
pir lima bulan bekerja,” katanya
yang sebelum ini mengajar bi-
dang kejuruteraan automotif.
Istimewanya, pendapatan
yang diperoleh anak lelaki kela-
hiran Kuala Lumpur ini sebagai
Pos Rider adalah dua kali gan-
da berbanding gaji yang diper-
oleh sebagai pensyarah sekali
gus membolehkannya untuk
menghulurkan kembali duit
kepada emak ayah serta mem-
bantu adiknya yang kesempi-
tan kewangan.
Menurut
Muhammad
Haidz, dia kini gembira bekerja
sebagai Pos Rider kerana selain
daripada kurang tekanan, lebih
banyak sebenarnya masa dapat
diluangkan bersama keluarga
berbanding dahulu.
Komisyen penuh
“Biasalah kerja sebagai pen-
syarah banyak yang perlu diikir
daripada perihal kerja sehing-
galah sikap dan masalah pela-
jar. Perkara ini boleh terbawa
sehingga balik kerja dan ketika
cuti.
“Tetapi, apabila saya bekerja
sebagai Pos Ridermemang jauh
berbeza perasaannya. Hanya
tertekan ketika waktu kerja sa-
haja kerana hendak kejar masa
hantar barang tetapi lama kela-
maan kita sudahmahir dan tahu
bagaimana menguruskannya.
“Menariknya lagi, pekerjaan
Pos Rider memang betul-betul
membantu golongan seperti
kami yang hilang mata pencari-
ankerana 100peratus komisyen
diperoleh hasil penghantaran
barang dapat kepada kami.
Tidak ada peratusan untuk Pos
Malaysia,” katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif
Perkhidmatan Pos, Mohamed
Rozaidi Md Sharif berkata, ra-
kan penghantaran barangan
Pos Rider memainkan peranan
penting semasa PKP dengan
membantu Pos Malaysia beru-
rusan dengan peningkatan
jumlah bungkusan pos.
Jumlah bungkusan pos mel-
onjak tinggi semasa PKP, men-
dorong Pos Malaysia mendapat-
kankhidmat rakanpenghantaran
barangan, PosRider, untukmem-
bantu penghantaran barangan
kepada pelanggan. Pos Malaysia
memproses purata 487,000
bungkusan barangan setiap hari
dengan jumlah tertinggi ialah
800,000 bungkusan sehari.
“Ini adalah kenyataan baha-
wa jumlah rakan penghantaran
barangan sepanjang PKP tidak
mencukupi untuk memenuhi
jumlah bungkusan yang ting-
gi, tetapi Pos Rider kami terus
berusaha dan melakukan tugas
dengan baik dalam menyele-
saikan penghantaran itu den-
gan cepat dan selamat kepada
pelanggan kami.
“Oleh kerana itu, kami da-
pat mengatasi kenaikan jumlah
bungkusan yang tidak dijangka
selama ini,” katanya. – Bernama
Chairil Anwar memunggah barang untuk dimasukkan ke dalam vannya. – Bernama
EjenPosRiderChairilAnwarmelakukankerjahariannyasebagaiPosRiderketikaditemuimengenai
ProgramPos Rider di Pusat Pungutan Pos Laju Seksyen 16. – Bernama
Chairil Anwar, antara ejen Pos Rider yang dilantik daripada 1,400 Pos Rider
seluruh negara oleh Pos Malaysia sepanjang tempoh PKP. – Bernama




